Thursday, March 30, 2017

KEM KECEMERLANGAN DAN PEMBANGUNAN DIRI

Bermula hari ini...31 Mac 2017 - 2 April 2017, semua pelajar kelas Harmoni akan terlibat dalam Kem Kecemerlangan Diri bagi meningkatkan jati diri serta disiplin pelajar. Kem ini dianjurkan oleh Guru Cemerlang, Unit Bimbingan Kaunseling serta disertai oleh semua guru yang mengajar di kelas-kelas Harmoni.
PELAJAR MENDAPAT TAKLIMAT DARI KEM KOMANDEN ~ SBLM BERTOLAK KE OBS
Semoga Kem ini akan memberi suntikan semangat kepada semua pelajar untuk mempertingkatkan kecemerlangan diri serta membina daya tahan emosi dan fizikal agar terus kekal berdaya maju.

Saturday, March 18, 2017

KURSUS AUDIT EKSA - 2017

Pada 17 MAC 2017 lalu, Kursus Khas Audit kepada para juru audit EKSA sekolah telah diadakan di Bilik Gerakan SMK Datuk Peter Mojuntin dengan menjemput Penceramah Jemputan iaitu Juruaudit EKSA yang berpengalaman dari PPD Penampang.





Diharapkan melalui pendedahan ini, sekolah dapat menyempurnakan hasrat untuk menjadikan EKSA sebagai salah satu kelaziman untuk warga SMKDPM bagi melahirkan persekitaran kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran.

Monday, March 13, 2017

Latihan Koir OONGISVOCE (Fasa 1)

Koir sekolah seramai 37 orang pelajar telah mengikuti latihan vokal intensif di OONGISVOCE, Donggongon pada setiap Sabtu dibawah guru pengiring Pn. Clare Charles dan jurulatih En. Carrey Oliver. 




Gotong-Rotong EKSA

Guru-guru dengan bantuan pelajar asrama telah mengadakan gotong-royong pada 11 Mac 2017 (Sabtu) untuk membersihkan bilik guru dan bilik-bilik khas sebagai persediaan Audit EKSA pada bulan April ini. 








KEM JATI DIRI 2017

Unit Disiplin Sekolah telah menganjurkan Kem Jati Diri untuk pelajar-pelajar yang bermasalah dalam disiplin sekolah agar dapat meningkatkan tahap disiplin diri pelajar-pelajar sekaligus membantu dalam bidang akademik pelajar ini. Kem telah dianjurkan pada 22 - 24 Februari 2017 di Pusat Kokurikulum Negeri, Kiulu Tamparuli. 







KEJOHANAN MSSD PENAMPANG 2017

Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah Penampang telah dijalankan pada 21 - 23 Februari 2017 bertempat di Mini Stadium SMKDPM dan Kompleks Sukan Penampang. Sekolah kita menjadi Juara Keseluruhan dengan pungutan pingat emas (27), pingat perak (22) dan pingat gangsa (10). Seramai 40 orang atlit sekolah terlibat dalam kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada Olahragawati P18 Tahun Adik Chelsea Cassiopea Evali dan Olahragawan L15 Tahun Adik Gery Sipanis tidak lupa kepada semua jurulatih yang melatih atlit sehingga mendapat kejayaan ini. Syabas!





LIGA BOLA SEPAK PEREMPUAN BAWAH 16 TAHUN 2017








JASAMU DIKENANG CIKGU HAJI AZMAN BIN ABIDIN

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...