Tuesday, June 29, 2010

Jadual Latihan Sukan dan Sukan Tahunan Sekolah

Semua pelajar wajib menyertai aktiviti ini dan ibu bapa diminta menghantar dan mengambil anak masing-masing pada tarikh dan waktu yang ditetapkan dalam jadual di bawah. Kehadiran dan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan akan dikira dalam markah kokurikulum.

Berikut adalah jadual latihan dan sukan tahunan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Penampang.

Tarikh : 1 Julai 2010 (Khamis)
8.00 am - 10.00 am - Semua pelajar sidang petang
2.30 pm - 4.00 pm - Semua pelajar sidang pagi

Tarikh : 2 Julai 2010 (Jumaat)
8.00 am - 10.00 am - Semua pelajar sidang petang
2.00 pm - 4.00 pm - Semua pelajar sidang pagi

Tarikh : 3 Julai 2010 (Sabtu)
8.00 am - 10.00 am - Semua pelajar

Tarikh : 10 Julai 2010 (Sabtu)
8.00 am - 10.00 am - Semua pelajar

Tarikh : 13 Julai 2010 (Selasa)
8.00 am - 10.00 am - Semua pelajar sidang petang
2.00 pm - 4.00 pm - Semua pelajar sidang pagi

Tarikh : 14 Julai 2010 (Rabu)
8.00 am - 10.00 am - Semua pelajar sidang petang
2.00 pm - 4.00 pm - Semua pelajar sidang pagi

TARIKH : 21 Julai 2010 (Rabu) - 22 Julai 2010 (Khamis)
SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
Semua guru dan pelajar
Masa : 7.00 am - 5.00 pm

Peperiksaan Bilangan 2

Peperiksaan Bilangan 2 sedang berlangsung pada minggu ini dan minggu hadapan.

Wednesday, June 23, 2010

Majlis Anugerah Gemilangkan Kurikulum

Majlis mengiktiraf para pelajar yang memperolehi pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Bilangan 1 (April) telah berlangsung di Dewan Harmoni pada 23 Julai 2010.

Berikut merupakan para pelajar yang berjaya memperolehi privilege card atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan bilangan 1.
1. Ong Siew Mei (Kelas 1A - Keputusan : 6A)
2. Suzan Binti George (Kelas 1A - Keputusan : 6A)
3. Joanita Jonis (Kelas 2A - Keputusan : 8A)
4. Mohd Hafiz Wakilin (Kelas 2A - Keputusan : 6A)
5. Joshua Jinipol (Kelas 3A - Keputusan : 8A)
6. Nathanell Roslee (Kelas 3A - Keputusan : 7A)
7. Muh Nasrullah Yassin (Kelas 3A - Keputusan : 7A)
8. Akyra Edward Clement (Kelas 3A - Keputusan : 6A)
9. Cheong Sing Yueh (Kelas 3A - Keputusan : 6A)
10. Cyndl Matheus Jimi (Kelas 5A - Keputusan : 7A)










Tuesday, June 8, 2010

Kelas Tambahan dan Cuti Pertengahan Tahun

Kelas Tambahan untuk semua tingkatan 3, tingkatan 5 dan tingkatan 6 sedang berlangsung pada minggu pertama cuti pertengahan tahun iaitu pada 7 - 13 Jun 2010. Selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar dan sekolah akan dibuka semula pada 21 Jun 2010.

Persembahan Multimedia

Persembahan Multimedia semasa Anugerah Kecemerlangan Staff dan Jamuan Tahunan SMK Datuk Peter Mojuntin pada November 2009 boleh dicapai pada pautan berikut :

1. Persembahan Flashback 2009

2. Persembahan Dulu, Kini dan Selamanya (Retro)