Tuesday, April 28, 2020

Pertandingan Cabaran Aktiviti bersama Keluarga ~ UBK

Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sekolah  membuat 1 pertandingan khas untuk murid-murid DPM. Pertandingan ini terbuka kepada semua dan perlu memenuhi kriteria yang sudah dinyatakan di bawah. Setiap murid yang mengambil bahagian akan mendapat markah amalan baik.

Ambil gambar aktiviti kreatif anda bersama keluarga semasa tempoh PKP Fasa 3 yang akan bermula esok (30/4/2020). Pemenang akan dimaklumkan selepas tempoh PKP tamat. Gambar pemenang akan dikongsikan di laman rasmi Facebook UBK SMK DPM. Hadiah akan disampaikan sewaktu perhimpunan sekolah.

SYARAT-SYARAT:
  1. Satu murid hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
  2. Gambar yang diambil boleh dalam 1 atau digabungkan beberapa gambar (kolaj) mengikut kreativiti masing-masing. 
  3. Murid perlu ada dalam gambar yang digunakan dalam pertandingan ini. 
  4. Gambar yang dihantar perlu mempunyai hashtag #kekaldirumah #kitajagakita 
  5. Tarikh akhir pertandingan ini ialah 4 Mei 2020 bersamaan hari Isnin. 
  6. Gambar yang sudah diambil boleh dihantar mlalui whatsapp kepada guru-guru B&K. Sila nyatakan nama penuh dan kelas semasa mhantar gambar. 
  7. Nombor H/p guru B&K:
    • Cikgu Fadley: 016-5841764
    • Cikgu Coryna: 016-8109462
    • Cikgu Anastasia: 013- 65173
(Hantar ke salah seorang guru sahaja)

Berikut merupakan antara contoh kolaj:




Sunday, April 26, 2020

Pengurusan EMOSI ~UBK

Semoga anak-anak DPM berada dalam keadaan emosi yang baik sepanjang PKP ini dan mohon untuk berhubung dengan UBK SMKDPM jika memerlukan sebarang khidmat nasihat.




Saturday, April 25, 2020

JADUAL PDPA 27 - 30 APRIL 2020

Kepada Ibu bapa, guru-guru dan anak-anak SMKDPM yang disayangi, di sini dilampirkan jadual PDPA terbaru bertarikh 27 - 30 April 2020. Semoga PDPA kita sepanjang bulan Ramadan ini berjalan lancar. Terima kasih atas usaha bersepadu guru-guru SMKDPM, Terima kasih atas sokongan padu para ibubapa dan tahniah kepada anak-anak yang tetap bersemangat menimba ilmu dari jauh. Semoga segala usaha murni semua pihak diberkati.

Thursday, April 23, 2020

e-BAKAT 2020

Murid-murid digalakkan mengikuti link https://sites.google.com/view/pertandinganbakat/home bagi mengisi waktu-waktu mencabar yang telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

Antara Pertandingan yang dipertandingkan adalah:

                
     Pertandingan Nyayian Solo                      Pertandingan Poster Infografik

              





Program Jom Baca Bersama 2020

Program Jom Baca Bersama 2020 selama 10 minit anjuran Perpustakan Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah diadakan pada 23 April 2020, 11 pagi di rumah masing-masing.
Terima kasih kepada semua guru, ibubapa dan murid-murid yang telah bersama-sama menjayakan program ini walaupun berada di rumah masing-masing.


Kami meyambut mu dengan kesyukuran ...Ya Ramadhan

MARHABAN YA RAMADHAN

Salam kasih sayang seluruh warga sekolah dan umat islam seluruh dunia. Semoga Allah memberi perlindunganNya kepada seluruh hamba umat manusia. Kepada yang beragama islam ...marilah kita saling bermaafan di ambang Ramadhan yang mulia. Kepada yang bukan beragama Islam...marilah kita bersama-sama menadah tangan berdoa...semoga Allah membawa pulang makhluk yang bernama Covid19.

