Sunday, September 27, 2015

PERTANDINGAN KOIR (NON KOMPETETIF) SEMPENA FESTIVAL KOIR KALI PERTAMA 2015

SMK  Datuk Peter Mojuntin telah menghantar satu pasukan Koir iaitu SINDAK SUNDUVAN untuk bertanding di dalam Pertandingan Koir ini. Pertandingan koir ini diadakan sempena Festival Koir yang dianjurkan bagi mengutip dana untuk Pesakit Tallasemia. Sebanyak 8 Kumpulan koir yang hebat bertanding di dalam pertandingan ini yang diadakan pada 18 September 2015 di Pusat Kebudayaan Penampang. Sindak Sunduvan bersama dua lagi kumpulan iaitu STTSS SUNFLOWER & MELODI PERPADUAN berentap di dalam Kategori Remaja (Youth Category).  Juri-juri yang menilai markah bagi pertandingan ini adalah juri-juri professional, yang terdiri daripada:
  1. Mdm Denise Collins (International Adjudicator)
  2. Mdm Phoon Sook Peng (International Soprano)
  3. En Andrew Poninting (Music Academian)
Sindak Sunduvan terdiri daripada:
The Members of Sindak Sunduvan Choir 2015

Teachers in charge :
Clare Charles
Donna J. Lojingon
Dymphina J. John

Vocal trainer:
Carrey Oliver (Oongisvoce Music Mansion)

Conductor:
Fifiana Christin Morie (jemputan)

Musician:
Suzie Ann Soleten (Jemputan)

Soprano:
  1. Rensi Masabat
  2. Jurina Jonimin
  3. Jelna Audrey
  4. Sarah Nureen
  5. Branda Lojingon
  6. Edyelvey basil
  7. Ivyianna illesius
  8. Abyana Natasya
  9. Audrey Elvy
  10. Alina Roland
  11. Angelina Jolie
  12. Karen Chrissy Ah Chin

Alto:
  1. Betih Kayo
  2. Andrea Glorie
  3. Shonie Eddie
  4. Jasmina Riyana Bosi
  5. Carrie Kimberly
  6. Aaryanna Lajingah
  7. Nur Aleeya Areen Ong
  8. Daffiny Felix
  9. Alyssa Alfred

Tenor:
  1. Mecly Momin
  2. Aswad Ferhad
  3. Aron Daily
  4. David Petrus
  5. Aeron Richard (Jemputan)
  6. Baxter (Jemputan)

Bass:
  1. Azfar Safiy Medi
  2. Aelvin Richard
  3. Eddylson Daniel
  4. Lyndon Joey
  5. Joshua Lakim
  6. Marvin Vinu (Jemputan)

Kumpulan koir Sindak Sunduvan telah menyanyikan TIGA BUAH LAGU iaitu:

  1. All Of Me (written by: John Legend with Toby Tad, Arrangement: Carrey Oliver)
  2. Gemuruh (written by : Aubrey Suwito, Arrangement: Carrey Oliver)
  3. Kasakazon do Bambazon (written by: Datuk Claudius Sundang Alex, Arrangement: Carrey Oliver)


Sindak Sunduvan telah berjaya mendapat Gold Medal Award dan Anugerah Khas , Gold Honors Award serta telah menjuarai Kategori Remaja di dalam pertandingan ini.


Tahniah diucapkan kepada koir sekolah atas kejayaan ini. Diharapkan kejayaan ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. 

PERTANDINGAN JEJAK ILMU SEMPENA PESTA BUKU BORNEO

Sekolah telah menghantar beberapa pelajar untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Jejak Ilmu Semepena Pesta Buku Borneo yang telah dijalankan pada 18 September 2015. Pertandingan ini dianjurkan oleh pihak UMS & MAPIM dengan Kerjasama JPNS, MBKM & MABOPA yang bertempat di South Atrium Exhibition Hall, 1 Borneo Hyermall, Kota Kinabalu.
Sekolah kita telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan yang telah dianjurkan. Tahniah! diucapkan kepada pelajar dan guru pengiring.





