Monday, August 29, 2022

SELAMAT HARI MERDEKA kali ke-65 kepada seluruh keluarga SMK DPM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam perpaduan.....Salam Kemerdekaan
Erti sebuah KEMERDEKAAN....apabila kita mampu mempertahankan Kedaulatan NEGARA MALAYSIA tercinta dari terus dijajah sama ada secara fizikal atau melalui minda... secara maya.
Justeru, sebagai generasi peneraju Negara, ayuh bersama kita mempertahankan Perpaduan, Kesejahteraan, Kemakmuran dan Kedaulatan Negara Malaysia. Mengukuhkan kefahaman terhadap elemen-elemen rukun negara....mengelakkan sengketa...mengeratkan ukhwah, walaupun berbilang budaya dan bangsa.
SMK Datuk Peter Mojuntin mengucapkan....SELAMAT HARI MERDEKA kali ke-65 kepada seluruh keluarga SMK DPM khasnya, serta PIBG & Ibubapa, dan seluruh warga Malaysia walau di mana anda berada. Teguhkan Perpaduan, Eratkan Kesefahaman....demi keteguhan sebuah KELUARGA MALAYSIA.
"KELUARGA MALAYSIA, TEGUH BERSAMA"
-A m b a n g M e r d e k a-





Wednesday, August 24, 2022

DIALOG PRESTASI MURID TINGKATAN 5 BERSAMA IBU BAPA

TARIKH – 26 OGOS 2022 | MASA – 7.00AM | TEMPAT – DEWAN HARMONI

Dengan rasa syukur, pihak sekolah ingin mengundang semua ibubapa/penjaga kepada murid Tingkatan 5, SMK Datuk Peter Mojuntin, hadir ke sekolah pada ketetapan di atas, bagi melancarkan MUAFAKAT AKADEMIK di antara pihak sekolah bersama ibubapa. Melalui Program DIALOG PRESTASI.
Objektif program ini adalah untuk memastikan Ibubapa dan penjaga maklum berkaitan perkembangan terkini akademik anak-anak masing-masing serta berkolaborasi dengan pihak sekolah untuk membimbing murid kearah pencapaian akademik yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Semoga program ini memberi impak yang positif kepada kemenjadian sahsiah dan akademik anak-anak SMK Datuk Peter Mojuntin.




Wednesday, August 17, 2022

TERIMA KASIH DR. HENRY GOH

18 OGOS 2022

DR. HENRY GOH,
Terima Kasih diatas komitmen padu dan sumbangan ikhlas sepanjang berkhidmat dengan penuh sabar, di SMK Datuk Peter Mojuntin. Jasa dan bakti Dr.Henry sentiasa disanjung dan dikenang. Semoga perjalanan kerjaya di IPG kekal cemerlang.
Pihak sekolah amat berbangga dengan prestasi cemerlang Dr.Henry sepanjang menjalankan tugas sebagai pendidik di sekolah ini. Perjalanan kerjaya DR. diiringi doa dan kasih sayang, daripada keluarga SMK Datuk Peter Mojuntin.
“Burung serindit terbang melayang,
Terhenti hinggap di ranting mati,
Bukanlah ringgit dipandang orang,
Kami memandang BAHASA dan BUDI.
TERIMA KASIH…CIKGU
-Dr Henry Goh... selamat berkhidmat di tempat baru-



Sunday, August 7, 2022

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 2022

 08 OGOS 2022 | Pelancaran Program Mentor Mentee

“ ANAKKU SAYANG “
Dilancarkan oleh Tuan Haji M Rahim Md Lair pengetua SMK Datuk Peter Mojuntin. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan Kaunseling Smkdpm
Pelancaran program ini bertujuan memberi ruang kepada guru dan murid untuk saling mengenali lebih rapat agar proses Pengajaran dan Pembelajaran berjalan dengan lebih sempurna. Hubungan yang erat antara pendidik dan murid adalah platform terbaik untuk membina sahsiah dan keperibadian mulia, agar murid dapat menjadikan gurunya/mentornya sebagai ikon kejayaan pada masa hadapan.
Selain itu, program ini membuka ruang kepada murid menjadikan mentornya sebagai sumber rujukan, nasihat dan galakan untuk berjaya.
Syabas dan tahniah kepada semua pendidik yang menyokong program sekolah ini. Diharapkan para ibubapa dan penjaga turut membantu memberi sokongan padu terhadap setiap program sekolah demi kecemerlangan anak-anak SMKDPM pada masa hadapan.
TERIMA KASIH






MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SMK DATUK PETER MOJUNTIN TAHUN 2022

 

08 OGOS 2022 | DEWAN HARMONI SEKOLAH
PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SMK DATUK PETER MOJUNTIN TAHUN 2022
Dirasmikan oleh Tuan Haji M Rahim Md Lair Pengetua SMK Datuk Peter Mojuntin.
Pada hari ini, murid dan Staf SMK Datuk Peter Mojuntin dianjurkan memakai pakaian tradisi pelbagai kaum bagi memupuk semangat muhibah dan harmoni demi mengukuhkan perpaduan tanpa mengira agama dan bangsa. Semangat perpaduan yang dibentuk bermula di sekolah adalah platform terbaik untuk membina jati diri sebagai sebuah "KELUARGA MALAYSIA".
Tahniah dan Syabas atas pelancaran KARNIVAL KEMERDEKAAN di bawah unit Disiplin Sekolah serta Panitia PSV & Sejarah.





Wednesday, July 20, 2022

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID SMK DATUK PETER MOJUNTIN PENAMPANG

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid, SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang berlangsung pada 21 Julai 2022 bertempat di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada wakil PPD Penampang atas kesudian merasmikan majlis kecemerlangan, semua ibu bapa yang hadir memberi sokongan, para pentadbir & guru-guru pelaksana yang sangat komited menjalankan tugas, seluruh warga sekolah serta anak-anak SMK Datuk Peter Mojuntin, sama ada yang menerima anugerah atau bersama-sama menonton di dalam dewan.

Kepada semua penerima anugerah…TAHNIAH DAN SYABAS atas kecemerlangan anda. Syukur ke Hadrat Ilahi diatas kurniaan ilmu yang tidak ternilai.
Kepada anak-anak SMKDPM yang menonton pada hari ini…semoga ia menjadi satu momen yang mewujudkan impian dan inspirasi kejayaan anda. Satu lonjakan semangat untuk membina kecemerlangan akademik pada masa hadapan.
Kepada penerima anugerah terbaik Sijil Pelajaran Malasysia (SPM) 2021 dan penerima anugerah khas, semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada adik-adik dan rakan-rakan di SMK DPM.
Sesungguhnya, kejayaan anda adalah kebanggaan kami semua.
SYABAS DAN TAHNIAH




Sunday, July 10, 2022

KEJOHANAN OLHRAGA MSSD PENAMPANG KALI KE-40 TAHUN 2022

Kejohanan Olahraga MSSD, Penampang kali ke-40, tahun 2022, melabuhkan tirai dengan penuh warna-warni. Tahniah kepada semua pasukan dari sekolah daerah Penampang atas komitmen yang tinggi serta semangat persaingan berpasukan yang sihat.

Tahniah SSN SABAH SMK Datuk Peter Mojuntin, atas kemenangan mengungguli carta daerah Penampang dengan pencapaian terbaik keseluruhan 64 PINGAT kemenangan (32 PINGAT EMAS, 18 PERAK serta 14 GANGSA).
“Kemenangan sebenar bukanlah bilangan pingat semata-mata, tetapi semangat berpasukan, komitmen yang jitu serta sikap toleransi sesama pasukan sehingga membuahkan hasil."
Pihak sekolah, PIBG, Ibu Bapa serta seluruh warga SMK DPM berbangga dengan pencapaian anda semua. Semoga kecemerlangan ini berterusan tanpa mengabaikan prioriti kepada akademik. Tahniah kepada semua jurulatih yang terlibat, ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang sekolah serta pihak PPD & JPN yang menyokong segala aktiviti sukan SSN, SABAH.





MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...