Bagi kita semua yang mungkin menyambut Ramadhan jauh dari kampung halaman dan keluarga... semoga ia menjadi asbab kekuatan dan ketabahan.
Kepada mereka yang bakal menyambut Ramadhan mulia di samping keluarga tercinta...semoga ia menjadi sebab semakin erat silaturrahim keluarga.
Kepada saudara-saudara yang menyambut Ramadhan dalam serba kekurangan...semoga ia menjadi ladang pahala dari asbab redanya kita di atas KetentuanNya.

SEMOGA RAMADHAN 2020 ....  RAMADHAN TERINDAH UNTUK SEMUA. Aamiin

 

Wednesday, April 22, 2020

SEDUTAN VIDEO PDPA - Yang berusaha pasti berjaya


Video ini adalah sedikit sedutan daripada sesi PDPA murid SMKDPM untuk Pembentangan.
#Kredit#5B#SK

SESI PDPA MURID TETAP BERJALAN

Yang bercita-cita...akan berusaha..
Yang berusaha..akan berjaya..
#Sains Komputer 5B#

Monday, April 20, 2020

TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA ~ ANAK- ANAK SMKDPM


Anda adalah ...penyokong utama kepada kecemerlangan anak-anak ini...
Semoga pihak ibu-bapa sentiasa menyokong pembelajaran anak-anak di rumah

MAKLUMAN KEPADA ANAK-ANAK SMKDPM

Untuk anak-anak SMKDPM yang tersayang....
Pihak sekolah sentiasa mengambil berat hal berkaitan PDP[Alternatif] anak-anak walaupun dalam situasi yang agak sukar. Pihak guru sentiasa berharap anak-anak SMKDPM meneruskan PDPA di rumah dengan bantuan san sokongan ibu bapa.

Di sini, garis panduan bagi anak-anak yang kehilangan PASSWORD GOOGLE CLASSROOM:
1) Laporkan kehilangan kepada guru kelas masing-masing
2) Selepas mendapat password baru yang direset, catat dan simpan di tempat yang selamat

Anak-anak tersayang, latih diri anda untuk bertanggungjawab dan menguruskan jadual diri dengan baik sama ada di sekolah atau di rumah. Baca dengan teliti INFOGRAFIK yang dilampirkan.

Di sini, disertakan link - link yang boleh anak-anak akses untuk mendapat maklumat berkaitan GC :

1) TUTORIAL INSTALL GC DI SMARTPHONE :
https://www.youtube.com/watch?v=Q2KijQewH24

2) TUTORIAL MENGHANTAR TUGASAN DI GC :
https://www.youtube.com/watch?v=PA1vlFfMUXI

3) TUTORIAL MENGAKTIFKAN GC :
https://www.youtube.com/watch?v=vGoPP7CtVhw

4) TUTORIAL LOGIN GOOGLE CLASSROOM BAGI YANG BARU BELAJAR :
https://www.youtube.com/watch?v=sS41Yldi27Y

5) JAWAPAN KEPADA MASALAH, KENAPA MURID TIDAK BOLEH AKSES KOD CLASS:
https://www.youtube.com/watch?v=Y3q65VbRzJo


Semoga anak-anak belajar menyesuaikan diri dengan situasi pembelajaran kita yang baru.


Pembelajaran Atas Talian Sepanjang PKP ~ Unit Bimbingan dan Kaunseling


Pembelajaran normal yang dilakukan setiap hari telah berubah 360° sewaktu pandemik COVID-19 berlaku di seluruh negara bahkan dunia. Para guru mencari kaedah terbaik untuk membantu murid-murid disepanjang norma baru ini. Namun, terdapat pelbagai cabaran dalam memastikan pembelajaran atas talian berlaku  dan objektif pembelajaran dapat disampaikan dengan sempurna.

Diharapkan anak-anak murid SMKDPM memanfaatkan pembelajaran atas talian dengan menggunakan beberapa kaedah pembelajaran yang efektif. Di sini, pihak UBK memberi panduan kepada murid dalam memastikan persekitaran pembelajaran sentiasa menyeronokan dan dapat mengurus masa dengan baik.




Unit Bimbingan dan Kaunseling

Makluman ini adalah daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah kepada semua murid-murid SMKDPM yang memerlukan khidmat nasihat daripada Guru-guru Kaunseling SMKDPM anda bolehlah berhubung pada talian yang tertera di bawah. 


#staysafe #stayathome

PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...