Wednesday, September 16, 2015

GURU-GURU SMKDPM

Keutamaan guru-guru adalah kecemerlangan sahsiah, akademik & disiplin murid. Seluruh warga SMKDPM mendoakan kecemerlangan para pelajar yang bakal menghadapi PEPERIKSAAN PT3 & SPM.

Justeru pihak sekolah turut menjemput ibu bapa yang beragama islam untuk sama-sama menghadiri MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 September 2015
Masa : 4.15 petang hingga selepas isya'
Tempat : Surau SMKDPM

Sama-sama lah kita mendoakan kejayaan anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan ini.

Saturday, September 12, 2015

PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI IFEST 2015

Panitia Rekacipta telah menghantar beberapa wakil pelajar untuk menyertai Pertandingan Rekacipta dan Inovasi IFEST 2015 yang telah diadakan di UITM Kampus Induk Sabah.

Panitia Rekacipta berjaya membawa pulang:

2 pingat gangsa dengan ciptaan, Tomato Gel Mask dan Shadow Theaters

2 pingat perak dengan ciptaan, Flashlight Pen dan JC Collectors

Tahniah diucapkan kepada pelajar dan guru pembimbing.









Thursday, September 10, 2015

KARNIVAL SEKOLAH SUKAN NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN

Karnival Sukan Sekolah Negeri Peringkat Kebangsaan 2015 telah dilangsungkan pada 18 - 22 Ogos 2015. Pihak sekolah telah menghantar beberapa wakil untuk setiap acara yang dipertandingkan sepanjang karnival.


Acara yang dipertandingkan dan kemenangan yang diraih:

  1. Bola Jaring
  2. Sepak Takraw - Naib Johan (Kumpulan), Tekong Terbaik (Adik Ezai Mathius)
  3. Balapan dan Padang - Naib Johan (Adik Mohd. Din)
  4. Memanah - Tempat Ketiga (Keseluruhan), Tempat Ketiga (Adik Gabriel Stidi Kategori Individu Jarak 60 meter)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga di tahun hadapan sekolah akan berjaya merangkul kejayaan yang lebih baik lagi untuk setiap kategori yang dipertandingkan.














Tuesday, September 8, 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-38

Kejohanan Olahraga Kali Ke-38 diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2015 (Khamis dan Jumaat) bertempat di Mini Stadium SMK Datuk Peter Mojuntin. Kejohanan telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Penampang, En. Mojuntin Ebin. Pelbagai acara telah dipertandingkan sepanjang kejohanan ini. Tidak ketinggalan Pertandingan Menghias Rumah Sukan Tercantik dan Rumah Sukan Paling Ramai Penyokong. Tahniah! diucapkan kepada Rumah Sukan Kuning kerana berjaya menjadi juara keseluruhan pada tahun ini. 




2015 RHB MIGHTY MINDS CHALLENGE

Pertandingan ini telah di langsungkan pada 22 Ogos 2015 bertempat di Suria Sabah. Terdapat 10 kumpulan untuk kategori Menegah Atas dan 5 kumpulan untuk kategori Menengah Rendah yang telah mewakili sekolah masing-masing.
Sekolah kita telah menghantar 3 pelajar (Menengah Rendah) diiringi 4 orang guru dan mendapat Naib Johan dalam pertandingan ini. Hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 2000 dan sebuah "Air Purifier" untuk sekolah. Tahniah diucapakan kepada guru dan pelajar atas kejayaan ini.





KEJOHANAN MERENTAS DESA

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah dijalankkan pada 14 Ogos 2015 bersamaan hari Jumaat. Tahniah! diucapkan kepada semua pemenang sempena kejohanan ini.







JASAMU DIKENANG CIKGU HAJI AZMAN BIN ABIDIN

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...