Wednesday, February 19, 2020

Majlis Apresiasi Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah

Syabas dan tahniah kepada SMKDPM yang telah mendapat pengiktirafan atas kejayaan pencapaian peringkat kebangsaan dan antarabangsa 3 kategori iaitu Sukan Pendidikan Khas(Kebangsaan), Inovasi  Pelajar Pendidikan Khas (Antarabangsa) dan Inovasi Pelajar Perdana(Antarabangsa). Majlis APRESSIASI KEMENTERIAN PELAJARAN & INOVASI NEGERI SABAH di Hotel STAR Tanjung Aru pada 14 Februari 2020 yang disampaikan oleh Menteri Pelajaran & Inovasi Negeri Sabah. Tahniah kepada SMKDPM.




Kejohanan MSSD Penampang

Pada 11 Februari 2020 (Selasa) yang lepas, Pasukan Kadet Koreksional sekolah ini telah mewakili sekolah dalam Perbarisan Unit-Unit Berunifrom Peringkat Daerah Penampang sempena Kejohanan MSSD Daerah Penampang bertempat di Stadium Penampang. Seramai 36 kadet telah menyertai pertandingan tersebut. 
Tahniah kepada kadet kerana berjaya menjadi Johan setelah mengikuti latihan selama hampir 5 minggu. Jutaan penghargaan kepada semua jurulatih daripada Jabatan Penjara Kota Kinabalu iaitu Sarjan Mohe Jefrie Abdul Jalil, Koperal Abdul Latif Sahak dan Wdr Jamhuri Naslin yang tidak jemu-jemu turun padang untuk memberi bimbingan dalam sesi latihan yang telah dirancang sebelum itu. Semoga banyak lagi kejayaan yang dapat dirangkul dalam siri-siri pertandingan yang akan disertai pada tahun ini. 





Tahniah dan syabas juga diucapakan kepada Kontingen Olahraga sekolah kerana menjadi Johan bagi Kejohanan Olahraga MSSD kali ke-39.




Kem Jati Diri 2020

Pada 12 hingga 14 Februari 2020 yang lepas, Unit Disiplin sekolah telah menganjurkan Kem Jati diri bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Sabah, Kem Malangang, Kiulu, Tamparuli kepada murid-murid berisiko tinggi dalam kes salahlaku disiplin sekolah sepanjang tahun 2019. Seramai 49 orang peserta daripada 80 orang sasaran awal telah hadir menyertai kem tersebut. Seramai 15 orang guru  pengiring diketuai oleh Puan Liew Su Tsin telah mengiring semua peserta selama 3 hari 2 malam. Banyak aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang kem tersebut. Diharapkan segala pengisian yang telah dilaksanakan dapat membentuk jati diri dalam diri semua peserta.









Saturday, February 15, 2020

SEMPENA PELANCARAN "JOM KE SEKOLAH"

Pihak sekolah bakal mengadakan Pelancaran "JOM KE SEKOLAH" Peringkat SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang tahun 2020.

Tarikh Pelancaran : 17 Februari 2020
Tempat : Dewan Harmoni

Pelancaran program ini bertujuan 'MEMBERI KESEDARAN KEPADA MURID KHUSUSNYA, KEPADA IBUBAPA AMNYA... untuk sama-sama memberi sokongan kepada sekolah bagi meningkatkan peratus kehadiran dan minat murid untuk ke sekolah.


Monday, February 3, 2020

Majlis Amanat Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2020

Majlis Amanat Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2020 telah diadakah pada 3 Februari 2020 semasa perhimpunan sekolah. Majlis ini diadakah bagi mengiktiraf pelantikan pengawas memikul tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah dalam membantu mengawal disiplin murid-murid. Sean Isaac Marcony dipilih sebagai Ketua Murid dan dibantu oleh Evana Ewan Tony serta Girl Deborah Baikan.




PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...