Monday, August 29, 2022

SELAMAT HARI MERDEKA kali ke-65 kepada seluruh keluarga SMK DPM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam perpaduan.....Salam Kemerdekaan
Erti sebuah KEMERDEKAAN....apabila kita mampu mempertahankan Kedaulatan NEGARA MALAYSIA tercinta dari terus dijajah sama ada secara fizikal atau melalui minda... secara maya.
Justeru, sebagai generasi peneraju Negara, ayuh bersama kita mempertahankan Perpaduan, Kesejahteraan, Kemakmuran dan Kedaulatan Negara Malaysia. Mengukuhkan kefahaman terhadap elemen-elemen rukun negara....mengelakkan sengketa...mengeratkan ukhwah, walaupun berbilang budaya dan bangsa.
SMK Datuk Peter Mojuntin mengucapkan....SELAMAT HARI MERDEKA kali ke-65 kepada seluruh keluarga SMK DPM khasnya, serta PIBG & Ibubapa, dan seluruh warga Malaysia walau di mana anda berada. Teguhkan Perpaduan, Eratkan Kesefahaman....demi keteguhan sebuah KELUARGA MALAYSIA.
"KELUARGA MALAYSIA, TEGUH BERSAMA"
-A m b a n g M e r d e k a-





Wednesday, August 24, 2022

DIALOG PRESTASI MURID TINGKATAN 5 BERSAMA IBU BAPA

TARIKH – 26 OGOS 2022 | MASA – 7.00AM | TEMPAT – DEWAN HARMONI

Dengan rasa syukur, pihak sekolah ingin mengundang semua ibubapa/penjaga kepada murid Tingkatan 5, SMK Datuk Peter Mojuntin, hadir ke sekolah pada ketetapan di atas, bagi melancarkan MUAFAKAT AKADEMIK di antara pihak sekolah bersama ibubapa. Melalui Program DIALOG PRESTASI.
Objektif program ini adalah untuk memastikan Ibubapa dan penjaga maklum berkaitan perkembangan terkini akademik anak-anak masing-masing serta berkolaborasi dengan pihak sekolah untuk membimbing murid kearah pencapaian akademik yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Semoga program ini memberi impak yang positif kepada kemenjadian sahsiah dan akademik anak-anak SMK Datuk Peter Mojuntin.




Wednesday, August 17, 2022

TERIMA KASIH DR. HENRY GOH

18 OGOS 2022

DR. HENRY GOH,
Terima Kasih diatas komitmen padu dan sumbangan ikhlas sepanjang berkhidmat dengan penuh sabar, di SMK Datuk Peter Mojuntin. Jasa dan bakti Dr.Henry sentiasa disanjung dan dikenang. Semoga perjalanan kerjaya di IPG kekal cemerlang.
Pihak sekolah amat berbangga dengan prestasi cemerlang Dr.Henry sepanjang menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah ini. Perjalanan kerjaya DR. diiringi doa dan kasih sayang, daripada keluarga SMK Datuk Peter Mojuntin.
“Burung serindit terbang melayang,
Terhenti hinggap di ranting mati,
Bukanlah ringgit dipandang orang,
Kami memandang BAHASA dan BUDI.
TERIMA KASIH…CIKGU
-Dr Henry Goh... selamat berkhidmat di tempat baru-



Sunday, August 7, 2022

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 2022

 08 OGOS 2022 | Pelancaran Program Mentor Mentee

“ ANAKKU SAYANG “
Dilancarkan oleh Tuan Haji M Rahim Md Lair pengetua SMK Datuk Peter Mojuntin. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan Kaunseling Smkdpm
Pelancaran program ini bertujuan memberi ruang kepada guru dan murid untuk saling mengenali lebih rapat agar proses Pengajaran dan Pembelajaran berjalan dengan lebih sempurna. Hubungan yang erat antara pendidik dan murid adalah platform terbaik untuk membina sahsiah dan keperibadian mulia, agar murid dapat menjadikan gurunya/mentornya sebagai ikon kejayaan pada masa hadapan.
Selain itu, program ini membuka ruang kepada murid menjadikan mentornya sebagai sumber rujukan, nasihat dan galakan untuk berjaya.
Syabas dan tahniah kepada semua pendidik yang menyokong program sekolah ini. Diharapkan para ibubapa dan penjaga turut membantu memberi sokongan padu terhadap setiap program sekolah demi kecemerlangan anak-anak SMKDPM pada masa hadapan.
TERIMA KASIH






MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SMK DATUK PETER MOJUNTIN TAHUN 2022

 

08 OGOS 2022 | DEWAN HARMONI SEKOLAH
PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SMK DATUK PETER MOJUNTIN TAHUN 2022
Dirasmikan oleh Tuan Haji M Rahim Md Lair Pengetua SMK Datuk Peter Mojuntin.
Pada hari ini, murid dan Staf SMK Datuk Peter Mojuntin dianjurkan memakai pakaian tradisi pelbagai kaum bagi memupuk semangat muhibah dan harmoni demi mengukuhkan perpaduan tanpa mengira agama dan bangsa. Semangat perpaduan yang dibentuk bermula di sekolah adalah platform terbaik untuk membina jati diri sebagai sebuah "KELUARGA MALAYSIA".
Tahniah dan Syabas atas pelancaran KARNIVAL KEMERDEKAAN di bawah unit Disiplin Sekolah serta Panitia PSV & Sejarah.





PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...