Wednesday, November 3, 2010

Program Bitara Rekacipta

Program Bitara Rekacipta, Sekolah Kluster Kecemerlangan telah berlangsung pada bulan Oktober 2010. Antara program-program yang telah dijalankan adalah seperti berikut ;

1. Lawatan Integrasi Rekacipta (Semua Tingkatan)
2. Klinik Kreativiti Rekacipta (Semua Tingkatan)
3. Klinik Kemahiran Elektronik Rekacipta (Semua Tingkatan)

Pendaftaran Pelajar 2011

Proses Pendaftaran Pelajar untuk sesi 2011 sedang berlangsung di Dewan Harmoni untuk tingkatan 1 dan tingkatan 2, kelas masing-masing untuk tingkatan 3, 4, 5 dan 6. Kerjasama pelajar dan ibubapa diperlukan untuk memastikan salinan asal dokumen dibawa bersama.

Pendaftaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Sunday, September 26, 2010

SINDEX 2010


Tahniah kepada 3 orang pelajar iaitu Elena Francis Kan, Leelian Adeline Handros dan Agnes Lecsoin Philip yang telah berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan Sabah Invention and Design Exhibition (SINDEX) yang telah diadakan pada 25-26 September 2010 di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah. Berikut adalah pencapaian mereka :

PERINGKAT PANTAI BARAT

Nama Pelajar : Elena Francis Kan
Nama Produk : Slide Book Rack
Katetori : Teknologi Am dan Kejuruteraan
Tempat : Ketiga

Kategori : Keseluruhan
Tempat : Saguhati





Nama Pelajar : Leelian Adeline Handros
Nama Produk : Super Roll
Kategori : Elektrikal dan Mekanikal
Tempat : Ketiga






PERINGKAT NEGERI

Nama Pelajar : Elena Francis Kan
Nama Produk : Slide Book Rack
Pingat : Perak

Nama Pelajar Leelian Adeline Handros
Nama Produk : Super Roll
Pingat : Perak

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

SMK Datuk Peter Mojuntin ingin mengucapkan Selamat Berpuasa, Selamat Beramal dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua warga SMK Datuk Peter Mojuntin. Tingkatkanlah amalan dan carilah redha-NYA di bulan yang mulia ini.

Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk allahyarhamah Ustazah Ailen Usok, Penolong Kanan Petang SMK Datuk Peter Mojuntin yang telah kembali ke rahmatullah pada Isnin 9 Ogos 2010 di Hospital Likas. Semua guru dan semua pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin menyampaikan salam takziah buat keluarga allahyarhamah.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi-NYA.

Monday, August 2, 2010

Penyampaian Rekod Kemajuan Pelajar

Penyampaian Rekod Kemajuan Pelajar untuk Peperiksaan Bilangan 2 akan diberikan kepada ibubapa masing-masing pada 7 Ogos 2010 di kelas masing-masing.

Monday, July 26, 2010

Majlis Sambutan Hari Guru

Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah untuk tahun 2010 telah berlangsung pada 27 Julai 2010 di Dewan Harmoni dan Dewan Terbuka sekolah bermula jam 6.45 pagi hingga 1.00 tengahari. Majlis merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SMKDPM. Antara agenda dan aktiviti adalah seperti berikut :

7.15 am - Pelajar, guru-guru dan para pentadbir masuk ke Dewan Harmoni
7.30 am - Tarian Sambut Tamu, Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu Sekolah serta Bacaan doa oleh adik Aliuddin Ludin.

7.40 am - Ucapan Pengarah Program Majlis Hari Guru 2010 merangkap Presiden MPP

7.50 am - Ucapan Penasihat Program Majlis Hari Guru 2010 - Pn. Naimah Hj. Din, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


8.00 am - Ucapan dan Perasmian Penaung Program Majlis Hari Guru 2010, Pn. Nurani Fauziah Derin, Pengetua SMKDPM


8.05 am - Pelancaran Perasmian Majlis Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

