Tuesday, August 21, 2018

HARI TERAKHIR / KE - 5 : KEM G-FORCE SPM & PT3

Semoga Segala Ilmu dan Manfaat selama berada di dalam KEM INTENSIF G-FORCE ini akan membuahkan hasil kepada semua yang terlibat. Pihak sekolah dan guru-guru juga berharap agar murid-murid meneruskan usaha dan semangat juang yg membara sepertimana yang ditunjukkan selama berada di KEM ini untuk menghadapi peperiksaan besar mereka. Adalah diharapkan ibubapa juga turut bersama menyokong dan menggalakkan anak-anak ini agar mencapai cita-cita mereka kelak.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG & TIDAK LANGSUNG

Monday, August 20, 2018

Hari ke - 4 : KEM INTENSIF G-FORCE SPM & PT3

20 Ogos 2018 ~ Hari ke-4 kem.
Sepanjang hari ke empat, slot dipenuhi dengan angka dan nombor...iaitu subjek matematik. Spanjang hari murid-murid ditemani guru-guru subjek matematik yang berpengalaman untuk membimbing mereka cara menjawab soalan matematik secara mudah dan menepati skema peperiksaan.

Murid diajar bekerjasama, bantu membantu serta berinisiatif untuk cuba menjawab soalan matematik yang diberikan. Murid diberi latihan dan dibimbing cara menjawab dengan mudah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berkesan membantu murid meningkatkan tahap keyakinan diri melalui aktiviti berkumpulan dan pembentangan hasil sumbangsaran idea.

Setiap hari juga, guru-guru termasuk AKP secara bergilir memantau dan menjaga kebajikan murid sepanjang kem. Aspek keselamatan dan keselesaan menjadi keutamaan sekolah.







Sunday, August 19, 2018

Hari ke-3 : KEM INTENSIF G-FORCE SPM & PT3

19 Ogos 2018 ~ Hari ke-3 Kem dengan slot 1 [ TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU ] dan diteruskan dengan kelas Bahasa Melayu bagi memberi penekanan kepada murid cara menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan menepati kehendak skema pemarkahan.

Bahasa Melayu merupakan subjek wajib lulus bagi murid yang bakal mengambil peperiksaan SPM. Slot ini dirasakan amat perlu selaras dengan kehendak semasa. Slot malam dipenuhi dengan motivasi dan moral agar murid mendapat lonjakan minda untuk berfikir dan mencipta impian masa depan.
 *guru yang bertugas hari ini
 *Riadah petang murid
 *Waktu makan tengah hari
 *Guru yang tidak mengenal lelah dan penat
 *Air tangan seorang guru
 *Murid tingkatan 3 - Slot BM
 *Sesi Pembentangan BM

*Murid SPM - Slot Bhs.melayu

Saturday, August 18, 2018

HARI KE-2 : KEM INTENSIF G-FORCE 2018 (SPM & PT3)

Sabtu 18 Ogos 2018 ~ Peserta Kem mula membiasakan diri dengan jadual dan disiplin KEM Intensif. Murid tingkatan 3 berada dalam SLOT KH iaitu Teknik Menjawab Soalan Kemahiran Hidup manakala murid tingkatan 5 bersama-sama guru Sejarah bagi SLOT SUBJEK SEJARAH.

Manakala pada sesi malam, MURID didedahkan dengan SLOT MOTIVASI untuk membina kembali semangat menghadapi peperiksaan besar mereka. Pihak sekolah berinisiatif menjemput penceramah luar yang berpengalaman untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada murid-murid agar mereka lebih bermotivasi untuk belajar dan bertekad mempunyai hala tuju masing-masing.

 Penolong Kanan Hem memantau perjalanan KEM
 Slot KH (F3) : bertempat di Bilik Gerakan
 Slot Sejarah (f5) : bertempat di Dewan Harmoni


 Membina kesedaran pentingnya Subjek Wajib Lulus : Sejarah
 Sesi Perbincangan berkumpulan



 Guru Sejarah : Puan Nurlia Jair



Murid-murid tingkatan 3 : Slot Subjek KH

Friday, August 17, 2018

KEM INTENSIF G-FORCE SPM & PT3

Kem Intensif G-Force 2018 yg berlangsung bermula 17 Ogos - 21 Ogos 2018 disertai oleh keseluruhan murid tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM pada penghujung tahun ini serta turut disertai murid tingkatan 3A, 3H dan seorang murid dari kelas 3C. Kem ini diteraju oleh UNIT KAUNSELING sekolah serta dilaksana secara bersepadu oleh seluruh warga sekolah dengan kerjasama semua Ibu Bapa.

Aspek keselamatan dan disiplin sepanjang KEM adalah perkara utama yang ditekankan serta semua yang terlibat WAJIB mengikuti segala peraturan yang telah digariskan. Pihak Pentadbiran sekolah sebagai penasihat KEM turut memantau dan terlibat secara langsung dalam mengawalselia keadaan ketika kem berlangsung. Semoga segala usaha murni kita akan diberi kemudahan dan dilimpah kejayaan buat semua murid yang terlibat.

Pihak sekolah sedaya upaya berusaha menjaga segala kebajikan murid sepanjang kem berlangsung. manakala staf sekolah ( guru dan AKP ) secara bergilir akan mengawal keadaan sepanjang kem berlangsung. Atas pengorbanan semua pihak, diharapkan Usaha ini membuahkan hasil kejayaan murid untuk menghadapi PEPERIKSAAN SPM DAN PT3 yang bakal tiba.

 MURID SEDANG DIATUR MENGIKUT LOKASI KELAS
 PENDAFTARAN MURID 2.00 PTG
 MURID TINGKATAN 5 : SESI 1 ( BAHASA INGGERIS )
 MURID TINGKATAN 3 : SESI 1 ( BAHASA INGGERIS )

PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...