Tuesday, October 15, 2013

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2014 dan Penyerahan Rekod Kemajuan Murid

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2014 serentak dengan Penyerahan Rekod Kemajuan Murid bagi peperiksaan bilangan 3 dan akhir tahun 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 8 November 2013
Masa : 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Seperti yang telah dimaklumkan dalam surat siaran yang telah diedarkan kepada setiap pelajar.

Syarat untuk pendaftaran :
1. Telah mengembalikan semua buku teks atau buku-buku perpustakaan
2. Tiada sebarang tunggakan atau hutang yang dibawa dari tahun lalu
3. Tiada masalah disiplin yang masih belum selesai.
4. Telah menyiapkan semua kerja bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah
5. Kehadiran 95 peratus

Semua pelajar mestilah berpakaian lengkap dengan pakaian seragam sekolah.  Sila bawa kad pengenalan asal dan sijil lahir asal, ibu, bapa dan murid yang didaftar.  Kepada para ibubapa/penjaga, sila berpakaian sopan dan kemas.  Kerjasama dari anda amatlah dihargai.

No comments:

Post a Comment