Penilaian Tingkatan 3 (PT3) akan berlangsung pada 10 - 13 Oktober, bersempena dengan itu pihak sekolah telah mengadakan Majlis Restu bagi memberi semangat dan memohon keberkatan daripada guru-guru yang telah banyak mencurahkan ilmu dan tenaga. Semoga pelajar tingkatan 3 tahun ini akan mendapat kejayaan.
Friday, October 14, 2016
SKK SABAH CHALLENGE
Sekolah telah menghantar seramai 21 pelajar bagi menyertai program SKK SABAH CHALLENGE peringkat negeri tahun 2016. Dibawa bimbingan Pn. Artina Ariff dan guru pengiring Pn. Cleo dan Pn. Juliana.
Antara peserta:
Adik Isabelle, Oleviani, Christina, Jeremy 4C [reka cipta]
Max 4A, Lawrence 5A [genius maths]
Shireen 3A [spell it right] telah mengharumkan nama sekolah kerana berjaya merangkul Johan dalam pertandingan yang diambil bahagian.
Manakala,
Adik (Shonia, Michelle 4C,) (Nordin, Eric 5C,) (Carl, Leomund, Pauleyna, Deirdre 4A,) (Daberina, Gladys, Mitchelle, Dyeanne 2H) [reka cipta]
Abbyana 4A dan Aleya 2H [poem] turut menjayakan program tersebut.
Tahniah kepada semua yang telah mengambil bahagian.
Wednesday, September 21, 2016
Kem Intensif Akademik `Grow With G-Force`
Unit Kaunseling SMKDPM telah menjalankan Kem Intensif Akademik "Grow With The G-Force" untuk anak-anak PT3 dan SPM. Kem yang julung kali diadakan hasil cetusan idea bonda Pengetua Hjh. Fauziah Derin berkat kerjasama semua rakan AJK, sokongan padu daripada semua barisan pentadbir, ketua-ketua bidang dan guru-guru subjek yang sanggup mengorbankan masa cuti demi memberikan yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak SMKDPM. Mudah-mudahan kem ini memberikan manfaat yang besar buat anak-anak didik dalam menghadapi PT3 dan SPM 2016.
Gambar-gambar sepanjang aktiviti, sila klik link di bawah:
~Majlis Persaraan Mr. Yeo (Guru Cemerlang Kimia)
Jumaat, 9 September 2016 merupakan hari terakhir Mr. Yeo menjadi warga SMKDPM, majlis persaraan disambut dengan suasana pilu dan sedih. Selama 36 tahun beliau telah mencurahkan segala jasa dan tenaga untuk memastikan pelajar dan sekolah mencapai kejayaan. Persaraan beliau merupakan suatu kehilangan yang besar kepada SMKDPM. Beliau merupakan contoh pendidik yang unggul kerana selama ini bersungguh-sungguh dalam memastikan anak didiknya berjaya.
Tuesday, September 20, 2016
Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti Mr. Yeo & Miss Evon
Kelab Staf dan Bidang Matematik dan Sains telah mengadakan Majlis Makan Malam bersama Mr. Yeo dan Miss Evon telah di Hotel Soluxe, Putatan bertemakan "Budimu setulus hatimu, Selaut kasih kami hargai". Terima kasih kepada Mr. Yeo dan Miss Evon diatas jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada warga SMK Datuk Peter Mojuntin.
| Hadiah Pentadbir kepada Mr. Yeo |
| Hadiah Pentadbir kepada Miss Evon |
| Hadiah Kelab Staf kepada Mr. Yeo |
| Hadiah Kelab Staf kepada Miss Evon |
| Hadiah Panitia Sains kepada Mr. Yeo |
| Hadiah Panitia Matematik kepada Miss Evon |
| Hadiah Pendidikan Khas kepada Mr. Yeo |
| Hadiah wakil Guru Cemerlang (Siga) kepada Mr. Yeo |
| Hadiah PIBG kepada Mr. Yeo |
| Hadiah PIBG kepada Mr. Yeo |
| Hadiah SSN kepada Mr. Yeo |
Sunday, August 7, 2016
Bulan Kemerdekaan 2016 ~Sehati, Sejiwa~
Panitia Sejarah dan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah melancarkan acara perasmian Bulan Kemerdekaan pada 8 Ogos 2016 bertempat di Dewan Harmoni Sekolah. Tema Kemerdekaan pada tahun ini adalah ~Sehati, Sejiwa~ Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ini antaranya ialah:
1. Eksplorasi Sejarah (Guru Penyelaras: Pn. Loborina)
2. Pertandingan Menghias Kelas (Guru Penyelaras: En. Sophan Ronny
3. Kuiz Spontan (Guru Penyelaras: Cik Adibah)
4. Kad Kreatif (Guru Penyelaras: Pn. Sabrina)
5. Melukis Potret Tokoh (Guru Penyelaras: Cik Judy Gan)
6. Melukis Logo dan Jata Negara/ Negeri (Guru Penyelaras: Pn. Judy Liew)
7. Pertandingan Pakaian 1M /Fashion Show (Guru Penyelaras: Pn. Jennile)
- Setiap Isnin (Pakaian kemas dan tidak mencolok mata)
8. KOMBET Sejarah (Guru Penyelaras: Pn. Loborina)
Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang.
19th Thailand Sports School Games (SAMMUK GAMES)
Adik Muhammad Din Norbik dan Adik Muhammad Shahrulnizan Bin Nasaruddin telah mengambil bahagian dalam SAMMUK GAMES yang dijalankan pada 26 Julai - 4 Ogos 2016 di Chonburi Sports School, Chonburi Thailand.
Adik Muhammad Din Bin Norbik mendapat pingat perak dalam acara 100 meter kategori bawah 16 tahun manakala, adik Muhammad Shahrulnizan Bin Nasaruddin memdapat tempat ke-7 dalam 110 meter huddles bawah 16 tahun. Syabas dan tahniah kepada kedua-dua peserta.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM
~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...
-
Carta Organisasi Jawatankuasa Kurikulum 2013 Carta Organisasi Jawatankuasa Kewangan 2013
-
K e m a s k i n i P r o g r a m T e r k i n i S e k o l a h Unit Graphic Multimedia SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...
-
3 orang guru telah dinaikkan pangkat ke DG44 iaitu Pn. Anita Abah, Encik Robert John dan Pn. Piluh Osong. Pn Anita Abah, warden asrama pute...















