Wednesday, June 27, 2018

Asean Football Federation U16 Girls Championship, Palembang Indonesia 2018

Adik Fivvy Felecity Martin Jinod telah menyertai INTERNATIONAL AFF U16 GIRLS CHAMPIONASHIP yang dijalankan di Palembang, Indonesia pada 01 - 14 Mei 2018 yang mewakili Malaysia U16 Girls Team. Posisi yang dipegang oleh adik Fivvy ialah penjaga gol dan sebagai pertahanan.

Moga adik Fivvy sentiasa berjaya dalam apa jua arena yg diceburi dan menjadi contoh terbaik khasnya kepada rakan-rakan dalam KBSP-DPM. Adik Fivvy adalah pemain pasukan Bola Sepak  SMKDPM (Perempuan) ke dua mewakili Malaysia di arena antarabangsa selepas Joanna Marianna pada tahun 2016 di Laos.





Kejohanan Futsal Wanita Bawah 25 Tahun Anjuran MSU College Sabah

Keputusan Rasmi Penyertaan 10 Team yang dijalankan pada 6 Mei 2018 bertempat di MyFutsal Putatan disertai oleh Kelab Bola Sepak (P).

KBSP-DPM Elite (JOHAN)
Wang Tunai RM400
Piala / Sijil / Medal

KBSP-DPM Junior (NAIB JOHAN)
Wang Tunai RM300
Piala / Sijil / Medal

Moga Kelab Bola Sepak Perempuan SMKDPM sentiasa mencipta kejayaan.






Tuesday, June 5, 2018

Kem Jati Diri 2018

Kem Jati Diri anjuran Jawatankuasa Disiplin telah dijalankan pada 11-13 MEI 2018 bertempat di Perkarangan sekolah. Kem ini disasarkan kepada seramai 50 orang murid berisiko dalam kes salahlaku disiplin.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan antaranya slot "Motivasi", slot "Aku Permata", slot "Malam Penghayatan", aktiviti "hiking" di Bukit Perahu Tamparuli, "Team Building Games" dan slot Ceramah bersama Ibubapa peserta . Tahniah diucapkan kepada semua guru di bawah J/K Disiplin &
Kaunseling serta semua AJK murid yang terlibat atas komitmen padu dalam menjayakan kem pada kali ini. Terima kasih juga ibubapa yang sudi hadir semasa aktiviti dijalankan. Semoga objektif program tercapai dan semua peserta berjaya membentuk sahsiah dan jati diri.









Progam Yayasan Inovasi Malaysia

Program Bersama Yayasan Inovasi Malaysia telah berjalan di SMK DPM pada 16hb April iaitu Penyerahan dan Bengkel pengendalian 3D printer kepada 4 buah sekolah iaitu SMK Datuk Peter Mojuntin, SM St Michael, SMK Bahang dan SMK Limbanak. 

Program bersama Yayasan Inovasi Malaysia diteruskan pada tarikh 20-22 April 2018 iaitu program Transfer Of Technology (TOT) Drone Racing yang berlangsung di SM St Michael Penampang,program ini juga disertai oleh 4 buah sekolah menengah di Daerah Penampang iaitu SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK Bahang, SMK Limbanak dan SM St Michael. 



PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...