Monday, August 20, 2018

Hari ke - 4 : KEM INTENSIF G-FORCE SPM & PT3

20 Ogos 2018 ~ Hari ke-4 kem.
Sepanjang hari ke empat, slot dipenuhi dengan angka dan nombor...iaitu subjek matematik. Spanjang hari murid-murid ditemani guru-guru subjek matematik yang berpengalaman untuk membimbing mereka cara menjawab soalan matematik secara mudah dan menepati skema peperiksaan.

Murid diajar bekerjasama, bantu membantu serta berinisiatif untuk cuba menjawab soalan matematik yang diberikan. Murid diberi latihan dan dibimbing cara menjawab dengan mudah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berkesan membantu murid meningkatkan tahap keyakinan diri melalui aktiviti berkumpulan dan pembentangan hasil sumbangsaran idea.

Setiap hari juga, guru-guru termasuk AKP secara bergilir memantau dan menjaga kebajikan murid sepanjang kem. Aspek keselamatan dan keselesaan menjadi keutamaan sekolah.







No comments:

Post a Comment

PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...