Tuesday, July 16, 2013

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Para pelajar dan ibubapa boleh menyemak keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak anda melalui laman web SAPS.  Sila Klik disini 



Alamat Website : http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Monday, July 15, 2013

Mesyuarat Guru dan Bengkel SKPM

Mesyuarat Guru kali ke 2 telah diadakan pada 13 Julai 2013 bertempat di bilik Gerakan SMKDPM.  Mesyuarat berlangsung selama 2 jam.  Kemudian Bengkel SKPM telah diadakan dan disampaikan oleh Puan Liew dari pihak Nazir Sekolah. Bengkel ialah mengenai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, Standard 4 iaitu Pencerapan P&P Guru-Guru.  Bengkel berakhir dengan jayanya pada jam 1.00 petang.


Monday, July 8, 2013

Salam Ramadhan

Pihak pengurusan blog dan laman web SMK Datuk Peter Mojuntin bagi pihak pentadbir ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pelajar, guru-guru dan staf SMK Datuk Peter Mojuntin dan kepada semua rakyat Malaysia serta Muslim Muslimat seluruh dunia.

Admin Blog

Tuesday, July 2, 2013

Sukan Sekolah - Hari Kedua dan Penutupan

.
Hari Kedua : 4 Julai 2013



Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga SMKDPM Kali ke 36 telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Daerah Penampang.


Berikut merupakan keputusan keseluruhan Sukan Sekolah SMKDPM Kali ke 36 :

PERBARISAN UNIT BERUNIFORM
Pertama : KADET KOREKSIONAL
Kedua : PBSM
Ketiga : KADET POLIS

PERBARISAN RUMAH SUKAN
Pertama : RUMAH MERAH
Kedua : RUMAH KUNING
Ketiga : RUMAH BIRU

PEMENANG PERTANDINGAN KHEMAH TERCANTIK :
Rumah : KUNING

PEMENANG SORAK SORAI
Rumah :  HIJAU


OLAHRAGAWAN
Nama : MOHD SHAHMIL SABDI
Rumah : KUNING
Pingat : 3 EMAS (3 REKOD BARU), 1 EMAS (Relay)

OLAHRAGAWATI
Nama : CHELSEA CASSIOPEA EVALI
Rumah : BIRU
Pingat : 3 EMAS (2 REKOD BARU)

KEPUTUSAN KESELURUHAN
Johan Keseluruhan : RUMAH KUNING
Naib Johan : RUMAH BIRU
Tempat Ketiga : RUMAH HIJAU





 lintas hormat daripada rumah biru

 bacaan ikrar kejohanan oleh adik Henry


acara terakhir 4x400m


Olahragawan



 johan keseluruhan - rumah kuning

Sukan Sekolah - Hari Pertama



SMKDPM telah mengadakan Sukan Sekolah iaitu Kejohanan Padang dan Balapan Kali Ke 36 pada 3 dan 4 Julai 2013 bertempat di Mini Stadium Sekolah Sukan Negeri, SMK Datuk Peter Mojuntin.  Sebanyak 35 acara telah berlangsung pada hari pertama Sukan Sekolah.

 


 upacara menaikkan bendera kejohanan





Gerai makanan dan minuman di belakang mini stadium


pungutan pingat dan kedudukan rumah sukan di akhir acara sukan pada hari pertama


Senarai Rekod yang telah dipecahkan


Pertandingan Teater 2013

Pertandingan Teater Antara IPTA/IPTS dan Sekolah Menengah (Tingkatan 6 Atas) Menangani Gejala Sosial Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung pada 20 April 2013 di Auditorium JKKNS.  SMKDPM buat pertama kalinya menyertai Pertandingan ini berjaya mendapat tempat ke empat.

UMS telah dinobatkan sebagai johan, SM La Salle sebagai Naib Johan dan UNITAR memperolehi tempat ketiga.  Selain SMKDPM, turut mendapat sagu hati ialah Multimedia College dan Institut Latihan Perindustrian.

Berikut adalah senarai pelajar yang menyertai pertandingan ini :

1. Jannatun Naimah Sugiharto
2. Amy Viverlyn Chau
3. Addilace Chu
4. Betsy Josephine George
5. Dewi Atika Vianney Ramli
6. Marshelline Pimid.

Guru Pengiring : Connie Laurenco Marlag dan Minnie Suiking