Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid, SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang berlangsung pada 21 Julai 2022 bertempat di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada wakil PPD Penampang atas kesudian merasmikan majlis kecemerlangan, semua ibu bapa yang hadir memberi sokongan, para pentadbir & guru-guru pelaksana yang sangat komited menjalankan tugas, seluruh warga sekolah serta anak-anak SMK Datuk Peter Mojuntin, sama ada yang menerima anugerah atau bersama-sama menonton di dalam dewan.
Wednesday, July 20, 2022
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID SMK DATUK PETER MOJUNTIN PENAMPANG
Kepada semua penerima anugerah…TAHNIAH DAN SYABAS atas kecemerlangan anda. Syukur ke Hadrat Ilahi diatas kurniaan ilmu yang tidak ternilai.
Kepada anak-anak SMKDPM yang menonton pada hari ini…semoga ia menjadi satu momen yang mewujudkan impian dan inspirasi kejayaan anda. Satu lonjakan semangat untuk membina kecemerlangan akademik pada masa hadapan.
Kepada penerima anugerah terbaik Sijil Pelajaran Malasysia (SPM) 2021 dan penerima anugerah khas, semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada adik-adik dan rakan-rakan di SMK DPM.
Sunday, July 10, 2022
KEJOHANAN OLHRAGA MSSD PENAMPANG KALI KE-40 TAHUN 2022
Kejohanan Olahraga MSSD, Penampang kali ke-40, tahun 2022, melabuhkan tirai dengan penuh warna-warni. Tahniah kepada semua pasukan dari sekolah daerah Penampang atas komitmen yang tinggi serta semangat persaingan berpasukan yang sihat.
Tahniah SSN SABAH SMK Datuk Peter Mojuntin, atas kemenangan mengungguli carta daerah Penampang dengan pencapaian terbaik keseluruhan 64 PINGAT kemenangan (32 PINGAT EMAS, 18 PERAK serta 14 GANGSA).
Pihak sekolah, PIBG, Ibu Bapa serta seluruh warga SMK DPM berbangga dengan pencapaian anda semua. Semoga kecemerlangan ini berterusan tanpa mengabaikan prioriti kepada akademik. Tahniah kepada semua jurulatih yang terlibat, ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang sekolah serta pihak PPD & JPN yang menyokong segala aktiviti sukan SSN, SABAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)
UNIT SERASI SEKOLAH
Kemaskini aktiviti, Unit Graphic dan Multimedia sekolah ------------------------------------------------------------ Syabas dan Tahniah kepa...
-
SELAMAT MENYAMBUT HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2022 Daripada, Seluruh Warga... Sekolah Sukan Negeri Sabah SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang | A...
-
Salam Sejathera. Dengan rasa syukur, pihak SMK Datuk Peter Mojuntin ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa atas kerjasama...
-
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SMKDPM telah menganjurkan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 15 Julai 2016 (Jumaat). Walaupun ...