Monday, December 12, 2022

KEJOHANAN OLAHRAGA ‘BERWANG OPEN' TAHUN 2022

TARIKH | 10 – 12 DISEMBER 2022 |

LOKASI | KOMPLEKS SUKAN PENAMPANG |
--------------------------------------------------
“ KEPADA JURULATIH DAN KESEMUA 13 ATLET YANG TERLIBAT…TAHNIAH DAN SYABAS”
Dengan pencapaian terbaik,
7 Pingat Emas | 1 Pingat Perak | 1 Pingat Gangsa |
Secara keseluruhan : Tempat Kedua
TERUSKAN KECEMERLANGAN SMK Datuk Peter Mojuntin




Saturday, December 3, 2022

PROGRAM UNIT SERASI SEKOLAH

DENGAN KERJASAMA SELURUH WARGA SEKOLAH

|| P R O G R A M "B E R I B U K U" ||
-----------------------------------------------------
Program Beri Buku merupakan salah satu usaha pihak sekolah mendidik anak-anak SMKDPM serta seluruh warga SMKDPM melaksanakan dan memperkasa kempen REUSE & RECYLE bermula di sekolah.
Buku berbentuk Ilmiah dan akademik yang berguna...dikumpul dan dikongsikan kepada murid-murid untuk digunakan semula sebagai BAHAN RUJUKAN PDPC dan tujuan berbentuk AKADEMIK.
Selain menggalakkan murid melaksanakan program 'REUSE', sekolah juga membina rasa prihatin dan kerjasama di antara seluruh warga Sekolah dalam usaha mendidik SAHSIAH murni dikalangan murid-murid.
TAHNIAH DAN SYABAS UNIT SERASI SEKOLAH di atas usaha murni ini.
---------------------------------------------------
"B e r s a m a M e n y o k o n g P r o g r a m S e k o l a h"
'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama".




Wednesday, November 30, 2022

SIRKIT AKHIR OLAHRAGA DAN BOLA JARING LIGA KPM TAHUN 2022

AKTIVITI SSN, SABAH

CONGRATULATIONS KEPADA SEMUA JURULATIH DAN MURID YANG TERLIBAT
SIRKIT AKHIR OLAHRAGA & BOLA JARING
LIGA KPM 2022

……………………………………………………….
Tarikh Perlawanan : 25 – 28 Nov 2022
Lokasi Perlawanan : SSM, PAHANG
------------------------------------------------
1) ADIK MARYSHA ASYERA ANAK AMBROSE – TEMPAT KE4
ACARA 400M
2) ADIK DAYANGKU NURSYAFINAZ SYAZIRAH – TEMPAT KE5
ACARA 100M
“DAN KEPADA SEMUA MURID YANG TERLIBAT…TAHNIAH DAN SYABAS ATAS KESUNGGUHAN ANDA SEMUA”
Berikan sokongan anda kepada SSN, Sabah
#Sukan mengeratkan hubungan












Tuesday, November 29, 2022

LAWATAN BERFOKUS PERKONGSIAN EKSA DARI SMK PEREMPUAN SANDAKAN

 || LAWATAN PENANDAARASAN 2022 ||


L a w a t a n P e n a n d a a r a s a n :
Tarikh : 29 – Nov – 2022
SMK PEREMPUAN, SANDAKAN
Lawatan Berfokus Perkongsian EKSA
Terima Kasih dan semoga perkongsian hari ini memberi manfaat bersama.
#SEMOGA LAWATAN & JARINGAN ANTARA KEDUA-DUA SEKOLAH INI MEMBERI IMPAK POSITIF PADA MASA HADAPAN#



LAWATAN PENANDAARASAN 2022

L a w a t a n :

Tarikh : 24 – Nov – 2022
SM St Anthony, Wilayah Persekutuan Labuan
Berfokus Unit Disiplin & Kokurikulum
Tarikh : 25 - Nov - 2022
SMJK Shan Tao, Kota Kinabalu
Berfokus EKSA
---------------------------------------
Terima Kasih Daun Keladi....panjang umur bertemu kembali'
Semoga Lawatan ini akan mengeratkan lagi hubungan akademik dan sosial antara sekolah-sekolah terlibat.










