Thursday, September 10, 2015

KARNIVAL SEKOLAH SUKAN NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN

Karnival Sukan Sekolah Negeri Peringkat Kebangsaan 2015 telah dilangsungkan pada 18 - 22 Ogos 2015. Pihak sekolah telah menghantar beberapa wakil untuk setiap acara yang dipertandingkan sepanjang karnival.


Acara yang dipertandingkan dan kemenangan yang diraih:

  1. Bola Jaring
  2. Sepak Takraw - Naib Johan (Kumpulan), Tekong Terbaik (Adik Ezai Mathius)
  3. Balapan dan Padang - Naib Johan (Adik Mohd. Din)
  4. Memanah - Tempat Ketiga (Keseluruhan), Tempat Ketiga (Adik Gabriel Stidi Kategori Individu Jarak 60 meter)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga di tahun hadapan sekolah akan berjaya merangkul kejayaan yang lebih baik lagi untuk setiap kategori yang dipertandingkan.














Tuesday, September 8, 2015

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-38

Kejohanan Olahraga Kali Ke-38 diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2015 (Khamis dan Jumaat) bertempat di Mini Stadium SMK Datuk Peter Mojuntin. Kejohanan telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Penampang, En. Mojuntin Ebin. Pelbagai acara telah dipertandingkan sepanjang kejohanan ini. Tidak ketinggalan Pertandingan Menghias Rumah Sukan Tercantik dan Rumah Sukan Paling Ramai Penyokong. Tahniah! diucapkan kepada Rumah Sukan Kuning kerana berjaya menjadi juara keseluruhan pada tahun ini. 




2015 RHB MIGHTY MINDS CHALLENGE

Pertandingan ini telah di langsungkan pada 22 Ogos 2015 bertempat di Suria Sabah. Terdapat 10 kumpulan untuk kategori Menegah Atas dan 5 kumpulan untuk kategori Menengah Rendah yang telah mewakili sekolah masing-masing.
Sekolah kita telah menghantar 3 pelajar (Menengah Rendah) diiringi 4 orang guru dan mendapat Naib Johan dalam pertandingan ini. Hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 2000 dan sebuah "Air Purifier" untuk sekolah. Tahniah diucapakan kepada guru dan pelajar atas kejayaan ini.





KEJOHANAN MERENTAS DESA

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah dijalankkan pada 14 Ogos 2015 bersamaan hari Jumaat. Tahniah! diucapkan kepada semua pemenang sempena kejohanan ini.







Tuesday, August 25, 2015

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

Tahniah diucapakan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Daerah Penampang bagi tahun 2014.



Tuesday, August 18, 2015

 MINDS atau ITEX 2015 berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur pada 20 - 23 Mei 2015 yang lalu.

SMK Datuk Peter Mojuntin membawa pulang 2 pingat gangsa untuk peringkat kebangsaan dan 2 pingat gangsa lagi untuk peringkat ASEAN alam dua kategori rekacipta.

Tahniah kepada wira-wira sekolah.....ini..


WIRA-WIRA SEKOLAH

Menerima Anugerah SILVER dan BRONZE

IYIA ( International Young Inventors Award ) berlangsung di Jakarta Indonesia pada 6 hingga 9 Jun 2015 yang lalu. SMK Datuk Peter Mojuntin membawa pulang pingat Gangsa dan Perak bagi pertandingan Rekacipta Peringkat Antarabangsa.

Tahniah......kepada Wira-Wira Sekolah dan guru penasihat yang berjaya melatih anak-anak ini sehingga berjaya.

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...