Tahniah diucapkan kepada pemain dan guru penasihat bola jaring sekolah yang telah mewakili pasukan barat dalam Kejohanan Bola Jaring MSS Sabah di Kota Belud pada 15 - 19 Februari 2016. Pasukan barat bawah 18 tahun telah mendapat tempat Keempat dan pasukan barat bawah 15 tahun mendapat Naib Johan dalam kejohanan yang telah dipertandingkan.
Tuesday, February 23, 2016
Tuesday, February 9, 2016
TAHNIAH JUARA MSSD, PENAMPANG
MSSD, Penampang yang berakhir telah membangkitkan kembali semangat kegemilangan SMK DPM sebagai Sekolah Sukan Negeri apabila atlet-atlet SMK DPM berjaya membawa pulang pingat kemenangan dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.
Antara Acara - acara yang boleh dibanggakan ialah :
- Acara Lontar Peluru dan Lempar Cakera oelh adik Gary Sipanis ( 2H )
- Acara 100M, 200M, 400M dan Relay 4x100M, 4x400M oleh adik Chelsea Cassiopea
- Acara 110M lari berpagar oleh adik Mohd Sarulnizam Nasarudin
- Dan atlet-atlet yang terlibat
Monday, February 8, 2016
LAWATAN PERTAMA UNTUK TAHUN 2016 ~ LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH SUKAN NEGERI
SMK Seri Titiwangsa Kuala Lumpur (SSN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMK Datuk Peter Mojuntin pada 1 Februari 2016 bersamaan hari Isnin.
PERASMIAN LALUAN BERBUMBUNG DAN PENYERAHAN DANA PENDIDIKAN DATUK FRANCIS GOH
Pada 29 Januari 2016 bersamaan hari Jumaat, Ybhg. Datuk Francis Goh telah merasmikan laluan berbumbung SMK Datuk Peter Mojuntin dan menyerahkan Bantuan Pendidikan sebanyak RM 400 seorang kepada pelajar yang layak. Terima kasih diucapkan kepada Ybhg. Datuk Francis Goh atas usaha membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan kewangan.
Saturday, January 9, 2016
KURSUS DISIPLIN & KAUNSELING SMKDPM 2016
![]() |
| En Mohd Fadley Fauzi ~ Ketua Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah memberi input berkaitan fokus dan perancangan Unit Kaunseling bagi tahun 2016, dalam usaha membantu kemenjadian murid. |
Tuesday, January 5, 2016
GURU PENYAYANG 2016 ~ Yang tua dihormati..yang muda disayangi
Kedatangan pelajar disambut oleh guru-guru yang bertugas..bagi memastikan pelajar-pelajar ini memulakan hari dengan bersemangat. Kepulangan pelajar diiring oleh guru-guru bagi memastikan keselamatan dan memberi semangat agar mereka bersedia untuk kembali ke sekolah pada hari berikutnya. Program guru penyayang ini memberi erti yang besar dalam kehidupan guru dan pelajar agar dapat membentuk keperibadian mulia kepada anak-anak pelajar. Disamping itu, ia mampu membina rasa kasih sayang antara guru dan pelajar agar dapat melahirkan warga yang cemerlang sahsiah & akademik pada masa hadapan.
![]() |
| Murid sidang petang berbaris untuk pulang diiringi guru bertugas Puan Hailine dan En Firdaus. |
![]() |
| Ucapan selamat jalan dan selamat pulang oleh guru yang mengiringi kepulangan pelajar - Cik Nainey dan Puan Dorothy |
Sunday, November 22, 2015
AWESOME~NIGHT DPM 2015
Majlis Penghargaan buat Staf SMK Datuk Peter Mojuntin bagi tahun 2015 diadakan di Le'Meridien HOtel, Kota Kinabalu, Sabah. Bertemakan : Awesome Night..semua guru hadir dengan berpakaian serba biru. Pada malam tersebut Puan Joanne telah dianugerahkan Queen Of The Nite manakala En Fadley Fauzi sebagai King Of The Nite. Tahniah kepada semua penerima anugerah kecemerlangan pada malam tersebut. Ucapan sekalung penghargaan kepada En Mojuntin Ebin dari PPD, Penampang serta wakil-wakil PIBG yang sudi hadir bersama bagi memeriahkan majlis ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK DPM
~~ SMKDPM KOUPUSAN KU ~~ SMK DATUK PETER MOJUNTIN | 14 NOV 2025 | 9.30AM Sekitar Majlis Meraikan Mantan Pengetua Sekolah Sukan Negeri...
-
Carta Organisasi Jawatankuasa Kurikulum 2013 Carta Organisasi Jawatankuasa Kewangan 2013
-
K e m a s k i n i P r o g r a m T e r k i n i S e k o l a h Unit Graphic Multimedia SMK Datuk Peter Mojuntin ------------------------...
-
3 orang guru telah dinaikkan pangkat ke DG44 iaitu Pn. Anita Abah, Encik Robert John dan Pn. Piluh Osong. Pn Anita Abah, warden asrama pute...














