Monday, November 13, 2017

Pertandingan INTEL ISEF 2017

Pertandingan INTEL ISEF 2017 telah berlangsung di MINES Convention Centre Kuala Lumpur pada 3-5hb November, pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam rekacipta dan inovasi berserta kajian penyelidikan yang dijalankan terhadap rekacipta dan inovasi yang menjurus kepada penyelidikan berunsur STEM terhadap penyelidikan yang dijalankan. 

Pada peringkat awal sekolah kita telah menghantar 15 kumpulan yang menyertai INTEL ISEF 2017 namun begitu hanya 1 kumpulan terpilih dan seterus mewakili Negeri Sabah INTEL ISEF 2017 di Kuala Lumpur. Kumpulan SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang terdiri daripada adik Nicholas Marcellus G. Kissol 5A, Allen Bradley Lazurus 5A, Edly Ryan Malexius 5A dan Pn. Artina Ariff selaku guru pembimbing dan pengiring dengan tajuk kajian Penyelidikan Rekacipta dan inovasi VOLTA GENERATOR. 

Kumpulan SMK DPM berjaya mendapat Bronze Award INTEL ISEF 2017 tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar yang menyertai dan guru yang membimbing.




Bengkel dan Pertandingan Teknorama iT 2017

Bengkel dan pertandingan Technorama iT 2017 anjuran Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Makluman Negeri Sabah kerjasama bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta Pejabat Pendidikan Daerah Penampang telah diadakan pada 17hb - 20hb Julai 2017 bertempat di SMK Limbanak Penampang. Beberapa hadiah kemenangan telah diperolehi.  Filem pendek (DST) dan Filem animasi (ANICLIX) yang telah mengikut bengkel disyorkan mengikut pertandingan Sabah Filem Festivel yang telah dibuka penyertaannya dan tarikh tutup pada 30hb September 2017. 

Berikut adalah pelajar-pelajar yang menyertai bersama guru-guru pengiring dan pembimbing.
a). Digital Story Telling ( Filem Pendek)
     Guru Pembimbing dan pengiring : Pn. Artina Ariff
     Pelajar : 1. Juvina Elsie Berry 3H
                   2. Faustina Florian 3H
                   3. Amanda Petrychia Boyou 3H
      
b) Aniclix (Filem Animasi)
   Guru Pembimbing dan pengiring : Cik Ling Fong
   Pelajar :  1. Bibiana Mourus ( Pendidikan Khas )
                  2. Edward Liew Tze Kiong ( Pendidikan Khas)
                  3. Zico Luck Elvister ( Pendidikan Khas )

c) Technorama iT
    Guru Pembimbing dan pengiring : Pn. Kasninah Danil
    Pelajar : 1.     Joshua Lakim
       2.     Ivan Tony Ewan
       3.     Sherilly Samson
       4.     Elsie Angela
       5.     Gisyelle Gregory
       6.     Wilsie Masal
       7.     Nicole Ng
       8.     Nelsie Sylvester





PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...