Saturday, January 9, 2016

KURSUS DISIPLIN & KAUNSELING SMKDPM 2016

9 Januari 2016, bertempat di Bilik Gerakan SMKDPM, Kursus khas berkaitan Disiplin dan Kaunseling telah dilaksanakan bagi memberi penerangan dan penjelasan agar semua guru mendapat pendedahan asas berkaitan kedua-dua unit ini. Aspek yang diperbincangkan adalah tatacara bagaimana kawalan disiplin dapat dilaksanakan secara berterusan dan efisyen dalam masa yang sama memberi kesedaran sahsiah kepada murid agar mampu membuat perubahan untuk kebaikan diri sendiri.

Unit kaunseling sekolah memberi penekanan daripada aspek tanggungjawab sosial dalam usaha membantu memperkasakan kemenjadian murid agar lebih seimbang akademik dan sahsiahnya. Murid yang menerima kaunseling juga perlu mendapat peluang untuk menunjukkan perubahan positif, kerana perubahan akan berlaku secara berfasa melihat kepada perkembangan setiap individu.

Diharapkan kursus ini akan memberi lebih banyak impak positif kepada guru-guru untuk sama-sama menjadikan sekolah Datuk Peter Mojuntin....sekolah cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan disiplin murid.

Puan Judy Liew ~ Ketua Guru Disiplin sedang memberi penerangan berkaitan tatacara disiplin sekolah & tanggungajwab semua guru dalam membantu melaksanakan tugas disiplin di sekolah ini.
En Mohd Fadley Fauzi ~ Ketua Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah memberi input berkaitan fokus dan perancangan Unit Kaunseling bagi tahun 2016, dalam usaha membantu kemenjadian murid.

Tuesday, January 5, 2016

GURU PENYAYANG 2016 ~ Yang tua dihormati..yang muda disayangi

Kedatangan pelajar disambut oleh guru-guru yang bertugas..bagi memastikan pelajar-pelajar ini memulakan hari dengan bersemangat. Kepulangan pelajar diiring oleh guru-guru bagi memastikan keselamatan dan memberi semangat agar mereka bersedia untuk kembali ke sekolah pada hari berikutnya. Program guru penyayang ini memberi erti yang besar dalam kehidupan guru dan pelajar agar dapat membentuk keperibadian mulia kepada anak-anak pelajar. Disamping itu, ia mampu membina rasa kasih sayang antara guru dan pelajar agar dapat melahirkan warga yang cemerlang sahsiah & akademik pada masa hadapan.

Murid sidang petang berbaris untuk pulang diiringi guru bertugas Puan Hailine dan En Firdaus.

Ucapan selamat jalan dan selamat pulang oleh guru yang mengiringi kepulangan pelajar - Cik Nainey dan Puan Dorothy

JASAMU DIKENANG CIKGU HAJI AZMAN BIN ABIDIN

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...