Tuesday, March 5, 2019

Pertandingan Interior Design "My Bedroom Dream"

Tarikh :  24hb Februari 2019
Masa : 1 Petang - 5 Petang
Tempat : Hilton Hotel Kota kinabalu
Penganjur : A3 Education & Training serta The One Academy

Tahniah kepada pemenang keseluruhan dalam pertandingan Interior Design "My Bedroom Dream" iaitu adik Erica, Michelle dan David Petrus dari Kelas 5B. 
Sebanyak 60 pasukan yang bertanding dan SMKDPM menghantar 12 pasukan yg dibimbing dan diiringi oleh Cikgu Fadley, Cikgu Anastasia, Cikgu Corynna dan Cikgu Artina Ariff. Pertandingan telah di jalan kan pada ketetapan berikut:




Perbarisan Unit-Unit Berunifrom Peringkat Daerah Penampang

Pada 31 Januari 2019 (Khamis) yang lepas, Pasukan Kadet Koreksional sekolah telah mewakili sekolah dalam Perbarisan Unit-Unit Berunifrom Peringkat Daerah Penampang bertempat di Stadium Penampang. Seramai 36 kadet termasuk 3 orang simpanan telah menyertai pertandingan tersebut. Tahniah kepada kadet kerana berjaya mendapat tempat ketiga setelah mengikuti latihan selama hampir 3 minggu. 
Jutaan penghargaan kepada semua jurulatih daripada Jabatan Penjara Kota Kinabalu iaitu Sarjan Mohd Jefrie Abdul Jalil, Koperal Abdul Latif Sahak dan Wdr Jamhuri Naslin yang mana tidak jemu-jemu turun padang untuk memberi bimbingan dalam sesi latihan yang telah dirancang sebelum itu. Semoga banyak lagi kejayaan yang dapat dirangkul dalam siri-siri pertandingan yang akan disertai pada tahun ini.




Kem Jati Diri 2019

Pada 20 - 22 Februari 2019 yang lepas, Unit Disiplin sekolah telah menganjurkan Kem Jati diri bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Sabah, Kem Malangang, Kiulu, Tamparuli kepada murid-murid berisiko tinggi dalam kes salahlaku disiplin sekolah sepanjang tahun 2018. Seramai 39 orang peserta daripada 50 orang sasaran awal telah hadir menyertai kem tersebut. Seramai 14 orang guru pengiring diketuai oleh Puan Liew Su Tsin telah mengiring semua peserta selama 3 hari 2 malam. Banyak aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang kem tersebut. Diharapkan segala pengisian yang telah dilaksanakan dapat membentuk jati diri dalam diri semua peserta.












PENYELARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI SMK DATUK PETER MOJUNTIN BAHARU

Kemaskini Aktiviti Terkini Sekolah : U n i t G r a p h i c & M u l t i m e d i a SMK Datuk Peter Mojuntin ________________________...