Thursday, March 24, 2016

PERTANDINGAN OLYMPIAD MATEMATIK DAN SAINS PERINGKAT KEBANGSAAN

Dua orang pelajar sekolah iaitu Edryannie Clare Engelbeth dan Lawrance Cham Thart Fong, tingkatan 5 Amanah terpilih mewakili negeri Sabah dalam Pertandingan Olympiad Matematik dan Sains Peringkat Kebangsaan yang telah dianjurkan oleh  Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) pada 19 hingga 20 Februari 2016 bertempat di Hotel Wira, Kuala Lumpur. Manakala tempat penyampai hadiah di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur. 

Keputusan pertandingan adalah Adik Lawrance Cham Thart Fong mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan ini. Sijil dan  hadiah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Manakala Adik Edryannie Clare Engelbeth mendapat sijil penyertaan dalam pertandingan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pelajar ini serta guru pengiring Cik Karen Milin.



TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW

Pada 16 hingga 20 Februari 2016 telah dilangsungkan Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Bahagian di Dewan Datuk Salleh Sulong, Papar. Pasukan Sekolah Sukan Negeri telah menghantar atlet dalam pertandingan ini dan menjuarai keseluruhan peringkat. Adik Ezai Mathius telah dipilih sebagai pemain berbakat kategori bawah 15 tahun. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para atlet sepak takraw dan jurulatih yang telah bertungkus lumus dalam menjuarai pertandingan ini.




Adik Ezai Mathius (Pemain Berbakat Kategori Bawah 15 Tahun)

Tuesday, February 23, 2016

KEJOHANAN BOLA JARING MSS SABAH 2016

Tahniah diucapkan kepada pemain dan guru penasihat bola jaring sekolah yang telah mewakili pasukan barat dalam Kejohanan Bola Jaring MSS Sabah di Kota Belud pada 15 - 19 Februari 2016. Pasukan barat bawah 18 tahun telah mendapat tempat Keempat dan pasukan barat bawah 15 tahun mendapat Naib Johan dalam kejohanan yang telah dipertandingkan. 





Tuesday, February 9, 2016

TAHNIAH JUARA MSSD, PENAMPANG

MSSD, Penampang yang berakhir telah membangkitkan kembali semangat kegemilangan SMK DPM sebagai Sekolah Sukan Negeri apabila atlet-atlet SMK DPM berjaya membawa pulang pingat kemenangan dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.

Antara Acara - acara yang boleh dibanggakan ialah :
- Acara Lontar Peluru dan Lempar Cakera oelh adik Gary Sipanis ( 2H )
- Acara 100M, 200M, 400M dan Relay 4x100M, 4x400M oleh adik Chelsea Cassiopea
- Acara 110M lari berpagar oleh adik Mohd Sarulnizam Nasarudin
- Dan atlet-atlet yang terlibat

Kepada semua guru, jurulatih yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, sekalung tahniah diucapkan.


Monday, February 8, 2016

LAWATAN PERTAMA UNTUK TAHUN 2016 ~ LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI

SMK Seri Titiwangsa Kuala Lumpur (SSN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMK Datuk Peter Mojuntin pada 1 Februari 2016 bersamaan hari Isnin. 





PERASMIAN LALUAN BERBUMBUNG DAN PENYERAHAN DANA PENDIDIKAN DATUK FRANCIS GOH

Pada 29 Januari 2016 bersamaan hari Jumaat, Ybhg. Datuk Francis Goh telah merasmikan laluan berbumbung SMK Datuk Peter Mojuntin dan menyerahkan Bantuan Pendidikan sebanyak RM 400 seorang kepada pelajar yang layak. Terima kasih diucapkan kepada Ybhg. Datuk Francis Goh atas usaha membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan kewangan.






Saturday, January 9, 2016

KURSUS DISIPLIN & KAUNSELING SMKDPM 2016

9 Januari 2016, bertempat di Bilik Gerakan SMKDPM, Kursus khas berkaitan Disiplin dan Kaunseling telah dilaksanakan bagi memberi penerangan dan penjelasan agar semua guru mendapat pendedahan asas berkaitan kedua-dua unit ini. Aspek yang diperbincangkan adalah tatacara bagaimana kawalan disiplin dapat dilaksanakan secara berterusan dan efisyen dalam masa yang sama memberi kesedaran sahsiah kepada murid agar mampu membuat perubahan untuk kebaikan diri sendiri.

Unit kaunseling sekolah memberi penekanan daripada aspek tanggungjawab sosial dalam usaha membantu memperkasakan kemenjadian murid agar lebih seimbang akademik dan sahsiahnya. Murid yang menerima kaunseling juga perlu mendapat peluang untuk menunjukkan perubahan positif, kerana perubahan akan berlaku secara berfasa melihat kepada perkembangan setiap individu.

Diharapkan kursus ini akan memberi lebih banyak impak positif kepada guru-guru untuk sama-sama menjadikan sekolah Datuk Peter Mojuntin....sekolah cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan disiplin murid.

Puan Judy Liew ~ Ketua Guru Disiplin sedang memberi penerangan berkaitan tatacara disiplin sekolah & tanggungajwab semua guru dalam membantu melaksanakan tugas disiplin di sekolah ini.
En Mohd Fadley Fauzi ~ Ketua Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah memberi input berkaitan fokus dan perancangan Unit Kaunseling bagi tahun 2016, dalam usaha membantu kemenjadian murid.

MAJLIS KHATAM AL QURAN & IFTAR JAMAIE 2025

K e m a s k i n i P r o g r a m T e r k i n i S e k o l a h Unit Graphic Multimedia SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...