Friday, November 4, 2011
Lawatan Sister School Ke Melbourne
Program Lawatan Sister School SMKDPM Ke Tallangatta Secondary College, Victoria, Australia bermula hari ini yang disertai oleh 16 orang pelajar dan 3 orang guru selama 6 hari di TSC dan 3 hari di Melbourne. Program ini merupakan susulan program Australia-Malaysia Sister School Pilot Project Phase 2 yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 antara Malaysia dan Australia. Tallangatta Secondary College adalah Sister School kepada SMKDPM untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat antara dua negara dan berkongsi amalan terbaik.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk lawatan kali ini ialah homestay, IN-Class, Class Visit, Lawatan Ke Sekolah Rendah Tallangatta, Persembahan Kebudayaan, Perbincangan, Lawatan di Melbourne dan banyak lagi. Semoga semua peserta memperolehi banyak ilmu dan pengalaman berharga yang boleh dikongsi bersama sekembalinya ke Sabah 14 November nanti.
Maklumat lanjut di sini.
Majlis Konvokesyen Pra-Universiti STPM 2011
Majlis Konvokesyen Pra-Universiti bagi pelajar-pelajar tingkatan 6 Atas STPM 2011 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 November 2011 di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin.
Aturcara majlis seperti berikut :
8.00 pagi : Ketibaan para graduan dan ibu bapa
8.30 pagi : Ketibaan Encik Denis Gompion,
Pegawai Pelajaran Daerah Penampang.
: Perarakan masuk Graduan Pra-Universiti 2011
: Perarakan Akademik
: Perarakan Utama
Encik Denis Gompion (PPD),Puan Nurani Fauziah Derin(Pengetua),Puan Winnie Jimis
(Timbalan YDP PIBG), semuaPenolong Kanan
: Lagu Negaraku
: Lagu Sabah Tanah Airku
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan : Puan Nurani Fauziah Derin
(Pengetua SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang)
: Ucapan Perasmian : Encik Denis Gompion
(Pegawai Pelajaran Daerah Penampang)
: Persembahan Nyanyian
: Penyampaian Sijil Graduan;
Graduan Bidang Sains
Graduan Bidang Kemanusiaan
Graduan Terbaik Akademik
Graduan Terbaik Kepimpinan
: Penyampaian Cenderamata
: Ucapan Wakil Graduan
: Lagu Sekolah
: Perarakan Keluar
: Sesi Bergambar
: Jamuan dan Bersurai
Seramai 43 orang pelajar menerima graduasi masing-masing manakala 24 orang lagi menerima sijil. Semoga majlis Konvokesyen ini dapat menyuntik semangat terakhir untuk memecut kehadapan kepada semua pelajar yang akan menduduki STPM November ini.
Majlis Perlancaran Program Mudball
Majlis Perlancaran Program Mudball telah diadakan pada 31 Oktober 2011 di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2024
K e m a s k i n i P r o g r a m T e r k i n i S e k o l a h Unit Graphic Multimedia SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...
-
Semoga terus berjaya di tempat baru...Kami warga SMKDPM sentiasa mendoakan... ~Gambar Sekitar Majlis Perpisahan Puan Pengetua
-
Berikut merupakan senarai penerima Privilege Card untuk peperiksaan Bilangan 2 yang telah berlangsung pada bulan Julai 2009. Joanita Jonis (...
-
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKEP) sesi 2011 telah berlangsung pada 13 April 2012 di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin....