Sunday, August 30, 2020

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-63

 Dengan tema sambutan ...Malaysia Prihatin~ Ikhlas daripada seluruh warga SMKDPM. Semoga perpaduan dan keharmonian akan terus berkekalan.



Sunday, July 5, 2020

Tuesday, June 30, 2020

Jadual PDPJJ ~ Menengah Rendah (1 Julai - 24 Julai)

Jadual Anjal ini sebagai rujukan murid, ibubapa dan guru sepanjang bulan Julai.


Lawatan Kerja Ketua Menteri Sabah

Pada 29 Jun 2020, YB Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Shafie Bin Hj. Apdal, Ketua Menteri Sabah telah melawat SMKDPM sempena pembukaan semula sekolah bagi memastikan norma baharu persekolahan mengikuti prosedur standard operasi PKPP.

Lawatan ini turut diiringi,
YB Datuk Dr. Yusof Yacob, Menteri Pelajaran & Inovasi Sabah,
YB Dr. Jennifer Lasimbang, Pembantu Menteri Pelajaran & Inovasi Sabah,
YB Datuk Sr. Hj Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Sabah dan
YB Datuk Darell Leiking, Ahli Parlimen P.174 Penampang.










Sunday, June 21, 2020

Lawatan TKPPM(Sektor Operasi Sekolah) JPNS ~ Persediaan Pembukaan Semula Sekolah

Hari ini,  21 Jun 2020 (Ahad) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bahagian Sektor Operasi Sekolah bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Penampang telah melakukan lawatan bagi persediaan pembukaan semula sekolah pada 24 Jun 2020 (Rabu). 







Norma Baharu ke Sekolah

Murid-murid tingkatan 5 adalah dinasihatkan untuk mematuhi norma baharu ke sekolah. Berikut adalah panduan yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas persekolahan. 



Friday, June 12, 2020

Persediaan Pembukaan Semula Sekolah ~ Part 2 ~



Ruangan bilik guru disanitasi, tanda penjarakan diletakkan pada meja dan kerusi serta tanda laluan sehala

Ruangan tandas murid 

Kawasan luar tandas guru lelaki

Thursday, June 11, 2020

Persediaan Pembukaan Semula Sekolah ~ Part 1 ~

Umum telah mengetahui bahawa sesi persekolah untuk murid-murid tingkatan 5 akan bermula pada 24 Jun 2020 (Rabu). Pihak pengurusan sekolah telah melaksanakan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM bagi memastikan kelancaran persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi. SOP ini untuk memastikan keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah yang menjadi keutamaan semasa berada di sekolah dan asrama dan proses PdP berlaku dalam keadaan yang selamat di antara murid dan guru.
Gotong royong telah diadakah pada 11 Jun 2020 bagi memastikan SMKDPM mengikuti SOP yang disarankan oleh pihak KPM.








Guru-guru berganding bahu membersih, mengukur jarak dan memastikan kelas bersedia untuk PDP serta mematuhi SOP KPM.



Keadaan meja murid yang telah siap disusun mengikut pelan lantai yang telah dikeluarkan oleh KPM.






Laluan dan kawasan kantin 

Semoga dengan pembukaan semula sekolah dengan mematuhi SOP yang telah dilaksana akan melancarkan lagi proses PDP dan keselamatan semua warga sekolah.

Monday, June 8, 2020

Aktiviti PIBG ~ Pertandingan Unduk Ngadau Online 2020

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah melaksanakan Pertandingan Unduk Ngadau secara Online untuk guru-guru SMKDPM. Johan bagi pertandingan ini jatuh kepada Cikgu Janet Asik, naib johan, Cikgu Dymphin J. John dan tempat ketiga Cikgu Connie Wong. 
Tujuan pertandingan ini dilaksanakan sebagai satu daripada aktiviti tahunan yang biasanya dilaksanakan semasa Pesta Kaamatan Peringkat Sekolah. Namun disebabkan oleh wabak penyakit COVID-19 dan PKP dilaksanakan maka, PIBG telah merancangan untuk pertandingan secara atas talian bersempena meraikan Sambutan Hari Guru dan Pesta Kaamatan 2020.  


 





JADUAL PDPJJ ~ Menengah Atas

Jadual Anjal PDPA JJ Menengah Atas untuk rujukan para guru, ibubapa dan murid-murid.

JADUAL PDPJJ ~Menengah Rendah (Bulan Jun)

Jadual Anjal PDPA JJ Menengah Rendah untuk rujukan para guru, ibubapa dan murid-murid.


Saturday, June 6, 2020

Norma Baharu Persekolahan

Tidak lama lagi sekolah akan dibuka semula dan sudah pasti kebiasaan juga akan berubah dengan mengikuti Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita dapat mencegah wabak COVID-19 dari terus menular. Bagi permulaan hanya murid tingkatan 5 dan tingkatan 6 yang akan memulakan sesi persekolahan. 
Disini disertakan garis panduan baharu di sekolah yang membabitkan SOP yang perlu dipatuhi oleh guru dan murid untuk mengelakkan penularan sebarang penyakit berjangkit.














