Wednesday, February 25, 2009

DPM Juara Keseluruhan Pesta Pantun Peringkat Daerah

SMKDPM terus mencipta nama apabila muncul sebagai Juara Keseluruhan Pesta Pantun Peringkat Daerah Penampang yang telah diadakan pada 19 Februari 2009 di SMK Limbanak, Penampang. Pemantun Terbaik dianugerahkan kepada pemantun SMK Datuk Peter Mojuntin iaitu Adik Florina Gukin (Kelas 5B). Para pemantun SMKDPM yang telah terlibat ialah Florina Gukin (5B), Fera Erna Bonis (4E), Nurhamizah Merzuan (5A), Mohd Shazwan (5A) dan Sharilizia Serie (5E). Guru pembimbing ialah Pn. Connie Laurenco dan Pn. Minnie Suiking.

DPM Juarai Tenpin Bowling MSS Sabah

Pasangan dua beradik dari SMKDPM iaitu Steffira Greater (Kelas 1A) dan Steffan Greater (Kelas 2C) telah berjaya menjuarai Tenpin Bowling MSS Negeri Sabah Bawah 15 tahun yang berlangsung pada 18 - 20 Februari 2009. Mereka akan mewakili Sabah dalam Kejohanan MSSM yang akan berlangsung di Kedah pada bulan Jun nanti. Tahniah diucapkan kepada Steffira dan Steffan.













Saturday, February 21, 2009

DPM Bawah 18 Tahun Johan Keseluruhan Memanah MSSS

Pada18-20 Feb 2009 satu Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sabah Peringkat Negeri telah diadakan di lapang sasar memanah SUKMA Likas, Kota Kinabalu. Peserta SMKDPm, Billdean Bonilung dari kelas 4A telah berjaya merangkul 4 pingat emas iaitu Johan bagi kategori jarak 90 meter, 70 meter, 50 meter dan 30 meter.

Billdean Bonilung juga menjadi Johan Keseluruhan Memanah bagi semua Kategori bawah 18 tahun lelaki MSS Sabah tahun 2009.
















Billdean Bonilung




Aksi membanggakan dalam acara memanah.





Genggaman kejayaan dari wakil Kota Kinabalu

Majlis Kongsi Raya Tahun Baru Cina

Satu Majlis Kongsi Raya Tahun Baru Cina telah diadakan di Kafetaria Sekolah pada 14 Februari 2009 selepas Kelas Gantian Tahun Baru Cina. Pelbagai juadah telah disediakan oleh warga sekolah yang merayakan Tahun Baru Cina. Terimakasih banyak-banyak.....

Tarian Singa

Sempena meraikan tahun baru cina, semua warga sekolah berpeluang menikmati tarian singa yang telah diadakan di perkarangan tempat letak kereta SMKDPM pada 12 Februari 2009.










DPM juara MSSD Penampang

Jumaat, 6 Feb. SMKDPM telah muncul sebagai johan keseluruhan dalam MSSD Penampang yang telah berlangsung pada 4—6 Februari 2009 dengan 45 pingat emas, 15 pingat perak dan 13 pingat gangsa. Tempat kedua disandang oleh SMK St. Michael manakala SMK Limbanak hanya mampu berpuas hati di tempat ketiga.



Piala kemenangan atlet bersama jurulatih


Kontinjen Perbarisan dari PBSMM


Perbarisan Kontinjen Atlet Sekolah



Atlet Sekolah Sukan Negeri




Pose menarik....



Majlis Perpisahan Pn. Sharifah dan En. Haison

Majlis pada 7 Februari di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Pn. Sharifah telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP) Unit Sains di Sektor Pengurusan Akademik. En. Haison juga telah berpindah ke Sektor Pengurusan Akademik. Majlis telah dihadiri oleh lebih kurang 13 orang rakan guru.










DPM Fun Day

Satu majlis khusus untuk kakitangan pendidikan dan guru-guru yang tinggal di rumah kediaman guru yang bertujuan untuk mengenali jiran dengan lebih rapat. Majlis ini telah diadakan pada hari Sabtu 7 Februari 2009. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah barbeque, ucapan, dan acara permainan kanak-kanak seperti mewarna, tiup dan letup belon, kutip gula-gula dan menyanyi.


acara menyanyi


acara kutip gula-gula


acara bapa-bapa - panggang ayam, fishball dan sosej


acara tiup dan pijak belon



acara melukis lelaki




acara melukis - perempuan





































JASAMU DIKENANG CIKGU HAJI AZMAN BIN ABIDIN

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...