Wednesday, November 23, 2022

PENSIJILAN SEMULA EKSA 2022

‘SIJIL EKSA KATEGORI CEMERLANG'


TAHNIAH SELURUH WARGA KELUARGA SMK Datuk Peter Mojuntin atas pensijilan semula EKSA 2022.
Syabas......
Kerjasama, Kesabaran dan kesungguhan seluruh keluarga SMKDPM termasuk seluruh STAF .... anak-anak didik yang turut serta dalam pensijilan semula EKSA 2022. Tanpa kerjasama seluruh warga keluarga SMKDPM, kita tidak mungkin berjaya.












Thursday, November 10, 2022

LAWATAN PEGAWAI JPN KE SMK DATUK PETER MOJUNTIN


LAWATAN PEGAWAI JPN KE SMK DATUK PETER MOJUNTIN, PENAMPANG
Tarikh : 08 - November 2022
Lokasi : Berfokus Asrama Sekolah
Masa : 2.00 PM
Selamat Datang dan terima kasih diucapkan atas lawatan dari pihak pegawai-pegawai JPN seluruh Malaysia. Semoga dengan lawatan ini akan mengeratkan lagi ukhwah serantau dan membina jaringan berunsur akademik dan ko akademik yang terbaik untuk kemenjadian anak-anak didik bersama~ Salam Perpaduan dari seluruh warga SMK Datuk Peter Mojuntin.




Friday, October 7, 2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2022

Daripada,
Seluruh Warga... Sekolah Sukan Negeri Sabah
SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang

| A k a d e m i k | S u k a n | S a h s i a h | D i s i p l i n |





Thursday, October 6, 2022

Program Kem Remaja Islam dan Sambutan Maulidur Rasul 2022

Program | Kem Remaja Islam dan Sambutan Maulidur Rasul 2022

Tarikh | 07 - 09 Oktober 2022
Anjuran | SMKDPM & KRIM
Penglibatan | Warga SMK Datuk Peter Mojuntin ( Murid & Staf beragama Islam )
-------------------------------------------------------
Semoga KEM REMAJA ISLAM & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444h/2022 dipermudahkan dan mendapat Rahmat ALLAH SWT.
Syabas dan Tahniah kepada semua staf dan murid yang terlibat. Terima kasih kepada ibubapa yang sentiasa memberi sokongan padu kepada aktiviti-aktiviti sekolah.
Syukur dan jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan Ikhlas menyokong kem ini. Dan terima kasih kepada pihak KRIM atas kerjasama penganjuran kem ini. Hanya Allah SWT mampu membalas segala kebaikan kita.




Saturday, October 1, 2022

KEJOHANAN PADANG & BALAPAN KALI KE - 43 SMK DATUK PETER MOJUNTIN TAHUN 2022

 T A H N I A H D A N S Y A B A S

JOHAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH TAHUN 2022 DINOBATKAN KEPADA KONTIGEN RUMAH HIJAU
Cik Nur Amirah & En Lawrence Denny dan keseluruhan pasukan
• NAIB JOHAN KONTIGEN RUMAH MERAH
En Ryener Yassin & En Elaysius Bin Ruki dan keseluruhan pasukan
• MANAKALA TEMPAT KETIGA JATUH KEPADA KONTIGEN RUMAH BIRU
En Surdur Jeet Singh & En Sophan Ronny dan keseluruhan pasukan
• DAN TEMPAT KEEMPAT KONTIGEN RUMAH KUNING
Pn Kok Yuk Yong & Cik Zuhrin Hamzah dan keseluruhan pasukan
---------------------------------------------
Aktiviti | Kejohanan Padang & Balapan kali ke-43 / 2022
Tarikh | 28 – 29 September 2022
Lokasi | Mini Kompleks Stadium, SMKDPM
---------------------------------------------
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA KETUA KONTIGEN BESERTA PASUKAN MASING-MASING.
“ S u k a n | S a h s i a h | A k a d e m i k | D i s i p l i n






