Monday, May 25, 2009

Pengetua Baru SMK Paris

Tahniah diucapkan kepada Puan Norah Marcus, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Datuk Peter Mojuntin diatas perlantikannya sebagai Pengetua di SMK Paris, Kinabatangan, Lahad Datu yang berkuatkuasa serta merta. Setinggi-tinggi terimakasih dan penghargaan diucapkan pada Pn. Norah Marcus atas segala usaha, bimbingan dan jasa beliau terhadap SMK Datuk Peter Mojuntin.

Selamat bertugas di sekolah baru.

Saturday, May 23, 2009

Gotong Royong Bilik-Bilik Khas 2009

Gotong Royong sekolah kali ini memfokuskan kepada pembersihan Bilik-Bilik Khas seperti Makmal Sains, Bilik Multimedia, Studio Rekacipta, Bilik Aroma, Bilik Kualiti, Bilik Kesihatan dan sebagainya. Gotong Royong bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.






Majlis Penutupan Minggu Orientasi Tingkatan 6 Rendah 2009

Majlis telah diadakan pada 22 Mei 2009 di Dewan Harmoni. Majlis penutupan juga telah disempurnakan oleh Pengetua SMKDPM, Pn Nurani Fauziah Derin.





Wednesday, May 13, 2009

Majlis Penyampaian Anugerah Gemilang Kurikulum

Majlis Penyampaian Anugerah Gemilang Kurikulum bagi Peperiksaan Bilangan 1 tahun 2009 telah diadakan di Dewan Harmoni bermula jam 9.30 pg. Majlis dimulakan dengan ucapan dan seterusnya penyampaian Privilege Card bagi 10 orang pelajar yang berjaya mendapat lebih daripada 5A dalam peperiksaan Bilangan 1. Ini diikuti dengan Sijil Gemilang Kurikulum, Sijil Berusaha Kurikulum dan Sijil Gemilang Pendidikan Khas.



Ucapan dari wakil Pengetua, Pn. Aileen Usok












Penyampaian Privilege Card kepada pelajar cemerlang yang berjaya.











Penyampaian sijil cemerlang kurikulum






































10 Pelajar yang menerima Privilege Card
























Makanan disediakan kepada semua penerima sijil kecemerlangan













Multimedia Team yang bertanggungjawab merekabentuk, menyedia dan memastikan perlaksanaan persembahan berjalan lancar menggunakan Ms PowerPoint.










Bersama guru yang bertanggungjawab terhadap pasukan multimedia sekolah.

Monday, May 11, 2009

Sekolah Kluster Kecemerlangan

Tahniah kepada SMK Datuk Peter Mojuntin diatas penganugerahannya sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan bidang kebitaraan (niche area) Olahraga (Sukan) dan Rekacipta (Akademik). Semoga SMK Datuk Peter Mojuntin terus cemerlang dan gemilang hingga ke peringkat antarabangsa dalam bidang yang telah dipilih.

JASAMU DIKENANG CIKGU HAJI AZMAN BIN ABIDIN

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...