Thursday, May 13, 2010

Program Australia-Malaysia Sister School


SMK Datuk Peter Mojuntin telah menghantar seorang guru untuk mewakili Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Datuk Peter Mojuntin ke Program Australia-Malaysia Sister School di Melbourne, Australia bermula 27 April 2010 sehingga 8 Mei 2010. Program bertujuan untuk perkongsian budaya dan sistem pembelajaran serta membolehkan perlaksanaan kolaborasi projek antara sekolah yang telah dikenalpasti.

SMK Datuk Peter Mojuntin merupakan 'Sister School' bagi Tallangatta Secondary College yang terletak di Utara Victoria, Australia. Pada bulan Julai nanti, SMK Datuk Peter Mojuntin akan menerima lawatan balas dari guru Sister School Tallangatta Secondary College.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti Sister School ini boleh diperolehi di pautan berikut :

http://dpmsisterschool.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment