Sunday, July 31, 2011

Pertandingan Koir Peringkat Negeri



SMK Datuk Peter Mojuntin telah berjaya mendapat tempat ke 4 dalam Pertandingan Koir Peringkat Negeri anjuran Jabatan Perpaduan Negeri Sabah pada 30 Julai 2011 di Auditorium Putrajaya. Ini merupakan pertama kali SMK Datuk Peter Mojuntin telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Pertandingan Koir tersebut.

Seramai 20 orang peserta koir mewakili SMKDPM dengan Donna bertindak sebagai konduktor dan diiringi oleh Cikgu Sabrina, Sister Suana, Cikgu Clare, Cikgu Imelda. Pasukan Koir telah dilatih oleh jurulatih Sir Carrey Yubong.

Foto oleh Cikgu Clare

KEM REMAJA ISLAM

Program Kem Remaja Islam anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Badan Kebajikan Surau (BKS) SMK Datuk Peter Mojuntin dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah diadakan pada 29 - 31 Julai 2011 di SMK Datuk Peter Mojuntin.

Antara aktiviti pada :

29 Julai 2011 (Jumaat) ialah :
Pendaftaran
Taklimat program
Ice Breaking
Kembara Malam
Muhasabah
Kembara Mimpi

30 Julai 2011 (Sabtu) :
Kuliah Subuh
Slot USIA
Rukun Utama Dalam Kehidupan
Slot Kau & Aku
Slot Aku Islam

31 Julai 2011 (Ahad) :
Explorace, Resolusi dan Hemat Diri
Ceramah Marhaban Ya Ramadhan
Majlis Perasmian dan Penutupan Kem












Foto oleh saa & sabaria

HARI KELUARGA STAFF DPM

Hari Keluarga ini telah diadakan pada 30 Julai 2011 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi - 3.00 petang di Pantai Tanjung Aru. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah :

Senamrobik
Sarapan
Pertandingan Dalam Kumpulan dan Individu (Staff)
Pertandingan Dalam Kumpulan (Kanak-Kanak)
Permainan Pantai
Makan Tengahari di Windbell
Pertandingan Karaoke
Cabutan Bertuah
Sambutan Harijadi
Penyampaian Hadiah Pertandingan
Penyampaian Cenderahati - Staff Berkahwin dan Melahirkan anak pertama

acara berlari dengan gelang getah dan kayu satay...

Pn. Fay dengan 10 gelang getahnya...

anak-anak guru-guru dan staff DPM..

acara lari dengan bola ping pong...

acara tarik ekor, pegang ekor...

mana paling banyak ni yaa...

kasut, selipar, handphone, kamera, lipstick, kunci, tali pinggang, kad kredit, tali kasut...dll...semua pun boleh...

acara sambungkan semua apa yang ada...kalau sudah tidak ada...orang pun jadilah...

acara lompat pocong..

acara kanak-kanak - tuang air dalam botol


kuaci mesti ada kulitnya ya..

acara siapa makan paling cepat...

laju..norzan..laju....

tunjukkan ku jalan ke syurga....

yeaaaahhhh...menang..!!! wah...happy-nyer..

Foto oleh saa

Wednesday, July 27, 2011

Naib Johan Project Based Learning

SMK Datuk Peter Mojuntin berjaya memperolehi naib johan dalam Pertandingan Project Based Learning Bahasa Kadazan Dusun anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan,Peringkat Daerah Penampang pada 27 Julai 2011. SMK Datuk Peter Mojuntin telah diwakili oleh 5 orang peserta bersama dua orang guru pengiring iaitu Pn. Lorrendah dan Pn. Hailine.

Program Seminar 1 Malaysia dan Motivasi


Program Seminar 1 Malaysia dan Motivasi anjuran Biro Tatanegara Cawangan Sabah telah diadakan di SMK Datuk Peter Mojuntin pada 28 Julai 2011 di Dewan Harmoni. Semua pelajar tingkatan 5 dan Pra-Universiti hadir dalam acara tersebut.

