Monday, April 9, 2018

Mesyuarat PIBG ke-30 ~2018~

Mesyuarat Agong PIBG telah dijalankan pada 7 April 2018 (Sabtu) di Dewan Harmoni SMKDPM. Pelbagai aktiviti dilaksanakan selain daripada mesyuarat seperti, taklimat Simpanan Amanah Saham Bumiputera dan cabutan tiket bertuah. Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa yang sanggup meluangkan masa pada hari tersebut. 











Sunday, April 8, 2018

~Bangunan Asrama Putera Terbakar ~

Pada 5 Mac 2018, kira-kira jam 7.30 pagi, bangunan asrama putera sekolah telah terbakar dan memusnahkan keseluruhan bangunan atas asrama. 





Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, terutama kepada masyarakat setempat, bekan-bekas pelajar, badan-badan kerajaan dan badan bukan kerajaan yang telah datang memberikan sumbangan kepada pelajar-pelajar asrama putera.













Agihan sumbangan kepada murid-murid asrama putera.







Tarian Singa 2018

Seperti tahun-tahun lalu, sudah menjadi kebiasaan bagi PIBG  menaja tarian singa sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Terima kasih diucapkan kepada PIBG sekolah.





Thursday, March 15, 2018

Seuntai Ingatan Untuk Pn. Sabaria.

Makan Malam bersama dengan Pn. Sabaria Andi Ahmat, Guru Seni Kecantikan telah dibuat di Hotel Pan Borneo. Pn. Sabaria akan berpindah ke kampung halamannya. Selamat bertugas di tempat baru kepada Pn. Sabaria. Jangan lupakan kami di SMKDPM.






SPM 2017

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 telah diumumkan pada 15 Mac 2018 di seluruh negara. Tahniah diucapakan kepada Adik Max Nathaneal Morius yang merupakan pelajaran "Top 10 Sabah" cemerlang SPM 2017 dengan keputusan (8A+, 1A-). Tahniah juga diucapakan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2017, usaha dan pengorbanan anda telah menghasilkan satu kejayaan yang cukup bermakna kepada anda, keluarga dan pihak sekolah.