Monday, July 26, 2010

Majlis Sambutan Hari Guru

Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah untuk tahun 2010 telah berlangsung pada 27 Julai 2010 di Dewan Harmoni dan Dewan Terbuka sekolah bermula jam 6.45 pagi hingga 1.00 tengahari. Majlis merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SMKDPM. Antara agenda dan aktiviti adalah seperti berikut :

7.15 am - Pelajar, guru-guru dan para pentadbir masuk ke Dewan Harmoni
7.30 am - Tarian Sambut Tamu, Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu Sekolah serta Bacaan doa oleh adik Aliuddin Ludin.

7.40 am - Ucapan Pengarah Program Majlis Hari Guru 2010 merangkap Presiden MPP

7.50 am - Ucapan Penasihat Program Majlis Hari Guru 2010 - Pn. Naimah Hj. Din, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


8.00 am - Ucapan dan Perasmian Penaung Program Majlis Hari Guru 2010, Pn. Nurani Fauziah Derin, Pengetua SMKDPM


8.05 am - Pelancaran Perasmian Majlis Hari Guru Peringkat Sekolah 2010

8.10 am - Koir Guru Malaysia dan Tema Hari Guru oleh semua guru DPM

8.15 am - Acara Pemotongan Kek Hari Guru 2010 oleh Pentadbir dan semua guru DPM

8.30 am - Persembahan Simbolik Hari Guru
9.00 am - Pertandingan Karaoke Duet "Guru & Pelajar"
9.30 am - Persembahan Pelajar 1 - Battle of The Bands
9.45 am - Pertandingan Make Over Guru dan Pelajar
10.15 am - Persembahan Pelajar II - Battle of The Bands
10.30 am - Lucky Draw
10.35 am - Persembahan Guru Sidang Pagi
11.05 am - Persembahan Pelajar III - Afternoon Got Talent
11.20 am - Persembahan Guru Sidang Petang
11.40 am - Persembahan Pelajar IV - DPM Idol (Johan)
11.50 am - Fashion Show Guru
12.05 pm - Persembahan Pelajar V - DPM Idol (Naib Johan)
12.15 pm - Lucky Draw
12.20 pm - Persembahan Line Dance
12.30 pm - Penyampaian Hadiah dan Cenderahati untuk semua guru
1.00 pm - Jamuan dan bersurai

Wednesday, July 21, 2010

Sukan Sekolah 2010

Kejohanan Olahraga Kali Ke-33 telah berlangsung pada 21 dan 22 Julai 2010 di Kompleks Sukan Penampang, Sabah. Sebanyak 63 acara dipertandingkan dengan 6 rumah sukan iaitu Kuning, Biru, Merah, Hijau, Ungu dan Oren.

Upacara Perasmian Penutupan berlangsung pada 22 Julai Jam 2.00 petang dan disempurnakan oleh En. Dennis Gompion, Pegawai Pendidikan Daerah Penampang.

Berikut merupakan keputusan Kejohanan Olahraga :

KEJOHANAN OLAHRAGA
Johan Keseluruhan : Rumah Biru (14 Emas, 13 Perak, 10 Gangsa)
Naib Johan : Rumah Hijau (11 Emas, 11 Perak, 5 Gangsa)
Tempat Ketiga : Rumah Oren (11 Emas, 10 Perak, 11 Gangsa)

Perbarisan Rumah Sukan
Tempat Pertama : Merah
Tempat Kedua : Kuning
Tempat Ketiga : Biru

Perbarisan Unit Beruniform
Tempat Pertama : Kadet Koreksional
Tempat Kedua : PBSM
Tempat Ketiga : Kadet Polis

Olahragawan L18TKB
Mohd Faizal Tamrin (Rumah Oren)
- 3 pingat emas (1 rekod baru)

Olahragawati P18TKB
Agnes Lecsoin (Rumah Merah)
- 4 pingat emas (1 rekod baru)

Olahragawan L15TKB
Muaz Azly Refen (Rumah Ungu)
- 4 pingat emas (1 rekod baru)

Olahragawati P15TKB
Nurul Atiqah Sukur (Rumah Kuning)
- 3 pingat emas (1 rekod baru)

Tuesday, July 13, 2010

Selamat Datang Australia Sister School

SMK Datuk Peter Mojuntin mengalu-alukan kehadiran Pn. Janet Floyd dari Tallangatta Secondary College, Northen Victoria, Australia ke Malaysia dan ke Kota Kinabalu.

Tallangatta Secondary College merupakan sister school bagi SMK Datuk Peter Mojuntin dibawah Program Australia Malaysia Sister School Project Pilot II.



Ini merupakan lawatan balas delegasi guru-guru dari Australia ke Malaysia selama 2 minggu bermula 6 Julai yang lepas. Pn. Janet Floyd akan berada di SMK Datuk Peter Mojuntin selama seminggu bermula 10 Julai hingga 16 Julai dan homestay bersama beberapa orang guru SMKDPM. Beliau akan mengikuti aktiviti dan program yang telah dirancang dan semua aktiviti ini boleh dilayari di blog Australia-Malaysia Sister School.

Monday, July 12, 2010

Perlancaran Bulan Kerjaya

Majlis Perlancaran Bulan Kerjaya telah berlangsung pada 12 Julai 2010 di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin. Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang pada Bulan Kerjaya ini ialah Pertandingan Rekacipta, melukis poster, pidato, ceramah kerjaya, fesyen show, kuiz kerjaya dan pertandingan sketsa. Bulan Kerjaya ini merupakan anjuran bersama unit bimbingan dan kaunseling, panitia Kemahiran Hidup, panitia ICT dan Rekacipta dan panitia PMDR.

Perlancaran Bulan Kerjaya disempurnakan oleh pengetua, Pn. Nurani Fauziah Derin dan diserikan lagi oleh Pn. Janet Floyd, Sister School SMK Datuk Peter Mojuntin dari Tallangatta Secondary College, Northen Victoria, Australia. Pn. Pengetua dan Pn. Janet masing-masing memukul gong sebanyak 3 kali sebagai simbol perlancaran Bulan Kerjaya.



























































JASAMU DIKENANG CIKGU HAJI AZMAN BIN ABIDIN

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...