Friday, March 23, 2012

Mesyuarat Agung PIBG Ke 24


Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 24 telah diadakan pada 24 Mac 2012 (Sabtu) bertempat di Dewan Harmoni SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang bermula jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Ceramah Keibubapaan telah disampaikan oleh Pengarah Biro Tatanegara Cawangan Sabah. Mesyuarat dirasmikan oleh wakil Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Penampang.

Antara agenda mesyuarat ialah :
1. Ucapan YDP PIBG 2011/2013
2. Ucapan Pengetua
3. Pengesahan minit mesyuarat agung yang lepas
4. Pembentangan laporan tahunan aktiviti PIBG
5. Pembentangan laporan tahunan kewangan PIBG
6. Makluman dari pihak sekolah kepada ibu bapa
7. Hal-Hal lain
8. Cabutan tiket bertuah

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari

Wednesday, March 7, 2012

Keputusan STPM 2012


Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2012 telah diumumkan kepada calon-
calon 2012 dan menyaksikan min gred STPM SMKDPM sebanyak 1.81.

Seramai 13 orang pelajar cemerlang iaitu :

1. Meldred Ovie Jamly : Min Gred 3.67




2. Imelda Tambayang : Min Gred 3.25


3. Grace Chua Shee Yee : Min Gred 3.25


4. Tan Kian Seng



5. Rafiqa Kamarudin



6. Raychell Martin



7. Siti Juraini Jalie


8. Jedair Jonathan Saili

9. Renny Markus




10. Georgiane Paulus Jowil


11. Erna Sarina Landu




12. Junita Pridi Benyamin



13. Demie Brenda Virod Yarik



Sunday, February 26, 2012

Kem Elite C


Kem Kecemerlangan Pelajar Pra-Universiti (Excellent Leadership and Intellectual Camp - ELITE C) untuk pelajar pra-Universiti SMKDPM telah diadakan pada 24-25 Feb 2012. Program merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Pengurusan Tingkatan 6 SMKDPM.


Maklumat lanjut boleh dilayari di blog Pra Universiti SMK Datuk Peter Mojuntin di sini.

DPM Juara MSSD Penampang 2012

SMK Datuk Peter Mojuntin sekali lagi muncul sebagai Johan dalam Majlis Sukan Sekolah Daerah Penampang yang telah diadakan pada 23-25 February 2012 di Kompleks Sukan Likas Penampang. SMKDPM telah berjaya membolot sebanyak 36 pingat emas diikuti dengan SMK Limbanak sebanyak 8 pingat emas dan SMK Bahang sebanyak 5 pingat emas.

Kadet Koreksional SMKDPM juga telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kawed Kaki pada MSSD tersebut.

Tahniah diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, guru-guru dan peserta kawad kaki.

Tuesday, February 14, 2012

Program To Earth With Love


SMK Datuk Peter Mojuntin akan mengadakan penghasilan MudBall sempena program To Earth With Love dengan sasaran sebanyak 100,000 EM Mudball akan dihasilkan pada :

11 Februari 2012
22 Februari 2012

Pengajaran dan Pembelajaran akan dijalankan seperti biasa selepas aktiviti. Masa murid datang dan pulang adalah seperti biasa. Pakaian Ko-Kurikulum.

Dengan ini setiap murid dikehendaki untuk membawa bahan berikut pada tarikh-tarikh tersebut.
Air Cucian Beras : 1.5 liter setiap murid, 3.0 Liter setiap Guru
Botol Kosong : 1.5 Liter

Friday, January 20, 2012

Selamat Bercuti

Selamat bercuti sempena Perayaan Tahun Baru Cina pada 23 dan 24 Januari 2012. Sekolah akan mengambil cuti berganti pada 24 dan 25 Januari, manakala cuti perisitiwa sempena Program Merentas Desa sekolah pada 26 Januari. Ini bermakna cuti bagi SMK Datuk Peter Mojuntin bermula pada 21 hingga 28 Januari 2012.

Merentas Desa

Program Merentas Desa telah berlangsung pada 13 Januari 2012.

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM

  ~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...