Friday, September 23, 2022

Program Penutupan Bulan Kemerdekaan 2022

Program | Penutupan Bulan Kemerdekaan 2022

Anjuran | Bidang Kemanusiaan, Panitia Sejarah
Lokasi | Dewan Harmoni, SMKDPM
---------------------------------------------
Warga sekolah disaran memakai pakaian tradisi pelbagai kaum bagi memeriahkan penutupan bulan kemerdekaan tahun 2022, peringkat sekolah SMK Datuk Peter Mojuntin
Tahniah kepada semua murid yang menyambut saranan sekolah dengan memperagakan pelbagai pakaian tradisi kaum. Semangat Muhibah dan Perpaduan ini, yang disematkan diperingkat sekolah, bukan sahaja membentuk keperibadian mulia...malah membina jati diri 'anak Malaysia'.
SYABAS dan TAHNIAH kepada semua yang terlibat dalam acara penutupan bulan Kemerdekaan peringkat sekolah~




Tuesday, September 13, 2022

Salam Sejahtera dan Assalamualaikum,

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada empat orang guru SMK Datuk Peter Mojuntin yang akan meneruskan khidmat bakti di sekolah baharu…SMK PETAGAS.
Kepada,
Cik Fauziah Mahrop | Penolong Kanan Petang
Tahniah di atas pelantikan sebagai Penolong Kanan HEM SMK Petagas
Semoga dipermudahkan urusan dan kekal cemerlang.
Kepada,
Puan Dymphina J.John
Puan Lydia Juakim
En Shahudin Bin Karim
Selamat berbakti di SMK Petagas. Semoga terus melakar kecemerlangan.
Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan rakan pendidik sepanjang berkhidmat di SMK DATUK PETER MOJUNTIN, tidak akan dilupakan.
-------------------------------------------------------------------------
‘Berdayung sampan ke tanah Semenanjung
Hendak memberli tikar lah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan’
-------------------------------------------------------------------------







PERTANDINGAN KOMBET SEJARAH PERINGKAT SMK DATUK PETER MOJUNTIN TAHUN 2022

Anjuran Panitia Sejarah SMK Datuk Peter Mojuntin

Murid akan memperkenalkan, menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan isi-isi penting yang telah dicari dan dianalisis sebagai perkongsian ilmu. Booth Sejarah dibuka untuk lawatan warga sekolah secara tersusun dan dikawal oleh guru-guru subjek kelas terlibat.







Thursday, September 8, 2022

PERTANDINGAN NYANYIAN PERINGKAT DAERAH PENAMPANG TAHUN 2022

 KEPUTUSAN NYAYIAN SOLO SEKOLAH MENENGAH

• Johan Edmond Mimming
• SMK Limbanak
Naib Johan Janessa Jenius
• SM ST MICHAEL
• Ketiga Nuriyaneh
• SMK LIMBANAK
• Keempat Amberly Moidon
• SMK DATUK PETER MOJUNTIN
• Kelima Nechflendo
• SMK LIMBANAK

KEPUTUSAN DUET SEKOLAH MENENGAH
• Johan SENJA NAN MERAH
• SMK LIMBANAK
• Naib Johan BERIBU SESALAN
• SMK DATUK PETER MOJUNTIN
• Ketiga KEHEBATAN CINTA
• SMK LIMBANAK
• Keempat OMBAK RINDU
• SMK LIMBANAK
• Kelima OMBAK RINDU
• SMK DATUK PETER
Johan & Naib Johan akan mewakili Daerah Penampang ke peringkat Negeri Sabah
TAHNIAH…..KEPADA SEMUA PEMENANG




Sunday, September 4, 2022

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SABAH TAHUN 2022

| 04 September 2022 |

----------------------------------------------
🥇 EMAS
DAYANGKU NURSYAFINAZ SYAZIRAH BINTI AWANGKU KHAINEL ARIFFIN
Kategori Acara -100M (P18)
----------------------------------------------
🥉 GANGSA
MARYSHA ASYERA ANAK AMBROSE CANNON
Kategori Acara - 100M (P15)
Tahniah daripada seluruh warga SMK Datuk Peter Mojuntin


 



Thursday, September 1, 2022

PROGRAM | KEM INTENSIF AKADEMIK GROW WITH G-FORCE SPM 2022

 

Bertempat di SMK Datuk Peter Mojuntin anjuran unit Kaunseling Smkdpm.

