Majlis Graduasi bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2016 telah dijalankan di Dewan Harmoni sekolah dengan suasana yang ringkas dan meriah. Majlis ini diadakan bagi meningkatkan semangat anak-anak tingkatan 5 dalam menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Sunday, November 27, 2016
Monday, November 7, 2016
~Majlis Restu Tingkatan 5/ 2016~
Majlis Restu bagi pelajar tingkatan 5 telah diadakan di Dewan Harmoni. Majlis ini diadakan bagi memberi semangat dan kata-kata perangsang kepada pelajar tingkatan 5 yang bakal menghadapi Peperiksaan SPM tidak lama lagi. Semoga anak-anak tingkatan 5 mencapai kejayaan yang lebih baik untuk tahun ini.
Wednesday, November 2, 2016
Lawatan Ke Sister School Tallanggatta Secondary School, Australia
Seramai 3 orang guru pengiring dan 16 orang pelajar telah mengikuti lawatan ke Sister School Tallanggatta Secondary College, Victoria, Australia pada 27 Oktober 2016. Semoga lawatan ini akan memberi lebih banyak pendedahan tentang cara pembelajaran di luar negara terutama untuk pelajar-pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin.
Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kluster Kecemerlangan
Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan Universiti Awam (SKK-UA) telah menganugerahkan SMK Datuk Peter Mojuntin cemerlang dalam kategori Kokurikulum. Tahniah atas pencapaian yang telah dicapai sepanjang tahun ini semoga tahun hadapan SMK Datuk Peter Mojuntin akan memperoleh lebih kejayaan.
~DPM Juara Hatrik~ Piala Bola Sepak Borneo 2016
Tahniah! kepada Pasukan Bola Sepak Bawah Bawah 15 Tahun dan jurulatih pasukan kerana berjaya merangkul gelaran juara hatrik pada Piala Bola Sepak Borneo 2016 yang diadakan di beberapa stadium iaitu di Stadium Penampang, Stadium Likas dan Stadium Universiti Malaysia Sabah. Semoga kejayaan ini akan diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.
Friday, October 14, 2016
Majlis Restu PT3
Penilaian Tingkatan 3 (PT3) akan berlangsung pada 10 - 13 Oktober, bersempena dengan itu pihak sekolah telah mengadakan Majlis Restu bagi memberi semangat dan memohon keberkatan daripada guru-guru yang telah banyak mencurahkan ilmu dan tenaga. Semoga pelajar tingkatan 3 tahun ini akan mendapat kejayaan.
SKK SABAH CHALLENGE
Sekolah telah menghantar seramai 21 pelajar bagi menyertai program SKK SABAH CHALLENGE peringkat negeri tahun 2016. Dibawa bimbingan Pn. Artina Ariff dan guru pengiring Pn. Cleo dan Pn. Juliana.
Antara peserta:
Adik Isabelle, Oleviani, Christina, Jeremy 4C [reka cipta]
Max 4A, Lawrence 5A [genius maths]
Shireen 3A [spell it right] telah mengharumkan nama sekolah kerana berjaya merangkul Johan dalam pertandingan yang diambil bahagian.
Manakala,
Adik (Shonia, Michelle 4C,) (Nordin, Eric 5C,) (Carl, Leomund, Pauleyna, Deirdre 4A,) (Daberina, Gladys, Mitchelle, Dyeanne 2H) [reka cipta]
Abbyana 4A dan Aleya 2H [poem] turut menjayakan program tersebut.
Tahniah kepada semua yang telah mengambil bahagian.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM
~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...
-
Carta Organisasi Jawatankuasa Kurikulum 2013 Carta Organisasi Jawatankuasa Kewangan 2013
-
K e m a s k i n i P r o g r a m T e r k i n i S e k o l a h Unit Graphic Multimedia SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...
-
3 orang guru telah dinaikkan pangkat ke DG44 iaitu Pn. Anita Abah, Encik Robert John dan Pn. Piluh Osong. Pn Anita Abah, warden asrama pute...


