8.10 am - Koir Guru Malaysia dan Tema Hari Guru oleh semua guru DPM

8.15 am - Acara Pemotongan Kek Hari Guru 2010 oleh Pentadbir dan semua guru DPM

8.30 am - Persembahan Simbolik Hari Guru
9.00 am - Pertandingan Karaoke Duet "Guru & Pelajar"
9.30 am - Persembahan Pelajar 1 - Battle of The Bands
9.45 am - Pertandingan Make Over Guru dan Pelajar
10.15 am - Persembahan Pelajar II - Battle of The Bands
10.30 am - Lucky Draw
10.35 am - Persembahan Guru Sidang Pagi
11.05 am - Persembahan Pelajar III - Afternoon Got Talent
11.20 am - Persembahan Guru Sidang Petang
11.40 am - Persembahan Pelajar IV - DPM Idol (Johan)
11.50 am - Fashion Show Guru
12.05 pm - Persembahan Pelajar V - DPM Idol (Naib Johan)
12.15 pm - Lucky Draw
12.20 pm - Persembahan Line Dance
12.30 pm - Penyampaian Hadiah dan Cenderahati untuk semua guru
1.00 pm - Jamuan dan bersurai

Wednesday, July 21, 2010

Sukan Sekolah 2010

Kejohanan Olahraga Kali Ke-33 telah berlangsung pada 21 dan 22 Julai 2010 di Kompleks Sukan Penampang, Sabah. Sebanyak 63 acara dipertandingkan dengan 6 rumah sukan iaitu Kuning, Biru, Merah, Hijau, Ungu dan Oren.

Upacara Perasmian Penutupan berlangsung pada 22 Julai Jam 2.00 petang dan disempurnakan oleh En. Dennis Gompion, Pegawai Pendidikan Daerah Penampang.

Berikut merupakan keputusan Kejohanan Olahraga :

KEJOHANAN OLAHRAGA
Johan Keseluruhan : Rumah Biru (14 Emas, 13 Perak, 10 Gangsa)
Naib Johan : Rumah Hijau (11 Emas, 11 Perak, 5 Gangsa)
Tempat Ketiga : Rumah Oren (11 Emas, 10 Perak, 11 Gangsa)

Perbarisan Rumah Sukan
Tempat Pertama : Merah
Tempat Kedua : Kuning
Tempat Ketiga : Biru

Perbarisan Unit Beruniform
Tempat Pertama : Kadet Koreksional
Tempat Kedua : PBSM
Tempat Ketiga : Kadet Polis

Olahragawan L18TKB
Mohd Faizal Tamrin (Rumah Oren)
- 3 pingat emas (1 rekod baru)

Olahragawati P18TKB
Agnes Lecsoin (Rumah Merah)
- 4 pingat emas (1 rekod baru)

Olahragawan L15TKB
Muaz Azly Refen (Rumah Ungu)
- 4 pingat emas (1 rekod baru)

Olahragawati P15TKB
Nurul Atiqah Sukur (Rumah Kuning)
- 3 pingat emas (1 rekod baru)

Tuesday, July 13, 2010

Selamat Datang Australia Sister School

SMK Datuk Peter Mojuntin mengalu-alukan kehadiran Pn. Janet Floyd dari Tallangatta Secondary College, Northen Victoria, Australia ke Malaysia dan ke Kota Kinabalu.

Tallangatta Secondary College merupakan sister school bagi SMK Datuk Peter Mojuntin dibawah Program Australia Malaysia Sister School Project Pilot II.



Ini merupakan lawatan balas delegasi guru-guru dari Australia ke Malaysia selama 2 minggu bermula 6 Julai yang lepas. Pn. Janet Floyd akan berada di SMK Datuk Peter Mojuntin selama seminggu bermula 10 Julai hingga 16 Julai dan homestay bersama beberapa orang guru SMKDPM. Beliau akan mengikuti aktiviti dan program yang telah dirancang dan semua aktiviti ini boleh dilayari di blog Australia-Malaysia Sister School.

Monday, July 12, 2010

Perlancaran Bulan Kerjaya

Majlis Perlancaran Bulan Kerjaya telah berlangsung pada 12 Julai 2010 di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin. Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang pada Bulan Kerjaya ini ialah Pertandingan Rekacipta, melukis poster, pidato, ceramah kerjaya, fesyen show, kuiz kerjaya dan pertandingan sketsa. Bulan Kerjaya ini merupakan anjuran bersama unit bimbingan dan kaunseling, panitia Kemahiran Hidup, panitia ICT dan Rekacipta dan panitia PMDR.