Slot Pertama disampaikan oleh En. Mohd Rasmalyzan Abd Rasuad, Penolong Pengarah Biro Tatanegara, JPN, ceramah yang bertajuk 1 Malaysia. Slot Kedua pula merupakan sesi motivasi yang telah disampaikan oleh En. Mohd Rizal Ramelin, guru SK Penampang.

Pameran pendidikan diadakan di Dewan Terbuka, SMK Datuk Peter Mojuntin.











foto oleh saa, rekabentuk backdrop oleh saa

Majlis Penutupan Bulan Kerjaya


Majlis Penutupan Bulan Kerjaya telah diadakan pada 27 Julai 2011 di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin dengan kemuncak acara iaitu Pertandingan Fesyen Pengantin oleh para pelajar Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut (PMDR) di bawah seliaan Cikgu Sabaria Andi Ahmat.

Sempena Bulan Kerjaya ini beberapa aktiviti telah dilaksanakan iaitu Pertandingan Melukis, Pertandingan Baju Kerjaya Beruniform, Pertandingan Kapal Terbang Kertas dan Pertandingan Buku Skrap dan Folio.

Majlis Penutupan disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Fay Mogindol.






Foto oleh Surie Aziz - Gambar Fesyen Show yang lebih besar boleh dilayari di sini.


Tuesday, July 5, 2011

Jogathon DPM 2011


Jogathon PIBG SMK DPM 9 Julai 2011 (Sabtu) : Pendaftaran peserta telah bermula pada jam 6.15 pagi dan larian bermula jam 7.00 pagi. Hadiah berupa wang tunai disediakan kepada para pemenang. Cabutan Tiket Perdana juga disediakan kepada pemegang kad jogathon iaitu TV LCD 42", Samsung Galaxy Tab, TV LCD 32" dan Mountain Bike.

Kutipan RM50 dalam satu kad derma layak menyertai jogathon dan cabutan tiket bertuah. Hadiah bagi peserta jogathon ialah seperti berikut :
Kategori 1 : Veteran
Hadiah Pertama : RM500
Hadiah Kedua : RM400.00
Hadiah Ketiga : RM300.00
Hadiah Keempat : RM200.00
Hadiah Kelima : RM100.00
10 Hadiah Saguhati bernilai RM50.00

Kategori 2 : Terbuka
Hadiah Pertama : RM500
Hadiah Kedua : RM400.00
Hadiah Ketiga : RM300.00
Hadiah Keempat : RM200.00
Hadiah Kelima : RM100.00
10 Hadiah Saguhati bernilai RM50.00

Kategori 3 : Bawah 18 Tahun
Hadiah Pertama : RM500
Hadiah Kedua : RM400.00
Hadiah Ketiga : RM300.00
Hadiah Keempat : RM200.00
Hadiah Kelima : RM100.00
10 Hadiah Saguhati bernilai RM50.00

Kategori 4 : Bawah 12 Tahun
Hadiah Pertama : RM500
Hadiah Kedua : RM400.00
Hadiah Ketiga : RM300.00
Hadiah Keempat : RM200.00
Hadiah Kelima : RM100.00
10 Hadiah Saguhati bernilai RM50.00


LALUAN KATEGORI 1,2 DAN 3
SMKDPM - MONFORT DONGGONGON - BULATAN DAMBAI - JALAN N.C.MOGUNTING - SEKOLAH MEMANDU KMK - TERAWI BRIDGE - SMKDPM

LALUAN KATEGORI 4
SMKDPM - PINTASAN BERHAMPIRAN JALAN LINTAS - SK PUUN TUNOH - TAMAN DIGOT - JAMBATAN TULANGIS - SMKDPM

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Hamdan Suarah 019-8410005 atau En. Veritinus Santiong 014-5571500













Pemenang Cabutan Tiket Perdana Mountain Bike

Pemenang Canon DSLR Camera


Pemenang Samsung Galaxy Tab

Pemenang TV LCD 42"




Foto oleh Jeson Hintanau
Banner designed by saa

JASAMU DIKENANG CIKGU HAJI AZMAN BIN ABIDIN

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...