Sunday, November 3, 2013

Naib Johan Pertandingan Drama Sains Peringkat Negeri Sabah

Kelab Citra SMKDPM telah menyertai Pertandingan Drama Sains Peringkat Negri Sabah pada 31 Oktober 2013. Pertandingan ii dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh Petrosains Playsmart Sabah dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sabah. Lima finalis telah berentap di pentas akhir, iaitu SM.St Michael, SMK Limbanak, SMK Datuk Peter Mojuntin, Maktab Sabah dan SMK Bahang. 

Dengan barisan pelakon yang terdiri daripada Stepanie June Thompson, Keisha Ryman, Jannatun Naimah Sugiharto, Vanessa Victor, Calvin Peter Okala, Sapphire Moujing, Muhammad Al Masi, Amy Viverlyn Chau (Teknikal Lampu), Stefan Oceandu (Props Master) dan Addilace Chu (Teknikal Audio) di bawah bimbingan dan tunjuk ajar Guru Penasihat Kelab Citra, iaitu Pn.Connie Laurenco Marlag dan Pn.Minnie Suiking, SMKDPM telah berjaya merangkul hadiah Naib Johan Peringkat Negeri. Team Drama SMKDPM telah mengetengahkah drama yang bertajuk "Who Needs Science?!" Kemenangan ini membolehkan pasukan drama SMKDPM membawa pulang wang tunai berjumlah RM2000, barangan Explorasi petrosains dan sijil penyertaan. 

 




No comments:

Post a Comment