Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Ekspo Lestari

Tarikh : 18 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 6.45 pgi - 1 petang

Hari Expo Lestari ini telah berlangsung di kawasan sekolah SMK Datuk Peter Mojuntin sempena Hari Bumi 2010 dan Bulan Cintai Alam Sekitar. Sepanjang bulan April banyak program dan aktiviti telah dijalankan untuk menyedarkan para pelajar agar memahami kepentingan alam sekitar dan melaksanakan cara-cara untuk mengekalkannya.

6.45 - 8.30 pagi
- Pelajar berkumpul di Dewan Harmoni & Dewan Terbuka untuk mengambil kehadiran
- Senam Sihat (Kelab Sains Sukan)
- Aktiviti mencari harta alam
- Aktiviti permainan cintai alam


















- Pertandingan Melukis /Mewarna
- Tayangan Slaid
- Ceramah 1
- Ceramah 2
- Nyanyian
- Ceramah 3
- Ceramah 4
- Tayangan Slaid

8.30 pagi - 11.15 pagi
- Derma Darah


















- Pelajar melawat pameran agensi luar mengikut giliran



































- Jualan makanan dan minuman
















- Minuman percuma VICO dan INDOCAFE

11.15 pagi - 12.30 tengahari
- Pelajar masuk dewan
















- Majlis Perasmian Penutupan Bulan Cintai Alam Sekitar
* Ketibaan Pengetua
* Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah
* Bacaan Doa
* Ucapan perasmian penutupan oleh Pengetua
























* Skype Link dengan Tallangatta Secondary College
































* Tayangan Multimedia Hari Bumi
* Pertunjukan Fesyen dari Bahan Buangan


















* Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan / aktiviti
* Nyanyian "Hijau"

















12.30 tengahari - 1.00 petang

- Pelajar beredar ke kelas untuk menulis jurnal

Friday, May 14, 2010

Gotong Royong Perdana

Gotong Royong Perdana sempena Hari Guru telah berlangsung di SMK Datuk Peter Mojuntin pada 15 Mei 2010. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.





Thursday, May 13, 2010

Pertandingan Fesyen Bahan Terbuang

-Fashion Show From Recycle Item

Pertandingan Fesyen (Fashion Show) dari bahan terbuang telah diadakan pada 12 Mei 2010 (Rabu) untuk sessi pagi. Bagi sessi petang, pertandingan telah berlangsung pada 13 Mei 2010 (Khamis). Pertandingan ini merupakan salah satu acara untuk Hari Expo Lestari sempena Hari Bumi 2010.



Program Australia-Malaysia Sister School


SMK Datuk Peter Mojuntin telah menghantar seorang guru untuk mewakili Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Datuk Peter Mojuntin ke Program Australia-Malaysia Sister School di Melbourne, Australia bermula 27 April 2010 sehingga 8 Mei 2010. Program bertujuan untuk perkongsian budaya dan sistem pembelajaran serta membolehkan perlaksanaan kolaborasi projek antara sekolah yang telah dikenalpasti.

SMK Datuk Peter Mojuntin merupakan 'Sister School' bagi Tallangatta Secondary College yang terletak di Utara Victoria, Australia. Pada bulan Julai nanti, SMK Datuk Peter Mojuntin akan menerima lawatan balas dari guru Sister School Tallangatta Secondary College.

Maklumat lanjut mengenai aktiviti Sister School ini boleh diperolehi di pautan berikut :

http://dpmsisterschool.blogspot.com/

Hari Bumi 2010

Aktiviti yang sedang berlangsung sempena sambutan Hari Bumi 2010 di SMK Datuk Peter Mojuntin ialah seperti berikut :

1. Pertandingan Merekacipta Kad Hari Bumi
2. Kuiz Alam Sekitar
3. Ceramah
4. Pertandingan Fesyen dari bahan terbuang
5. Ekspo Lestari
6. Pertandingan Menulis Jurnal Expo Lestari Kategori Pelajar dan Guru
7. Pameran dari Agensi Luar
8. Permainan Info Alam Lestari
9. Pertandingan Mewarna / Melukis
10. Permainan Mencari Harta Alam

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM dan STPM 2009

Majlis Anugerah bagi mengiktiraf kecemerlangan para pelajar yang telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah diadakan di Dewan Harmoni sekolah pada 4 Mei 2010.