Saturday, May 23, 2020

Salam Aidilfitri 2020

Warga SMKDPM mengucapkan Selamat Hari Raya tahun 2020 kepada semua guru, ibubapa dan anak-anak murid yang meraikan. 

Meskipun wajah tak mampu bersua,
Meskipun tangan tak salin menjabat,
Semoga coretan kata ini mampu menjadi jambatan di hari penuh kemenangan.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Min aidin walfaizin.



Sunday, May 17, 2020

Saturday, May 16, 2020

SEBAHAGIAN AKTIVITI KELAS PENDIDIKAN MORAL (PDPJJ)

Salam Sejahtera anak-anak murid dan Ibu Bapa...di sini cikgu kongsikan sedikit bahan hasil kelas digital bersama murid Pendidikan Moral 4 Cekap dan 4 Efisyen. Kesungguhan dan Sikap Mahu belajar mereka ini amat wajar di contohi oleh murid-murid lain

Aktiviti yang mereka lakukan adalah Poster Covid19, Merentas Nilai Universal.
Tahniah anak-anak, anda adalah contoh terbaik
TERUSKAN SEMANGAT MENCARI ILMU

"BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU"
Guru Subjek ~ Cikgu Umie Saidina

Friday, May 15, 2020

Selamat Hari Guru 2020

Tema Hari Guru Tahun 2020 "Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu".

Untuk semua guru yang mulia,
Jasa kalian akan sentiasa dikenang,
Tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa.

Selamat Hari Guru diucapakan kepada semua warga pendidik SMKDPM.


Thursday, May 14, 2020

PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SMKDPM 2020 ~ UBK SMKDPM

PERTANDINGAN MENCIPTA SAJAK HARI GURU

*Terbuka kepada semua murid sidang pagi dan sidang petang.
*Penilaian sajak akan dibuat mengikut tingkatan bmaksud setiap tingkatan mempunyai pemenang.
*Sekurang-kurangnya 1 wakil dari setiap kelas.
*Sila gambar/ screenshot sajak yang telah dicipta
*Sajak yang dicipta boleh dihantar kepada mana2 guru kaunseling/guru kelas masing2.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1. Mengikut tema yg telah ditetapkan:
    BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU.
2. Sajak mempunyai minimum 2 rangkap.
3. Sajak mempunyai minimum 5 baris dalam 1 rangkap. 
4. Sajak adalah ciptaan sendiri.
5. Sajak boleh dicipta menggunakan bahasa melayu/bahasa inggeris.

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN SAJAK:
16 MEI 2020 (SABTU) JAM 5.00PETANG.

Sebarang pertanyaan, boleh rujuk mana-mana guru kaunseling SMKDPM.

Monday, May 4, 2020

PERATUS LOGIN GOOGLE CLASSROOM TERKINI

Untuk perhatian semua warga sekolah, di sini cikgu lampirkan Peratus login Google Classroom terkini.

Laporan daripada Guru Penyelaras Bestari, Cikgu Umie ~ 5 Mei 2020
Semoga anak-anak murid cikgu akan lebih bersemangat menggunakan GC sebagai platform PDPA

Sunday, May 3, 2020

Tuesday, April 28, 2020

Pertandingan Cabaran Aktiviti bersama Keluarga ~ UBK

Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sekolah  membuat 1 pertandingan khas untuk murid-murid DPM. Pertandingan ini terbuka kepada semua dan perlu memenuhi kriteria yang sudah dinyatakan di bawah. Setiap murid yang mengambil bahagian akan mendapat markah amalan baik.

Ambil gambar aktiviti kreatif anda bersama keluarga semasa tempoh PKP Fasa 3 yang akan bermula esok (30/4/2020). Pemenang akan dimaklumkan selepas tempoh PKP tamat. Gambar pemenang akan dikongsikan di laman rasmi Facebook UBK SMK DPM. Hadiah akan disampaikan sewaktu perhimpunan sekolah.

SYARAT-SYARAT:
  1. Satu murid hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
  2. Gambar yang diambil boleh dalam 1 atau digabungkan beberapa gambar (kolaj) mengikut kreativiti masing-masing. 
  3. Murid perlu ada dalam gambar yang digunakan dalam pertandingan ini. 
  4. Gambar yang dihantar perlu mempunyai hashtag #kekaldirumah #kitajagakita 
  5. Tarikh akhir pertandingan ini ialah 4 Mei 2020 bersamaan hari Isnin. 
  6. Gambar yang sudah diambil boleh dihantar mlalui whatsapp kepada guru-guru B&K. Sila nyatakan nama penuh dan kelas semasa mhantar gambar. 
  7. Nombor H/p guru B&K:
    • Cikgu Fadley: 016-5841764
    • Cikgu Coryna: 016-8109462
    • Cikgu Anastasia: 013- 65173
(Hantar ke salah seorang guru sahaja)

Berikut merupakan antara contoh kolaj:




PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...