Perlancaran Bulan Kerjaya disempurnakan oleh pengetua, Pn. Nurani Fauziah Derin dan diserikan lagi oleh Pn. Janet Floyd, Sister School SMK Datuk Peter Mojuntin dari Tallangatta Secondary College, Northen Victoria, Australia. Pn. Pengetua dan Pn. Janet masing-masing memukul gong sebanyak 3 kali sebagai simbol perlancaran Bulan Kerjaya.



























































Tuesday, June 29, 2010

Jadual Latihan Sukan dan Sukan Tahunan Sekolah

Semua pelajar wajib menyertai aktiviti ini dan ibu bapa diminta menghantar dan mengambil anak masing-masing pada tarikh dan waktu yang ditetapkan dalam jadual di bawah. Kehadiran dan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan akan dikira dalam markah kokurikulum.

Berikut adalah jadual latihan dan sukan tahunan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Penampang.

Tarikh : 1 Julai 2010 (Khamis)
8.00 am - 10.00 am - Semua pelajar sidang petang
2.30 pm - 4.00 pm - Semua pelajar sidang pagi

Tarikh : 2 Julai 2010 (Jumaat)
8.00 am - 10.00 am - Semua pelajar sidang petang
2.00 pm - 4.00 pm - Semua pelajar sidang pagi

Tarikh : 3 Julai 2010 (Sabtu)
8.00 am - 10.00 am - Semua pelajar

Tarikh : 10 Julai 2010 (Sabtu)
8.00 am - 10.00 am - Semua pelajar

Tarikh : 13 Julai 2010 (Selasa)
8.00 am - 10.00 am - Semua pelajar sidang petang
2.00 pm - 4.00 pm - Semua pelajar sidang pagi

Tarikh : 14 Julai 2010 (Rabu)
8.00 am - 10.00 am - Semua pelajar sidang petang
2.00 pm - 4.00 pm - Semua pelajar sidang pagi

TARIKH : 21 Julai 2010 (Rabu) - 22 Julai 2010 (Khamis)
SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
Semua guru dan pelajar
Masa : 7.00 am - 5.00 pm

Peperiksaan Bilangan 2

Peperiksaan Bilangan 2 sedang berlangsung pada minggu ini dan minggu hadapan.

Wednesday, June 23, 2010

Majlis Anugerah Gemilangkan Kurikulum

Majlis mengiktiraf para pelajar yang memperolehi pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Bilangan 1 (April) telah berlangsung di Dewan Harmoni pada 23 Julai 2010.

Berikut merupakan para pelajar yang berjaya memperolehi privilege card atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan bilangan 1.
1. Ong Siew Mei (Kelas 1A - Keputusan : 6A)
2. Suzan Binti George (Kelas 1A - Keputusan : 6A)
3. Joanita Jonis (Kelas 2A - Keputusan : 8A)
4. Mohd Hafiz Wakilin (Kelas 2A - Keputusan : 6A)
5. Joshua Jinipol (Kelas 3A - Keputusan : 8A)
6. Nathanell Roslee (Kelas 3A - Keputusan : 7A)
7. Muh Nasrullah Yassin (Kelas 3A - Keputusan : 7A)
8. Akyra Edward Clement (Kelas 3A - Keputusan : 6A)
9. Cheong Sing Yueh (Kelas 3A - Keputusan : 6A)
10. Cyndl Matheus Jimi (Kelas 5A - Keputusan : 7A)










Tuesday, June 8, 2010

Kelas Tambahan dan Cuti Pertengahan Tahun

Kelas Tambahan untuk semua tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan 6 sedang berlangsung pada minggu pertama cuti pertengahan tahun iaitu pada 7 - 13 Jun 2010. Selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar dan sekolah akan dibuka semula pada 21 Jun 2010.

Persembahan Multimedia

Persembahan Multimedia semasa Anugerah Kecemerlangan Staff dan Jamuan Tahunan SMK Datuk Peter Mojuntin pada November 2009 boleh dicapai pada pautan berikut :

1. Persembahan Flashback 2009

2. Persembahan Dulu, Kini dan Selamanya (Retro)

Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Ekspo Lestari

Tarikh : 18 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 6.45 pgi - 1 petang

Hari Expo Lestari ini telah berlangsung di kawasan sekolah SMK Datuk Peter Mojuntin sempena Hari Bumi 2010 dan Bulan Cintai Alam Sekitar. Sepanjang bulan April banyak program dan aktiviti telah dijalankan untuk menyedarkan para pelajar agar memahami kepentingan alam sekitar dan melaksanakan cara-cara untuk mengekalkannya.

