Friday, November 4, 2011

Lawatan Sister School Ke Melbourne


Program Lawatan Sister School SMKDPM Ke Tallangatta Secondary College, Victoria, Australia bermula hari ini yang disertai oleh 16 orang pelajar dan 3 orang guru selama 6 hari di TSC dan 3 hari di Melbourne. Program ini merupakan susulan program Australia-Malaysia Sister School Pilot Project Phase 2 yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 antara Malaysia dan Australia. Tallangatta Secondary College adalah Sister School kepada SMKDPM untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat antara dua negara dan berkongsi amalan terbaik.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk lawatan kali ini ialah homestay, IN-Class, Class Visit, Lawatan Ke Sekolah Rendah Tallangatta, Persembahan Kebudayaan, Perbincangan, Lawatan di Melbourne dan banyak lagi. Semoga semua peserta memperolehi banyak ilmu dan pengalaman berharga yang boleh dikongsi bersama sekembalinya ke Sabah 14 November nanti.

Maklumat lanjut di sini.

No comments:

Post a Comment