Friday, September 23, 2022

Program Penutupan Bulan Kemerdekaan 2022

Program | Penutupan Bulan Kemerdekaan 2022

Anjuran | Bidang Kemanusiaan, Panitia Sejarah
Lokasi | Dewan Harmoni, SMKDPM
---------------------------------------------
Warga sekolah disaran memakai pakaian tradisi pelbagai kaum bagi memeriahkan penutupan bulan kemerdekaan tahun 2022, peringkat sekolah SMK Datuk Peter Mojuntin
Tahniah kepada semua murid yang menyambut saranan sekolah dengan memperagakan pelbagai pakaian tradisi kaum. Semangat Muhibah dan Perpaduan ini, yang disematkan diperingkat sekolah, bukan sahaja membentuk keperibadian mulia...malah membina jati diri 'anak Malaysia'.
SYABAS dan TAHNIAH kepada semua yang terlibat dalam acara penutupan bulan Kemerdekaan peringkat sekolah~




Tuesday, September 13, 2022

Salam Sejahtera dan Assalamualaikum,

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada empat orang guru SMK Datuk Peter Mojuntin yang akan meneruskan khidmat bakti di sekolah baharu…SMK PETAGAS.
Kepada,
Cik Fauziah Mahrop | Penolong Kanan Petang
Tahniah di atas pelantikan sebagai Penolong Kanan HEM SMK Petagas
Semoga dipermudahkan urusan dan kekal cemerlang.
Kepada,
Puan Dymphina J.John
Puan Lydia Juakim
En Shahudin Bin Karim
Selamat berbakti di SMK Petagas. Semoga terus melakar kecemerlangan.
Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan rakan pendidik sepanjang berkhidmat di SMK DATUK PETER MOJUNTIN, tidak akan dilupakan.
-------------------------------------------------------------------------
‘Berdayung sampan ke tanah Semenanjung
Hendak memberli tikar lah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan’
-------------------------------------------------------------------------







PERTANDINGAN KOMBET SEJARAH PERINGKAT SMK DATUK PETER MOJUNTIN TAHUN 2022

Anjuran Panitia Sejarah SMK Datuk Peter Mojuntin

Murid akan memperkenalkan, menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan isi-isi penting yang telah dicari dan dianalisis sebagai perkongsian ilmu. Booth Sejarah dibuka untuk lawatan warga sekolah secara tersusun dan dikawal oleh guru-guru subjek kelas terlibat.







Thursday, September 8, 2022

PERTANDINGAN NYANYIAN PERINGKAT DAERAH PENAMPANG TAHUN 2022

 KEPUTUSAN NYAYIAN SOLO SEKOLAH MENENGAH

• Johan Edmond Mimming
• SMK Limbanak
Naib Johan Janessa Jenius
• SM ST MICHAEL
• Ketiga Nuriyaneh
• SMK LIMBANAK
• Keempat Amberly Moidon
• SMK DATUK PETER MOJUNTIN
• Kelima Nechflendo
• SMK LIMBANAK

KEPUTUSAN DUET SEKOLAH MENENGAH
• Johan SENJA NAN MERAH
• SMK LIMBANAK
• Naib Johan BERIBU SESALAN
• SMK DATUK PETER MOJUNTIN
• Ketiga KEHEBATAN CINTA
• SMK LIMBANAK
• Keempat OMBAK RINDU
• SMK LIMBANAK
• Kelima OMBAK RINDU
• SMK DATUK PETER
Johan & Naib Johan akan mewakili Daerah Penampang ke peringkat Negeri Sabah
TAHNIAH…..KEPADA SEMUA PEMENANG




Sunday, September 4, 2022

KEJOHANAN OLAHRAGA MSS SABAH TAHUN 2022

| 04 September 2022 |

----------------------------------------------
🥇 EMAS
DAYANGKU NURSYAFINAZ SYAZIRAH BINTI AWANGKU KHAINEL ARIFFIN
Kategori Acara -100M (P18)
----------------------------------------------
🥉 GANGSA
MARYSHA ASYERA ANAK AMBROSE CANNON
Kategori Acara - 100M (P15)
Tahniah daripada seluruh warga SMK Datuk Peter Mojuntin


 



Thursday, September 1, 2022

PROGRAM | KEM INTENSIF AKADEMIK GROW WITH G-FORCE SPM 2022

 

Bertempat di SMK Datuk Peter Mojuntin anjuran unit Kaunseling Smkdpm.

Dimaklumkan bahawa KEM INTENSIF ini hanya melibatkan murid Calon SPM 2022. Objektif utama program adalah berfokus kepada peningkatan penguasaan murid kepada subjek-subjek SPM disamping memberi motivasi akademik yang berterusan bagi membina semangat dan sahsiah diri.
Pihak sekolah amat berharap kerjasama ibubapa dalam memastikan anak-anak hadir dan mengikuti kem intensif ini. Aspek keselamatan dan Kesihatan diutamakan sepanjang kem berlangsung.
-----------------------------------
PENDAFTARAN KEM | 2:00 - 4:00 PM
*TAKLIMAT KESELAMATAN AKAN DIADAKAN SEJURUS SELESAI PENDAFTARAN PESERTA
SEMOGA KEM INTENSIF GROW WITH G - FORCE BERJALAN LANCAR
"u s a h a d a n t a w a k a l"




PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...