Sunday, February 26, 2012

Kem Elite C


Kem Kecemerlangan Pelajar Pra-Universiti (Excellent Leadership and Intellectual Camp - ELITE C) untuk pelajar pra-Universiti SMKDPM telah diadakan pada 24-25 Feb 2012. Program merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Pengurusan Tingkatan 6 SMKDPM.


Maklumat lanjut boleh dilayari di blog Pra Universiti SMK Datuk Peter Mojuntin di sini.

DPM Juara MSSD Penampang 2012

SMK Datuk Peter Mojuntin sekali lagi muncul sebagai Johan dalam Majlis Sukan Sekolah Daerah Penampang yang telah diadakan pada 23-25 February 2012 di Kompleks Sukan Likas Penampang. SMKDPM telah berjaya membolot sebanyak 36 pingat emas diikuti dengan SMK Limbanak sebanyak 8 pingat emas dan SMK Bahang sebanyak 5 pingat emas.

Kadet Koreksional SMKDPM juga telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kawed Kaki pada MSSD tersebut.

Tahniah diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, guru-guru dan peserta kawad kaki.

Tuesday, February 14, 2012

Program To Earth With Love


SMK Datuk Peter Mojuntin akan mengadakan penghasilan MudBall sempena program To Earth With Love dengan sasaran sebanyak 100,000 EM Mudball akan dihasilkan pada :

11 Februari 2012
22 Februari 2012

Pengajaran dan Pembelajaran akan dijalankan seperti biasa selepas aktiviti. Masa murid datang dan pulang adalah seperti biasa. Pakaian Ko-Kurikulum.

Dengan ini setiap murid dikehendaki untuk membawa bahan berikut pada tarikh-tarikh tersebut.
Air Cucian Beras : 1.5 liter setiap murid, 3.0 Liter setiap Guru
Botol Kosong : 1.5 Liter