Dimaklumkan bahawa KEM INTENSIF ini hanya melibatkan murid Calon SPM 2022. Objektif utama program adalah berfokus kepada peningkatan penguasaan murid kepada subjek-subjek SPM disamping memberi motivasi akademik yang berterusan bagi membina semangat dan sahsiah diri.
Pihak sekolah amat berharap kerjasama ibubapa dalam memastikan anak-anak hadir dan mengikuti kem intensif ini. Aspek keselamatan dan Kesihatan diutamakan sepanjang kem berlangsung.
-----------------------------------
PENDAFTARAN KEM | 2:00 - 4:00 PM
*TAKLIMAT KESELAMATAN AKAN DIADAKAN SEJURUS SELESAI PENDAFTARAN PESERTA
SEMOGA KEM INTENSIF GROW WITH G - FORCE BERJALAN LANCAR
"u s a h a d a n t a w a k a l"




Monday, August 29, 2022

SELAMAT HARI MERDEKA kali ke-65 kepada seluruh keluarga SMK DPM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam perpaduan.....Salam Kemerdekaan
Erti sebuah KEMERDEKAAN....apabila kita mampu mempertahankan Kedaulatan NEGARA MALAYSIA tercinta dari terus dijajah sama ada secara fizikal atau melalui minda... secara maya.
Justeru, sebagai generasi peneraju Negara, ayuh bersama kita mempertahankan Perpaduan, Kesejahteraan, Kemakmuran dan Kedaulatan Negara Malaysia. Mengukuhkan kefahaman terhadap elemen-elemen rukun negara....mengelakkan sengketa...mengeratkan ukhwah, walaupun berbilang budaya dan bangsa.
SMK Datuk Peter Mojuntin mengucapkan....SELAMAT HARI MERDEKA kali ke-65 kepada seluruh keluarga SMK DPM khasnya, serta PIBG & Ibubapa, dan seluruh warga Malaysia walau di mana anda berada. Teguhkan Perpaduan, Eratkan Kesefahaman....demi keteguhan sebuah KELUARGA MALAYSIA.
"KELUARGA MALAYSIA, TEGUH BERSAMA"
-A m b a n g M e r d e k a-





Wednesday, August 24, 2022

DIALOG PRESTASI MURID TINGKATAN 5 BERSAMA IBU BAPA

TARIKH – 26 OGOS 2022 | MASA – 7.00AM | TEMPAT – DEWAN HARMONI

Dengan rasa syukur, pihak sekolah ingin mengundang semua ibubapa/penjaga kepada murid Tingkatan 5, SMK Datuk Peter Mojuntin, hadir ke sekolah pada ketetapan di atas, bagi melancarkan MUAFAKAT AKADEMIK di antara pihak sekolah bersama ibubapa. Melalui Program DIALOG PRESTASI.
Objektif program ini adalah untuk memastikan Ibubapa dan penjaga maklum berkaitan perkembangan terkini akademik anak-anak masing-masing serta berkolaborasi dengan pihak sekolah untuk membimbing murid kearah pencapaian akademik yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Semoga program ini memberi impak yang positif kepada kemenjadian sahsiah dan akademik anak-anak SMK Datuk Peter Mojuntin.




Wednesday, August 17, 2022

TERIMA KASIH DR. HENRY GOH

18 OGOS 2022

DR. HENRY GOH,
Terima Kasih diatas komitmen padu dan sumbangan ikhlas sepanjang berkhidmat dengan penuh sabar, di SMK Datuk Peter Mojuntin. Jasa dan bakti Dr.Henry sentiasa disanjung dan dikenang. Semoga perjalanan kerjaya di IPG kekal cemerlang.
Pihak sekolah amat berbangga dengan prestasi cemerlang Dr.Henry sepanjang menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah ini. Perjalanan kerjaya DR. diiringi doa dan kasih sayang, daripada keluarga SMK Datuk Peter Mojuntin.
“Burung serindit terbang melayang,
Terhenti hinggap di ranting mati,
Bukanlah ringgit dipandang orang,
Kami memandang BAHASA dan BUDI.
TERIMA KASIH…CIKGU
-Dr Henry Goh... selamat berkhidmat di tempat baru-



PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...