6.45 - 8.30 pagi
- Pelajar berkumpul di Dewan Harmoni & Dewan Terbuka untuk mengambil kehadiran
- Senam Sihat (Kelab Sains Sukan)
- Aktiviti mencari harta alam
- Aktiviti permainan cintai alam


















- Pertandingan Melukis /Mewarna
- Tayangan Slaid
- Ceramah 1
- Ceramah 2
- Nyanyian
- Ceramah 3
- Ceramah 4
- Tayangan Slaid

8.30 pagi - 11.15 pagi
- Derma Darah


















- Pelajar melawat pameran agensi luar mengikut giliran



































- Jualan makanan dan minuman
















- Minuman percuma VICO dan INDOCAFE

11.15 pagi - 12.30 tengahari
- Pelajar masuk dewan
















- Majlis Perasmian Penutupan Bulan Cintai Alam Sekitar
* Ketibaan Pengetua
* Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah
* Bacaan Doa
* Ucapan perasmian penutupan oleh Pengetua
























* Skype Link dengan Tallangatta Secondary College
































* Tayangan Multimedia Hari Bumi
* Pertunjukan Fesyen dari Bahan Buangan


















* Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan / aktiviti
* Nyanyian "Hijau"

















12.30 tengahari - 1.00 petang

- Pelajar beredar ke kelas untuk menulis jurnal

Friday, May 14, 2010

Gotong Royong Perdana

Gotong Royong Perdana sempena Hari Guru telah berlangsung di SMK Datuk Peter Mojuntin pada 15 Mei 2010. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.





Thursday, May 13, 2010

Pertandingan Fesyen Bahan Terbuang

-Fashion Show From Recycle Item

Pertandingan Fesyen (Fashion Show) dari bahan terbuang telah diadakan pada 12 Mei 2010 (Rabu) untuk sessi pagi. Bagi sessi petang, pertandingan telah berlangsung pada 13 Mei 2010 (Khamis). Pertandingan ini merupakan salah satu acara untuk Hari Expo Lestari sempena Hari Bumi 2010.



Program Australia-Malaysia Sister School


SMK Datuk Peter Mojuntin telah menghantar seorang guru untuk mewakili Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Datuk Peter Mojuntin ke Program Australia-Malaysia Sister School di Melbourne, Australia bermula 27 April 2010 sehingga 8 Mei 2010. Program bertujuan untuk perkongsian budaya dan sistem pembelajaran serta membolehkan perlaksanaan kolaborasi projek antara sekolah yang telah dikenalpasti.

SMK Datuk Peter Mojuntin merupakan 'Sister School' bagi Tallangatta Secondary College yang terletak di Utara Victoria, Australia. Pada bulan Julai nanti, SMK Datuk Peter Mojuntin akan menerima lawatan balas dari guru Sister School Tallangatta Secondary College.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti Sister School ini boleh diperolehi di pautan berikut :

http://dpmsisterschool.blogspot.com/

Hari Bumi 2010

Aktiviti yang sedang berlangsung sempena sambutan Hari Bumi 2010 di SMK Datuk Peter Mojuntin ialah seperti berikut :

1. Pertandingan Merekacipta Kad Hari Bumi
2. Kuiz Alam Sekitar
3. Ceramah
4. Pertandingan Fesyen dari bahan terbuang
5. Ekspo Lestari
6. Pertandingan Menulis Jurnal Expo Lestari Kategori Pelajar dan Guru
7. Pameran dari Agensi Luar
8. Permainan Info Alam Lestari
9. Pertandingan Mewarna / Melukis
10. Permainan Mencari Harta Alam

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM dan STPM 2009

Majlis Anugerah bagi mengiktiraf kecemerlangan para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah diadakan di Dewan Harmoni sekolah pada 4 Mei 2010.

Saturday, April 24, 2010

Peperiksaan Bilangan 1

Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada seluruh warga pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin.

Wednesday, April 21, 2010

Sambutan Harijadi - Januari - Mac

Sambutan Harijadi guru-guru dan staff yang lahir pada bulan Januari hingga Mac telah diadakan selepas mesyuarat pagi (morning prayer) di pusat sumber sekolah. Sebanyak 3 biji kek telah disediakan.


Jamuan Sambutan Tahun Baru Cina

Jamuan untuk guru-guru dan staf SMK Datuk Peter Mojuntin telah diadakan di kantin sekolah sempena sambutan Tahun Baru Cina. Turut hadir pengerusi PIBG, En. Hamdan Suarah dan AJK PIBG yang lain.


JASAMU DIKENANG CIKGU HAJI AZMAN BIN ABIDIN

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...