Sunday, November 27, 2016

~The Purple White Masquerade Night~

Malam 24 November 2016 telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Staf di Sky Hotel bagi menghargai segala usaha dalam memastikan aktiviti-aktiviti di sekolah berjalan dengan lancar sebelum melabuhkan tirai bagi tahun 2016. Dengan tema "Purple White Masquerade" para guru dan staf sokongan menggayakan tema pada tahun ini dengan bermacam gaya yang sungguh anggun dan segak. 

Selamat bercuti warga guru SMK DPM tahun hadapan kita berjumpa lagi dengan semangat baru dalam mendidik anak-anak murid SMK DPM.























~Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5/2016~

Majlis Graduasi bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2016 telah dijalankan di Dewan Harmoni sekolah dengan suasana yang ringkas dan meriah. Majlis ini diadakan bagi meningkatkan semangat anak-anak tingkatan 5 dalam menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.








Monday, November 7, 2016

~Majlis Restu Tingkatan 5/ 2016~

Majlis Restu bagi pelajar tingkatan 5 telah diadakan di Dewan Harmoni. Majlis ini diadakan bagi memberi semangat dan kata-kata perangsang kepada pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi Peperiksaan SPM tidak lama lagi. Semoga anak-anak tingkatan 5 mencapai kejayaan yang lebih baik untuk tahun ini.





Wednesday, November 2, 2016

Lawatan Ke Sister School Tallanggatta Secondary School, Australia

Seramai 3 orang guru pengiring dan 16 orang pelajar telah mengikuti lawatan ke Sister School Tallanggatta Secondary College, Victoria, Australia pada 27 Oktober 2016. Semoga lawatan ini akan memberi lebih banyak pendedahan tentang cara pembelajaran di luar negara terutama untuk pelajar-pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin. 


Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kluster Kecemerlangan

Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan Universiti Awam (SKK-UA) telah menganugerahkan SMK Datuk Peter Mojuntin cemerlang dalam kategori Kokurikulum. Tahniah atas pencapaian yang telah dicapai sepanjang tahun ini semoga tahun hadapan SMK Datuk Peter Mojuntin akan memperoleh lebih kejayaan.



~DPM Juara Hatrik~ Piala Bola Sepak Borneo 2016

Tahniah! kepada Pasukan Bola Sepak Bawah Bawah 15 Tahun dan jurulatih pasukan kerana berjaya merangkul gelaran juara hatrik pada Piala Bola Sepak Borneo 2016 yang diadakan di beberapa stadium iaitu di Stadium Penampang, Stadium Likas dan Stadium Universiti Malaysia Sabah. Semoga kejayaan ini akan diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang. 





Friday, October 14, 2016

Majlis Restu PT3

Penilaian Tingkatan 3 (PT3) akan berlangsung pada 10 - 13 Oktober, bersempena dengan itu pihak sekolah telah mengadakan Majlis Restu bagi memberi semangat dan memohon keberkatan daripada guru-guru yang telah banyak mencurahkan ilmu dan tenaga. Semoga pelajar tingkatan 3 tahun ini akan mendapat kejayaan.






SKK SABAH CHALLENGE

Sekolah telah menghantar seramai 21 pelajar bagi menyertai program SKK  SABAH CHALLENGE peringkat negeri tahun 2016. Dibawa bimbingan Pn. Artina Ariff dan guru pengiring Pn. Cleo dan Pn. Juliana. 
Antara peserta:
Adik Isabelle, Oleviani, Christina, Jeremy 4C [reka cipta] 
Max 4A, Lawrence 5A [genius maths] 
Shireen 3A [spell it right] telah mengharumkan nama sekolah kerana berjaya merangkul Johan dalam pertandingan yang diambil bahagian. 

Manakala,
Adik (Shonia, Michelle 4C,) (Nordin, Eric 5C,) (Carl, Leomund, Pauleyna, Deirdre 4A,) (Daberina, Gladys, Mitchelle, Dyeanne 2H) [reka cipta]  
Abbyana 4A  dan Aleya 2H [poem] turut menjayakan program tersebut.

Tahniah kepada semua yang telah mengambil bahagian.




Wednesday, September 21, 2016

Kem Intensif Akademik `Grow With G-Force`


Unit Kaunseling SMKDPM telah menjalankan Kem Intensif Akademik "Grow With The G-Force" untuk anak-anak PT3 dan SPM. Kem yang julung kali diadakan hasil cetusan idea bonda Pengetua Hjh. Fauziah Derin berkat kerjasama semua rakan AJK, sokongan padu daripada semua barisan pentadbir, ketua-ketua bidang dan guru-guru subjek yang sanggup mengorbankan masa cuti demi memberikan yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak SMKDPM. Mudah-mudahan kem ini memberikan manfaat yang besar buat anak-anak didik dalam menghadapi PT3 dan SPM 2016.

Gambar-gambar sepanjang aktiviti, sila klik link di bawah:

~Majlis Persaraan Mr. Yeo (Guru Cemerlang Kimia)

Jumaat, 9 September 2016 merupakan hari terakhir Mr. Yeo menjadi warga SMKDPM, majlis persaraan disambut dengan suasana pilu dan sedih. Selama 36 tahun beliau telah mencurahkan segala jasa dan tenaga untuk memastikan pelajar dan sekolah mencapai kejayaan. Persaraan beliau merupakan suatu kehilangan yang besar kepada SMKDPM. Beliau merupakan contoh pendidik yang unggul kerana selama ini bersungguh-sungguh dalam memastikan anak didiknya berjaya. 

Selamat bersara kepada Mr. Yeo!
Jasamu tetap dikenang selalu...




















PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...