Sunday, November 3, 2013

Naib Johan Pertandingan Drama Sains Peringkat Negeri Sabah

Kelab Citra SMKDPM telah menyertai Pertandingan Drama Sains Peringkat Negri Sabah pada 31 Oktober 2013. Pertandingan ii dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh Petrosains Playsmart Sabah dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sabah. Lima finalis telah berentap di pentas akhir, iaitu SM.St Michael, SMK Limbanak, SMK Datuk Peter Mojuntin, Maktab Sabah dan SMK Bahang. 

Dengan barisan pelakon yang terdiri daripada Stepanie June Thompson, Keisha Ryman, Jannatun Naimah Sugiharto, Vanessa Victor, Calvin Peter Okala, Sapphire Moujing, Muhammad Al Masi, Amy Viverlyn Chau (Teknikal Lampu), Stefan Oceandu (Props Master) dan Addilace Chu (Teknikal Audio) di bawah bimbingan dan tunjuk ajar Guru Penasihat Kelab Citra, iaitu Pn.Connie Laurenco Marlag dan Pn.Minnie Suiking, SMKDPM telah berjaya merangkul hadiah Naib Johan Peringkat Negeri. Team Drama SMKDPM telah mengetengahkah drama yang bertajuk "Who Needs Science?!" Kemenangan ini membolehkan pasukan drama SMKDPM membawa pulang wang tunai berjumlah RM2000, barangan Explorasi petrosains dan sijil penyertaan. 

 




Tuesday, October 15, 2013

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2014 dan Penyerahan Rekod Kemajuan Murid

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2014 serentak dengan Penyerahan Rekod Kemajuan Murid bagi peperiksaan bilangan 3 dan akhir tahun 2013 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 8 November 2013
Masa : 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Seperti yang telah dimaklumkan dalam surat siaran yang telah diedarkan kepada setiap pelajar.

Syarat untuk pendaftaran :
1. Telah mengembalikan semua buku teks atau buku-buku perpustakaan
2. Tiada sebarang tunggakan atau hutang yang dibawa dari tahun lalu
3. Tiada masalah disiplin yang masih belum selesai.
4. Telah menyiapkan semua kerja bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah
5. Kehadiran 95 peratus

Semua pelajar mestilah berpakaian lengkap dengan pakaian seragam sekolah.  Sila bawa kad pengenalan asal dan sijil lahir asal, ibu, bapa dan murid yang didaftar.  Kepada para ibubapa/penjaga, sila berpakaian sopan dan kemas.  Kerjasama dari anda amatlah dihargai.

Monday, October 7, 2013

Majlis Sambutan Aidilfitri

Majlis Sambutan Aidilfitri Staff dan Guru-Guru SMKDPM telah diadakan pada 6 September 2013








Monday, September 23, 2013

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah berlangsung di Dewan Harmoni, SMKDPM pada 23 September 2013 yang lalu.

Wednesday, September 11, 2013

Tuesday is an English Day

Every tuesday is an English Day in all schools and Education Department in Sabah.

Monday, September 9, 2013

Program Pendidikan Luar & Khidmat Masyarakat Pra-Universiti


Pra-Universiti SMKDPM iaitu para pelajar tingkatan 6 atas dan 6 rendah seramai 85 orang telah mengikuti Program Pendidikan Luar & Khidmat Masyarakat di Outward Bound Sabah, Kinarut, pada 6 - 8 September 2013 yang lalu.

Untuk maklumat lanjut sila layari blog Pra-Universiti di sini.

Beberapa gambar bersaiz besar boleh dilayari di sini.


Wednesday, September 4, 2013

Majlis Gemilangkan Kurikulum 2013

Majlis Gemilangkan Kurikulum telah diadakan pada 29 Ogos 2013 di Dewan Harmoni SMKDPM untuk mengiktiraf para pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan peringkat sekolah Penggal 1 tahun 2013.  Hadiah diberikan kepada 3 orang pelajar terbaik di setiap kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.  Privilege Card diberikan kepada pelajar-pelajar yang mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi.

Keistimewaan Privilege Card ialah :
1. Merit Berganda
2. Baucer RM20 Barangan Koperasi
3. Makan Percuma 3 Kali
4. Pinjaman 6 Buku Pusat Sumber


Syarat untuk melayakkan menerima Privilege Card ialah :
1. Menengah Rendah – 6A
2. Menengah Atas – 7A
3. Tingkatan Enam : Memperolehi GPMP 3.0 Keatas



Pelajar yang menerima Privilege Card ialah seperti berikut :
1. Max Nathaneal Morius - 6A
2. Avellana Noorkis - 6A
3. Nurleeyana Ann Ong - 6A
4. Kong Yih Jia - GPMP 3.33
5. Vanessa James - GPMP 3.17
6. Jaima Hamdan - GPMP 3.17
7. Cherlanne Patrick - GPMP 3.17
8. Jannatun Naimah Sugiharto - GPMP 3.17












MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...