Monday, October 30, 2017

PEMANTAUAN PEGAWAI BTP, PPD,PKG DAERAH-DAERAH SABAH

Pemaantauan daripada 22 orang pegawai ini memberi banyak input dan manfaat kepada pihak sekolah. Cadangan penambahbaikan yang diberi akan dimanfaat sebaik mungkin. Terima Kasih kepada Semua warga SMKDPM yang memberi kerjasama semasa lawatan pemantauan ini. Dan Terima Kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang sentiasa menyokong penggunaan VLE di sekolah. Lawatan yang bertunjangkan ICT memanfaatkan VLE dalam PDP ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk memantapkan penggunaan ICT di sekolah-sekolah Negeri Sabah. Justeru, Lawatan seperti ini amat memberi manfaat kepada sekolah terlibat. ~kredit kepada Penyelaras Bestari sekolah serta seluruh warga DPM.

Tuesday, October 10, 2017

INTERNATIONAL BORNEO CUP FOOTBALL U15/2017

Tarikh: 02 - 05 /10/2017
Tempat: Stadium Penampang & Stadium Likas
Keputusan :
SNN DPM (6) vs AF Labuan (0)
SSN DPM (1) vs TABS KK (0)
SSN DPM (0) vs SBAI Indonesia (0)
SSN DPM (2) vs PSW Thailand (3)
SSN DPM (6) vs SMK Kinarut (1)

Final : SSN DPM (2)  vs SBAI Indonesia (1)
Pasukan SSN DPM dinobatkan sebagai johan pertandingan tahun 2017

Pengurus : Lawrence Denny
Ketua jurulatih : Hj. Azman Hj. Abidin
Jurulatih : Lawrence Denny
                Sophan Ronny Shamiun
                Mohd. Firdaus
                Adzman Abdullah






SUKAN SABAH (SAGA) PERINGKAT ZON PANTAI BARAT SELATAN: BOLA SEPAK WANITA

Keputusan Keseluruhan :
Penampang (2) VS Tuaran (0)
Penampang  (10) VS Putatan (0)
Penampang (4) VS Ranau (1)

Penampang layak mewakili pantai barat selatan ke SAGA peringkat negeri di Sandakan buat julung kalinya.

Hj. Azman Hj. Abidin (Ketua Jurulatih)
12 orang pemain SSN SMKDPM adalah tulang belakang pasukan SAGA Penampang
(SHAFIKA, AZELAH, KIMBBELY, FIVVY, NAJLA, RYTEE, NATASHA JOY, NUR ATIRAH, JOANNA, GIRL,  HILDA & DYMPHNA)

Wakil SMK Limbanak: ANJALI & AUDERY 
Wakil SMK Tun Fuad: ELSIE CELARRYNA
HJH. RAMLAH HJ. HARING (FISIOTERAPI & CHAPERON)


Ketua Pasukan CLERYSHIA GIRL




Monday, October 9, 2017

Karnival Pamer Keunggulan Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Pada 28 - 30 September 2017, SMKDPM terlibat dalam mempamerkan keunggulan yang pernah dicapai sekolah sepanjang 2016-2017. Sempena Karnival tersebut, SMKDPM menerima 3 pengiktirafan istimewa di peringkat JPNS, iaitu Anugerah Puteri Sukan yang dinobatkan kepada adik Chelsea Cassiopea dari kelas 5 Bersih, Anugerah Pelajar Kokum terbaik sekolah menengah kategori (Perempuan) adik Abbyana dari kelas 5 Amanah dan Anugerah Kelab Persatuan Terbaik dianugerahkan kepada kelab Rekacipta yang diterajui oleh Puan Artina Ariff dan Cik Umie Kalsum Binti Saidina Othman. Tahniah dan terima kasih kepada semua warga SMKDPM atas kerjasama jitu dalam menjayakan karnival tersebut.




Sunday, September 17, 2017

KEM PPEMIMPIN MUDA PRIHATIN AIR KEBANGSAAN DI BAWAH JAWATANKUASA PENIDIDIKAN, LATIHAN DAN PENERANGAN AWAM(JKPLPA) UNESCO-IHP MALAYSIA

TARIKH : 11 – 13 SEPTEMBER 2017
TEMPAT : KIBUNUT RIVER, PENAMPANG, SABAH
BILANGAN PESERTA TERLIBAT : 15 ORANG MURID TINGKATAN 4 (Ahli KPA)
STATUS PROGRAM : PERINGKAT KEBANGSAAN

OBJEKTIF PROGRAM :
1   ~ Meningkatkan kesedaran dan pendidikan secara berterusan tentang pentingnya pembangunan       
        kesinambungan sumber air oleh generasi muda pada masa mendatang.
2   ~ Memberikan pendedahan tentang ujian kualiti air, rawatan air, kajian air bawah tanah dan 
        ekosistem, kajian hidupan akuatik, kajian tumbuhan, penggunaan teknologi dalam penerokaan dan 
        penilaian sumber air, hubungan antara biodiversiti dan alam sekitar.


SENARAI NAMA MURID TINGKATAN 4 YANG TERIBAT :
Freddy Damisal, Helen Kotui, Norumalianah Sitiol, Alexter Delson Domissin, Alvin Ambrose, 
Eva Natasya Dilly, Braney Velter Christopo, Rosemarie Zerta Mosus, Maximillion Joimbol
Frenley David Rikey, Irencia Gilong, Elfie Kuniu, Alexander Loison, Jesse Ginus dan Doranee Toumin

SENARAI GURU PENGIRING:
Hajah Rosnih binti Nasir, Loborina Tunjan dan Palidah binti Basinau








Tuesday, August 29, 2017

KEM G-FORCE 2017 - SPM DAN PT3 SMKDPM


KEM G FORCE SPM & PT3 ini bermula 26 Ogos - 30 Ogos 2017. Bertujuan memperkasa pengetahuan pelajar dan memberi pendedahan teknik menjawab peperiksaan SPM / PT3 dari tenaga pengajar luar yang berpengalaman serta terdapat juga sesi-sesi motivasi yang diseimbangkan dengan aktiviti akademik. Pelajar diberi banyak pengalaman bermakna sepanjang kem ini berlangsung. Guru-guru juga terlibat secara langsung untuk membantu melancarkan perjalanan kem berunsur kecemerlangan ini. Dengan berteraskan prinsip Modal Insan Seimbang, Pihak kaunseling sekolah, menerajui kem Grow with G force ini dengan dibantu oleh semua staf SMKDPM secara bersepadu. Adalah diharapkan kem ini mampu memberi manfaat besar kepada semua yang terlibat dan semoga pengorbanan ibu bapa, guru dan seluruh pelajar mendapat manfaat yang besar pada masa hadapan.

Wednesday, August 2, 2017

HARI KOPERASI DAN KANTIN SMKDPM 2017

Mari beramai-ramai kita memeriahkan 'HARI KOPERASI DAN KANTIN" SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang pada 12 Ogos 2017 bertempat di perkarangan sekolah SMKDPM. Pada hari tersebut terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada semua pengunjung. Aktiviti jual beli hanya menggunakan KUPON ( Tiada tunai digunakan ), justeru pengunjung perlu memiliki kupon untuk digunakan menggantikan wang tunai pada hari tersebut. Kupon boleh dibeli dari koperasi sekolah melalui Jawatankuasa yang telah dilantik. Sila rujuk senarai aktiviti yang terdapat dalam iklan di atas.

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...