Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan pada 24 Mac 2016 bersamaan hari Khamis di Mini Stadium sekolah. Kejohanan mendapat sambutan mengalakkan daripada pelajar walaupun cuaca yang agak berjerebu. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Diharapkan kejohanan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Friday, April 8, 2016
Thursday, March 24, 2016
PERTANDINGAN OLYMPIAD MATEMATIK DAN SAINS PERINGKAT KEBANGSAAN
Dua orang pelajar sekolah iaitu Edryannie Clare Engelbeth dan Lawrance Cham Thart Fong, tingkatan 5 Amanah terpilih mewakili negeri Sabah dalam Pertandingan Olympiad Matematik dan Sains Peringkat Kebangsaan yang telah dianjurkan oleh Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) pada 19 hingga 20 Februari 2016 bertempat di Hotel Wira, Kuala Lumpur. Manakala tempat penyampai hadiah di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur.
Keputusan pertandingan adalah Adik Lawrance Cham Thart Fong mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan ini. Sijil dan hadiah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Manakala Adik Edryannie Clare Engelbeth mendapat sijil penyertaan dalam pertandingan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua pelajar ini serta guru pengiring Cik Karen Milin.
TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW
Pada 16 hingga 20 Februari 2016 telah dilangsungkan Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Bahagian di Dewan Datuk Salleh Sulong, Papar. Pasukan Sekolah Sukan Negeri telah menghantar atlet dalam pertandingan ini dan menjuarai keseluruhan peringkat. Adik Ezai Mathius telah dipilih sebagai pemain berbakat kategori bawah 15 tahun. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para atlet sepak takraw dan jurulatih yang telah bertungkus lumus dalam menjuarai pertandingan ini.
| Adik Ezai Mathius (Pemain Berbakat Kategori Bawah 15 Tahun) |
Tuesday, February 23, 2016
KEJOHANAN BOLA JARING MSS SABAH 2016
Tahniah diucapkan kepada pemain dan guru penasihat bola jaring sekolah yang telah mewakili pasukan barat dalam Kejohanan Bola Jaring MSS Sabah di Kota Belud pada 15 - 19 Februari 2016. Pasukan barat bawah 18 tahun telah mendapat tempat Keempat dan pasukan barat bawah 15 tahun mendapat Naib Johan dalam kejohanan yang telah dipertandingkan.
Tuesday, February 9, 2016
TAHNIAH JUARA MSSD, PENAMPANG
MSSD, Penampang yang berakhir telah membangkitkan kembali semangat kegemilangan SMK DPM sebagai Sekolah Sukan Negeri apabila atlet-atlet SMK DPM berjaya membawa pulang pingat kemenangan dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.
Antara Acara - acara yang boleh dibanggakan ialah :
- Acara Lontar Peluru dan Lempar Cakera oelh adik Gary Sipanis ( 2H )
- Acara 100M, 200M, 400M dan Relay 4x100M, 4x400M oleh adik Chelsea Cassiopea
- Acara 110M lari berpagar oleh adik Mohd Sarulnizam Nasarudin
- Dan atlet-atlet yang terlibat
Monday, February 8, 2016
LAWATAN PERTAMA UNTUK TAHUN 2016 ~ LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI
SMK Seri Titiwangsa Kuala Lumpur (SSN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMK Datuk Peter Mojuntin pada 1 Februari 2016 bersamaan hari Isnin.
PERASMIAN LALUAN BERBUMBUNG DAN PENYERAHAN DANA PENDIDIKAN DATUK FRANCIS GOH
Pada 29 Januari 2016 bersamaan hari Jumaat, Ybhg. Datuk Francis Goh telah merasmikan laluan berbumbung SMK Datuk Peter Mojuntin dan menyerahkan Bantuan Pendidikan sebanyak RM 400 seorang kepada pelajar yang layak. Terima kasih diucapkan kepada Ybhg. Datuk Francis Goh atas usaha membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan kewangan.
Subscribe to:
Comments (Atom)
MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM
~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...
-
Carta Organisasi Jawatankuasa Kurikulum 2013 Carta Organisasi Jawatankuasa Kewangan 2013
-
K e m a s k i n i P r o g r a m T e r k i n i S e k o l a h Unit Graphic Multimedia SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...
-
K e m a s k i n i P r o g r a m T e r k i n i S e k o l a h Unit Graphic Multimedia SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...













