Friday, July 15, 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Tahniah diucapkan kepada para guru dan staf SMKDPM yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 peringkat daerah Penampang. Semoga dengan anugerah ini akan meningkatkan motivasi dalam perkhidmatan, sekaligus membantu sekolah dalam mencapai kecemerlangan.

"Jika Aku Bukan Seorang Guru..."

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SMKDPM telah menganjurkan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 15 Julai 2016 (Jumaat). Walaupun Hari Guru telah berlalu namun masih disambut dengan meriah sekali oleh para guru dan pelajar. Terima kasih diucapkan kepada pihak MPP kerana berjaya menjalankan pelbagai aktiviti dengan tema "Jika Aku Bukan Seorang Guru..."

Sunday, May 15, 2016

PROGRAM SHOWCASE OF TALENT ~ GRAFITI BELIA

Sekolah telah menghantar 10 orang pelajar asrama bagi menyertai Program Showcase of Talent ~ Sempena Hari Belia (Melukis Grafiti). Bawa bimbingan Cikgu Ah Chin dan Cikgu Artina, Adik Jeaslinda Jaimis (4D) mendapat tempat Ke-2 dan Adik Dayana Jakson (4B) mendapat tempat ke-3. Adik Michelle Ann Yap dan Adik Petty Veronica Gukim mendapat Saguhati.

Tahniah kepada yang berjaya, lukisan grafiti yang terpilih akan dijadikan lukisan grafiti sempena Hari Belia Negara 2016.






Saturday, May 14, 2016

KELAB REKACIPTA ~ITEX 2016

Tahniah dan syabas kepada Kelab Rekacipta di bawah bimbingan Cik Umi Kalsum Binti Saidina Othman, Pn. Nur Azanriah Binti Abdul Rahman, Pn. Carolitiva Jonius, Pn. Artina Ariff, En. Yeo Peck Cheng dan En. Medi Marau serta para pelajar yang telah mencipta pelbagai alat inovasi yang sangat kreatif untuk dipertandingkan dan sekali gus membawa pulang pingat kemenangan.

THE 6 Invention:

1.  SUPER COMFORT SPORTY SHOES
     Ciptaan : Isabelle, Christina, Oleviani (4C)
     Guru Pembimbing : Cik Umi Kalsum
     Medal : Gold ~ ASIAN
     Medal : Gold ~ Kebangsaan

2.  SUPER DRYER SOLAR
     Ciptaan : Deverinna, Dyeanne, Gladys, Michelle (2H)
     Guru Pembimbing : Cik Umi Kalsum
     Medal : Silver ~ ASIAN
     Medal : Silver ~ Kebangsaan

3.  MULTIPURPOSE PVC
     Ciptaan : Sherleen Nabila, David Petrus, Daffiny, Layvonson (2H)
     Guru Pembimbing : Cik Umi Kalsum
     Medal : Silver ~ ASIAN
     Medal : Silver ~ Kebangsaan

4.  ECHO MOBILIZED POINTER
     Ciptaan : Eric, Shonia, Nordin, Mitchelle (4C & 5C)
     Guru Pembimbing : Cik Umi Kalsum & Pn, Carolivita
     Medal ~ Bronze ~ ASIAN
     Medal ~ Bronze ~ Kebangsaan

5.  JOG AND JOB SHOES
     Ciptaan : Mary, Elsa, Nor Bai`atul (5D)
     Guru Pembimbing : Pn. Nur Azanriah
     Medal : Gold ~ ASIAN
     Medal : Gold ~ Kebangsaan

6.  N - GENERATOR
     Ciptaan : Colvin, Wilefah, Scaventha, Brenda (5B)
     Guru Pembimbing : Pn. Artina, En. Yeo & En. Medi
     Medal : Gold ~ ASIAN
     Medal : Gold ~ Kebangsaan

Para pelajar dan 2 orang guru pembimbing bergambar bersama

Pingat kemenangan 

Tuesday, May 10, 2016

KEJOHANAN MSSM, TERENGGANU

Adik Muhammad Din Bin Norbik mewakili negeri Sabah dalam Kejohanan MSSM di Terengganu dan telah mengharumkan nama negeri Sabah sekali gus membawa nama SMK Datuk Peter Mojuntin sebagai pelari pecut yang disegani kerana berjaya merangkul Johan dalam  4 x 100 meter dan 200 meter (rekod baru MSSM). Syabas diucapkan kepada adik Muhammad Din Bin Norbik serta jurulatih beliau. 

Pasukan Sabah yang mendapat Johan dalam 4 x 100 meter
 (Adik Muhammad Din Bin Norbik kedua dari kiri)
Larian 200 meter (Adik Muhammad Din Bin Norbik di lorong ke-6 dari kiri)

RINGAN SAMA DIPIKUL, BERAT SAMA DIJINJING

Pihak sekolah telah menjalankan gotong-royong sebagai salah satu langkah kepada pelaksanaan EKSA. Terima kasih kepada para rakan guru dan pelajar atas kerjasama semasa gotong-royong dilaksanakan. Diharapkan aktiviti ini akan diteruskan lagi bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan bersih, selesa dan selamat. 







Pertandingan Drama Komsas Peringkat Daerah Penampang

Pada 4 Mei 2016 (Rabu) SMK Datuk Peter Mojuntin telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Drama Komsas Peringkat Daerah Penampang. Pasukan sekolah berjaya menjadi johan dalam pertandingan ini. Pasukan sekolah juga berjaya merangkul kejayaan bagi kategori Pengarah Terbaik (Adik Balinda Bartholomew) dan Sinematografi Terbaik. Syabas dan tahniah kepada para pelajar dan guru pembimbing yang terlibat dalam pertandingan ini.

Antara adegan semasa pertandingan

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...