Sunday, May 8, 2016

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU (ALA PARLIMEN) DAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT NEGERI SABAH

SMK Datuk Peter Mojuntin dan SMK Putatan telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bahas Bahasa Melayu (Ala Parlimen) & Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Sabah yang diadakan pada 29 April - 1 Mei 2016. Dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ir. Datuk Jamigul Datu Salin, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

Johan bagi Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu (Daerah Ranau)

Johan bagi Bahas Bahasa Inggeris (Daerah Kota Kinabalu)

Bagi bahas Bahasa Inggeris sekolah kita berjaya mendapat tempat ke-3 dan 'Best Speaker' (Adik Shireen Ali Fahed Qassem Abu Nejra. Tahniah dan syabas kepada pelajar dan guru pembimbing.









Thursday, May 5, 2016

Anugerah Kecemerlangan Murid 2015

Anugerah Kecemerlangan Murid 2015 telah diadakan pada 29 April 2016 (Jumaat) bagi meraikan kecemerlangan para pelajar yang telah memberi pencapaian yang terbaik dalam bidang akademik dan kokurikulum. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima anugerah. Teruskan usaha dalam mencapai kecemerlangan dan berjaya dalam bidang yang ingin diceburi.





EKSPO LESTARI - "OUR EARTH, OUR CARE"

Bertemakan "Our Earth, Our Care" (Bumi Kita Tanggungjawab Kita) Ekspo Lestari telah dijalankan dengan jayanya pada 21 April 2016 dengan disertai oleh pelbagai agensi yang membantu dalam pemeliharaan alam sekitar.







Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28

Mesyuarat PIBG telah diadakan pada 16 April 2016 di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin.






"DEEP DIVE TOWARDS EXCELLENCE in SCIENCE and MATH"

Bidang Matematik dan Sains telah melancarkan Hari Matematik dan Sains dengan tema "Deep Dive Toward Excellence in Science and Math" pada 11 April 2016 di Dewan Harmoni Sekolah. Tujuan pelancaran ini adalah untuk menanamkan semangat mencintai mata pelajaran Sains dan Matematik di samping meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan PT3 dan SPM tahun ini. Sehubungan dengan itu, Bidang Matematik dan Sains akan menjalankan Gerak Gempur Sains dan Matematik bagi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Diharapkan dengan aktiviti seumpama ini mampu membantu para pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam bidang akademik.





Friday, April 8, 2016

'ENGLISH IN CAMP' PERINGKAT DAERAH PENAMPANG

Sekolah telah menjadi pengelola bagi English In Camp peringkat daerah Penampang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Penampang pada 4 Mac 2016 (Jumaat) di Dewan Harmoni SMK datuk Peter Mojuntin. Tema aktiviti tahun ini ialah 'Thinking Creatively In English'. Penyertaan adalah daripada sekolah di daerah Penampang di mana setiap sekolah perlu menghantar 6 orang peserta yang terdiri dari 3 orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan dalam kalangan pelajar tingkatan 1 dan 2. 







KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2016

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan pada 24 Mac 2016 bersamaan hari Khamis di Mini Stadium sekolah. Kejohanan mendapat sambutan mengalakkan daripada pelajar walaupun cuaca yang agak berjerebu. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Diharapkan kejohanan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.






MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...