Saturday, November 10, 2018

Hari ke - 2 KEM UNIT BERUNIFORM (SESI PAGI)

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari kedua adalah seperti berikut :
1) Compass Orienteering
2) Pertandingan Memasak dalam kelapa/bamboo
3) Creative Gadget'
4) Sukaneka

Aktiviti diaturselia oleh KEM KOMANDEN dan PENYELARAS PROGRAM, dibantu oleh guru-guru bertugas dan dipantau oleh PK KOKURIKULUM. Pihak sekolah berbesar hati dengan penglibatan Ydp PIBG yang turut hadir memberi sokongan terhadap aktiviti sekolah.

Keselamatan murid menjadi keutamaan pihak sekolah. Segala aktiviti yang dirancang adalah dibawah pengawasan guru-guru bertugas. Segala Aspek keselamatan diambilkira dan dipertimbangkan sewajarnya sebelum sesuatu aktiviti dijalankan.

                             Galeri gambar / Aktiviti :




























Friday, November 9, 2018

KEM UNIT BERUNIFORM - SESI PAGI 2018

Kem Unit Beruniform ( Sidang Pagi ) Anjuran Bahagian Kokurikulum SMK Datuk Peter Mojuntin, adalah salah satu platform untuk melatih murid-murid berdikari dan bekerjasama di samping membentuk disiplin diri yang utuh. Kem ini di naung oleh Pengetua SMKDPM, Pen Kanan Kokurikulum sebagai Penasihat manakala Cikgu Johston Ayong menjadi penyelaras yang mengawalselia perjalanan kem. Semua guru sidang pagi termasuk beberapa staf dipilih untuk menjayakan KEM UB 2018 ini.

Kem ini bermula pada petang jumaat ( 9 Nov 2018 ) sehingga hari ahad. Semoga Perjalanan KEM UB sidang pagi ini berjalan lancar dengan sokongan PIBG serta Ibu Bapa.

Galeri Gambar :
Aktiviti Pendaftaran Hari Pertama dan Pengisian Program hari ke-2 KEM UB 2018 :










Thursday, November 1, 2018

Karnival STEM - Negeri Sabah




SMK MEMBAKUT, PAPAR SABAH
Tahniah Team - Rekacipta SMKDPM 2018

Bengkel Game Maker' ~ GameDevCamp


Dihadiri oleh adik Sabrina, Petnana dan Jasnita dari kelas 3 Harmoni 22 - 25hn Oktober 2018. Murid diiringi Cikgu Umie selama 4 hari bengkel berlangsung.

Saturday, October 6, 2018

Karnival Pamer Keunggulan Jab.Pen.Negeri Sabah -HARI KE 2

Selamat Datang Rakan-rakan ke Booth No.26 - SMKDPM.

Tarikh Karnival - 5 hingga 7 Oktober 2018
Tempat : Perkarangan JPN, Sabah
No. Booth : No.26
Unit Terlibat :  Unit Lestari [ Puan Grace KB, Pn Noorlisarah ]
                        Unit SSN [Pn Ruheny , En Feroven ]
                        Unit PPki [ Cik Ling fong, Pn MArtina ]
                        Unit Rekacipta [ Pn Palidah , Cik Umie Saidina ]

Terima Kasih atas kerjasama semua rakan guru yang Komited menjalankan tugas serta Pentadbir yang selalu mengunjungi booth, serta rakan AKP yang turut serta membantu sepanjang KARNIVAL berlangsung 3 hari.









Karnival Pameran Keunggulan JPNS - Hari Pertama

Karnival Pameran Keunggulan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (5 Okt 2018)
Unit yang terlibat dalam pameran ini ialah, Sekolah Sukan Negeri, PPKI, Lestari dan Rekacipta.
Penyelaras: Ketua Bidang Sains dan Matematik (Pn. Grace Lasimbang)

En. Medi selaku Penyelaras SSN menyerahkan cenderahati kepada Datuk Pengarah

Sunday, September 30, 2018

Peperiksaan Penilaian Tingkatan 3, 2018




Selamat menduduki Peperiksaan PT3 tahun 2018 kepada semua murid Tingkatan 3 SMK DPM. Semoga dapat menjawab dengan jayanya dan buat terbaik untuk diri, keluarga dan sekolah. 
Selamat Berjaya!

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...