Monday, April 20, 2020

TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA ~ ANAK- ANAK SMKDPM


Anda adalah ...penyokong utama kepada kecemerlangan anak-anak ini...
Semoga pihak ibu-bapa sentiasa menyokong pembelajaran anak-anak di rumah

MAKLUMAN KEPADA ANAK-ANAK SMKDPM

Untuk anak-anak SMKDPM yang tersayang....
Pihak sekolah sentiasa mengambil berat hal berkaitan PDP[Alternatif] anak-anak walaupun dalam situasi yang agak sukar. Pihak guru sentiasa berharap anak-anak SMKDPM meneruskan PDPA di rumah dengan bantuan san sokongan ibu bapa.

Di sini, garis panduan bagi anak-anak yang kehilangan PASSWORD GOOGLE CLASSROOM:
1) Laporkan kehilangan kepada guru kelas masing-masing
2) Selepas mendapat password baru yang direset, catat dan simpan di tempat yang selamat

Anak-anak tersayang, latih diri anda untuk bertanggungjawab dan menguruskan jadual diri dengan baik sama ada di sekolah atau di rumah. Baca dengan teliti INFOGRAFIK yang dilampirkan.

Di sini, disertakan link - link yang boleh anak-anak akses untuk mendapat maklumat berkaitan GC :

1) TUTORIAL INSTALL GC DI SMARTPHONE :
https://www.youtube.com/watch?v=Q2KijQewH24

2) TUTORIAL MENGHANTAR TUGASAN DI GC :
https://www.youtube.com/watch?v=PA1vlFfMUXI

3) TUTORIAL MENGAKTIFKAN GC :
https://www.youtube.com/watch?v=vGoPP7CtVhw

4) TUTORIAL LOGIN GOOGLE CLASSROOM BAGI YANG BARU BELAJAR :
https://www.youtube.com/watch?v=sS41Yldi27Y

5) JAWAPAN KEPADA MASALAH, KENAPA MURID TIDAK BOLEH AKSES KOD CLASS:
https://www.youtube.com/watch?v=Y3q65VbRzJo


Semoga anak-anak belajar menyesuaikan diri dengan situasi pembelajaran kita yang baru.


Pembelajaran Atas Talian Sepanjang PKP ~ Unit Bimbingan dan Kaunseling


Pembelajaran normal yang dilakukan setiap hari telah berubah 360° sewaktu pandemik COVID-19 berlaku di seluruh negara bahkan dunia. Para guru mencari kaedah terbaik untuk membantu murid-murid disepanjang norma baru ini. Namun, terdapat pelbagai cabaran dalam memastikan pembelajaran atas talian berlaku  dan objektif pembelajaran dapat disampaikan dengan sempurna.

Diharapkan anak-anak murid SMKDPM memanfaatkan pembelajaran atas talian dengan menggunakan beberapa kaedah pembelajaran yang efektif. Di sini, pihak UBK memberi panduan kepada murid dalam memastikan persekitaran pembelajaran sentiasa menyeronokan dan dapat mengurus masa dengan baik.




Unit Bimbingan dan Kaunseling

Makluman ini adalah daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah kepada semua murid-murid SMKDPM yang memerlukan khidmat nasihat daripada Guru-guru Kaunseling SMKDPM anda bolehlah berhubung pada talian yang tertera di bawah. 


#staysafe #stayathome

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...