Friday, July 22, 2016

Sambutan Hari Raya Sekolah

Bulan Syawal yang masih terasa kehangatannya disambut sederhana dan meriah bersama dengan para pentadbir, guru dan staf SMK DPM. Terima kasih kepada yang telah menyediakan makanan, minuman dan kuih-muih yang enak. 

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH YANG MERAIKAN!











Amanat & Motivasi Pn. Pengetua

Bagi menyemarakkan lagi semangat para atlit SMK DPM untuk menghadapi Skirt Balapan Padang, Pertandingan Bola Jaring dan Sammuk Games Pn. Pengetua telah menyampaikan amanat dan motivasi di Dewan Terbuka SMK DPM. Go...Go...DPM!!! 


Thursday, July 21, 2016

Kelas Bimbingan Bestari PT3 dan SPM

Pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) telah mengadakan kelas bimbingan Bestari bagi membantu para pelajar mencapai keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan PT3 dan SPM tahun ini. Diharapkan, segala usaha yang dilaksanakan ini akan membuahkan hasil yang baik kepada semua pihak iaitu sekolah, ibubapa dan pelajar sendiri. 

Jadual Kelas Bimbingan Bestari PT3 dan SPM



Kunjungan Permuafakatan Sukan Sekolah Sukan Negeri Sabah

Kunjungan Permuafakatan Sukan Sekolah Sukan Negeri bersama dengan YB Datuk Hj. Tawfiq Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan.



Friday, July 15, 2016

Little Athlectic, Singapura

Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Muhammad Din Bin Norbik di atas kejayaan dalam Kejohanan Little Athletic di Singapura. Antara pingat yang berjaya dirangkul oleh adik Muhammad Din Bin Norbik dalam kejohanan ini ialah:

100 meter ~ Pingat Gangsa
200 meter ~ Pingat Gangsa
4 x 100 meter ~ Pingat Perak




Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Tahniah diucapkan kepada para guru dan staf SMKDPM yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 peringkat daerah Penampang. Semoga dengan anugerah ini akan meningkatkan motivasi dalam perkhidmatan, sekaligus membantu sekolah dalam mencapai kecemerlangan.

"Jika Aku Bukan Seorang Guru..."

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SMKDPM telah menganjurkan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 15 Julai 2016 (Jumaat). Walaupun Hari Guru telah berlalu namun masih disambut dengan meriah sekali oleh para guru dan pelajar. Terima kasih diucapkan kepada pihak MPP kerana berjaya menjalankan pelbagai aktiviti dengan tema "Jika Aku Bukan Seorang Guru..."

JASAMU DIKENANG CIKGU HAJI AZMAN BIN ABIDIN

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...