Monday, November 13, 2017

Pertandingan INTEL ISEF 2017

Pertandingan INTEL ISEF 2017 telah berlangsung di MINES Convention Centre Kuala Lumpur pada 3-5hb November, pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam rekacipta dan inovasi berserta kajian penyelidikan yang dijalankan terhadap rekacipta dan inovasi yang menjurus kepada penyelidikan berunsur STEM terhadap penyelidikan yang dijalankan. 

Pada peringkat awal sekolah kita telah menghantar 15 kumpulan yang menyertai INTEL ISEF 2017 namun begitu hanya 1 kumpulan terpilih dan seterus mewakili Negeri Sabah INTEL ISEF 2017 di Kuala Lumpur. Kumpulan SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang terdiri daripada adik Nicholas Marcellus G. Kissol 5A, Allen Bradley Lazurus 5A, Edly Ryan Malexius 5A dan Pn. Artina Ariff selaku guru pembimbing dan pengiring dengan tajuk kajian Penyelidikan Rekacipta dan inovasi VOLTA GENERATOR. 

Kumpulan SMK DPM berjaya mendapat Bronze Award INTEL ISEF 2017 tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar yang menyertai dan guru yang membimbing.




No comments:

Post a Comment

PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...