Tuesday, March 5, 2019

Perbarisan Unit-Unit Berunifrom Peringkat Daerah Penampang

Pada 31 Januari 2019 (Khamis) yang lepas, Pasukan Kadet Koreksional sekolah telah mewakili sekolah dalam Perbarisan Unit-Unit Berunifrom Peringkat Daerah Penampang bertempat di Stadium Penampang. Seramai 36 kadet termasuk 3 orang simpanan telah menyertai pertandingan tersebut. Tahniah kepada kadet kerana berjaya mendapat tempat ketiga setelah mengikuti latihan selama hampir 3 minggu. 
Jutaan penghargaan kepada semua jurulatih daripada Jabatan Penjara Kota Kinabalu iaitu Sarjan Mohd Jefrie Abdul Jalil, Koperal Abdul Latif Sahak dan Wdr Jamhuri Naslin yang mana tidak jemu-jemu turun padang untuk memberi bimbingan dalam sesi latihan yang telah dirancang sebelum itu. Semoga banyak lagi kejayaan yang dapat dirangkul dalam siri-siri pertandingan yang akan disertai pada tahun ini.




No comments:

Post a Comment

PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...