Pihak sekolah telah menjalankan gotong-royong sebagai salah satu langkah kepada pelaksanaan EKSA. Terima kasih kepada para rakan guru dan pelajar atas kerjasama semasa gotong-royong dilaksanakan. Diharapkan aktiviti ini akan diteruskan lagi bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan bersih, selesa dan selamat.
Tuesday, May 10, 2016
Pertandingan Drama Komsas Peringkat Daerah Penampang
Pada 4 Mei 2016 (Rabu) SMK Datuk Peter Mojuntin telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Drama Komsas Peringkat Daerah Penampang. Pasukan sekolah berjaya menjadi johan dalam pertandingan ini. Pasukan sekolah juga berjaya merangkul kejayaan bagi kategori Pengarah Terbaik (Adik Balinda Bartholomew) dan Sinematografi Terbaik. Syabas dan tahniah kepada para pelajar dan guru pembimbing yang terlibat dalam pertandingan ini.
![]() |
| Antara adegan semasa pertandingan |
Sunday, May 8, 2016
PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU (ALA PARLIMEN) DAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT NEGERI SABAH
SMK Datuk Peter Mojuntin dan SMK Putatan telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bahas Bahasa Melayu (Ala Parlimen) & Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Sabah yang diadakan pada 29 April - 1 Mei 2016. Dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ir. Datuk Jamigul Datu Salin, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
Johan bagi Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu (Daerah Ranau)
Johan bagi Bahas Bahasa Inggeris (Daerah Kota Kinabalu)
Bagi bahas Bahasa Inggeris sekolah kita berjaya mendapat tempat ke-3 dan 'Best Speaker' (Adik Shireen Ali Fahed Qassem Abu Nejra. Tahniah dan syabas kepada pelajar dan guru pembimbing.
Johan bagi Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu (Daerah Ranau)
Johan bagi Bahas Bahasa Inggeris (Daerah Kota Kinabalu)
Bagi bahas Bahasa Inggeris sekolah kita berjaya mendapat tempat ke-3 dan 'Best Speaker' (Adik Shireen Ali Fahed Qassem Abu Nejra. Tahniah dan syabas kepada pelajar dan guru pembimbing.
Thursday, May 5, 2016
Anugerah Kecemerlangan Murid 2015
Anugerah Kecemerlangan Murid 2015 telah diadakan pada 29 April 2016 (Jumaat) bagi meraikan kecemerlangan para pelajar yang telah memberi pencapaian yang terbaik dalam bidang akademik dan kokurikulum. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima anugerah. Teruskan usaha dalam mencapai kecemerlangan dan berjaya dalam bidang yang ingin diceburi.
EKSPO LESTARI - "OUR EARTH, OUR CARE"
Bertemakan "Our Earth, Our Care" (Bumi Kita Tanggungjawab Kita) Ekspo Lestari telah dijalankan dengan jayanya pada 21 April 2016 dengan disertai oleh pelbagai agensi yang membantu dalam pemeliharaan alam sekitar.
"DEEP DIVE TOWARDS EXCELLENCE in SCIENCE and MATH"
Bidang Matematik dan Sains telah melancarkan Hari Matematik dan Sains dengan tema "Deep Dive Toward Excellence in Science and Math" pada 11 April 2016 di Dewan Harmoni Sekolah. Tujuan pelancaran ini adalah untuk menanamkan semangat mencintai mata pelajaran Sains dan Matematik di samping meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan PT3 dan SPM tahun ini. Sehubungan dengan itu, Bidang Matematik dan Sains akan menjalankan Gerak Gempur Sains dan Matematik bagi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5. Diharapkan dengan aktiviti seumpama ini mampu membantu para pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam bidang akademik.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM
~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...
-
Carta Organisasi Jawatankuasa Kurikulum 2013 Carta Organisasi Jawatankuasa Kewangan 2013
-
K e m a s k i n i P r o g r a m T e r k i n i S e k o l a h Unit Graphic Multimedia SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...
-
K e m a s k i n i P r o g r a m T e r k i n i S e k o l a h Unit Graphic Multimedia SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...





