Wednesday, September 21, 2016

Kem Intensif Akademik `Grow With G-Force`


Unit Kaunseling SMKDPM telah menjalankan Kem Intensif Akademik "Grow With The G-Force" untuk anak-anak PT3 dan SPM. Kem yang julung kali diadakan hasil cetusan idea bonda Pengetua Hjh. Fauziah Derin berkat kerjasama semua rakan AJK, sokongan padu daripada semua barisan pentadbir, ketua-ketua bidang dan guru-guru subjek yang sanggup mengorbankan masa cuti demi memberikan yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak SMKDPM. Mudah-mudahan kem ini memberikan manfaat yang besar buat anak-anak didik dalam menghadapi PT3 dan SPM 2016.

Gambar-gambar sepanjang aktiviti, sila klik link di bawah:

~Majlis Persaraan Mr. Yeo (Guru Cemerlang Kimia)

Jumaat, 9 September 2016 merupakan hari terakhir Mr. Yeo menjadi warga SMKDPM, majlis persaraan disambut dengan suasana pilu dan sedih. Selama 36 tahun beliau telah mencurahkan segala jasa dan tenaga untuk memastikan pelajar dan sekolah mencapai kejayaan. Persaraan beliau merupakan suatu kehilangan yang besar kepada SMKDPM. Beliau merupakan contoh pendidik yang unggul kerana selama ini bersungguh-sungguh dalam memastikan anak didiknya berjaya. 

Selamat bersara kepada Mr. Yeo!
Jasamu tetap dikenang selalu...




















Tuesday, September 20, 2016

Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti Mr. Yeo & Miss Evon

Kelab Staf dan Bidang Matematik dan Sains telah mengadakan Majlis Makan Malam bersama Mr. Yeo dan Miss Evon telah di Hotel Soluxe, Putatan bertemakan "Budimu setulus hatimu, Selaut kasih kami hargai".  Terima kasih kepada Mr. Yeo dan Miss Evon diatas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada warga SMK Datuk Peter Mojuntin. 










Hadiah Pentadbir kepada Mr. Yeo

Hadiah Pentadbir kepada Miss Evon

Hadiah Kelab Staf kepada Mr. Yeo

Hadiah Kelab Staf kepada Miss Evon

Hadiah Panitia Sains kepada Mr. Yeo

Hadiah Panitia Matematik kepada Miss Evon

Hadiah Pendidikan Khas kepada Mr. Yeo

Hadiah wakil Guru Cemerlang (Siga) kepada Mr. Yeo

Hadiah PIBG kepada Mr. Yeo

Hadiah PIBG kepada Mr. Yeo

Hadiah SSN kepada Mr. Yeo





PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...